Monday, 2 November 2026

 


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN RAKAN INKLUSIF PPKI

SK DESA PINGGIRAN PUTRA TAHUN 2026


HARI    : ISNIN

TARIKH : 02 NOVEMBER 2026

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK DESA PINGGIRAN PUTRA


    Pendidikan inklusif merupakan satu pendekatan pendidikan yang memberikan peluang kepada semua murid, termasuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), untuk belajar, berinteraksi dan mengambil bahagian secara aktif dalam persekitaran sekolah yang sama. Pendekatan ini bukan sekadar memberikan akses kepada pendidikan, malah turut menekankan aspek penerimaan, kesaksamaan, penghormatan terhadap kepelbagaian serta pembentukan hubungan sosial yang positif dalam kalangan murid.

    Sejajar dengan hasrat tersebut, Majlis Watikah Pelantikan Rakan Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk memperkukuh pelaksanaan pendidikan inklusif dan menyemai nilai empati, keprihatinan serta semangat kebersamaan dalam komuniti sekolah. Majlis ini menjadi simbolik kepada pengiktirafan dan amanah yang diberikan kepada murid-murid terpilih untuk memainkan peranan sebagai rakan pembimbing, penyokong dan pendamping kepada MBPK dalam aktiviti persekolahan.

    "Kerana dalam sebuah persahabatan, tiada siapa yang lebih istimewa dan tiada siapa yang harus dipinggirkan. Kita semua istimewa dengan cara kita sendiri."

    

Ucapan aluan Pengacara Majlis

Ucapan perasmian oleh PK Pentadbiran, Puan Azira binti Ibrahim

Pelancaran Watikah Pelantikan Rakan Inklusif


Cenderamata kepada guru pendamping











Pelantikan Rakan Inklusif 












Rakan inklusif yang telah dilantik secara rasmi


        Secara keseluruhannya, Majlis Watikah Pelantikan Rakan Inklusif PPKI diharapkan menjadi titik tolak kepada pembudayaan nilai kasih sayang, empati dan penerimaan dalam kalangan warga sekolah. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen serta menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan persahabatan antara MBPK dengan murid arus perdana. Sesungguhnya, setiap murid mempunyai keistimewaan dan potensi tersendiri yang wajar dihargai. Melalui semangat kebersamaan, kita mampu membina sebuah sekolah yang meraikan perbezaan, menyatukan kepelbagaian dan memberikan ruang kepada setiap murid untuk berkembang bersama.


Friday, 25 September 2026

 LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Tarikh: 21 September 2026 – 25 September 2026

 

SENARAI GURU BERTUGAS (KUMP. 2) 
1. Norwati Bt Mohammad Supian
2. Nurul Hanan Bt Hussin
3. Umi Nazihah Bt Che Ghani
4. Zainor Yarisah Bt Sapari
5. Syahriha Bt Raman
6. Fazira Bt Ismail
7. Mohd Shazuwan Bin Che Lah

 1. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

Perhimpunan rasmi sekolah pada minggu ini telah ditangguhkan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 100. Langkah ini diambil bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua warga sekolah susulan keadaan jerebu yang berlaku.


2. PEMBERIAN CERMIN MATA

Satu aktiviti pemberian cermin mata kepada adik Ali Muhammad bin Abdul Razak telah dilaksanakan pada minggu ini. Pemberian cermin mata ini diharapkan dapat membantu murid tersebut meningkatkan keselesaan dan keupayaan penglihatan, khususnya semasa mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas.



Penyampaian cermin mata kepada adik Ali Muhammad bin Abdul Razak.


3. PEPERIKSAAN PKSK TINGKATAN 4

Peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4
telah dijalankan bertempat di Bilik Makmal Komputer Sederap. Pelaksanaan peperiksaan berjalan dengan teratur dan lancar dengan kerjasama warga sekolah yang terlibat.



Guru bertugas Peperiksaan PKSK Tingkatan 4 di Bilik Makmal Komputer Sederap.


4. TAKLIMAT LATIHAN KEBAKARAN

Pada 23 September 2026, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Dengkil bagi menyampaikan taklimat berkaitan latihan kebakaran.
Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga sekolah mengenai prosedur keselamatan, tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran serta tatacara pengosongan bangunan dengan selamat. Taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.



Taklimat latihan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Dengkil pada 23 September 2026.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, aktiviti dan urusan sekolah sepanjang Minggu Ke-32 telah berjalan dengan baik dan lancar. Kerjasama daripada semua guru, kakitangan dan warga sekolah amat dihargai bagi memastikan keselamatan, kebajikan serta kelancaran aktiviti sekolah sentiasa terpelihara.


Disediakan oleh:

Guru Bertugas Mingguan

21 – 25 September 2026

Tuesday, 4 August 2026

 LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE- 25 (SESI PAGI)


Tarikh          :    03 OGOS 2026

Hari             :    ISNIN

Masa           :    7.30-8.00 pagi

Tempat        :    TAPAK PERHIMPUNAN, SK DESA PINGGIRAN PUTRA

Guru Bertugas :

MOHD SHAZUWAN BIN CHE LAH ( K )

NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN

NURUL HANAN BINTI HUSSIN

ZAINOR YARISAH BINTI SAPARI

FAZIRA BINTI ISMAIL

UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI

SYAHRIHA BINTI RAMAN


ATURCARA:

Pengacara perhimpunan : NUR ZAHRA BATRISYA BINTI MOHD KHAIRUNIZAM  (6 CHENGAL)

Bacaan doa - MUHAMMAD FAHIM NURAKHDAN BIN MOHAMMAD FAIZALl ( 5 FIRUS)

Nyanyian lagu-lagu rasmi ( Lagu Negaraku, Lagu negeri Selangor dan Lagu SKDPP)

- Konduktor lagu : SARINA IMANI BINTI MUHAMMAD AL-SHAHMII ANNAN ABDULLAH (5 VIOLET)

Bacaan ikrar guru - Diketuai oleh MOHD SHAZUWAN BIN CHE LAH

Bacaan ikrar murid- Diketuai oleh ORKED NURTIHANI BINTI FAUZI (6 NYATOH)


Laporan guru bertugas minggu 24 : USTAZ MOHD FAIZUL 

1.Tingkatkan kehadiran hadir awal setiap pagi ke sekolah.
2. Memastikan kelas sentiasa dibersihkan setiap kali sebelum mula pembelajaran.

Ucapan Pentadbir -  PN. ANITA BINTI SARIDIN

1. Ucapan tahniah kepada pasukan Bola Baling kerana menjadi Johan Bola Baling Lelaki dan Johan Bola Baling Perempuan Peringkat Daerah bagi tahun 2026.


2. Peringatan untuk 
murid-murid Tahun 4 supaya bersedia dengan Matriks Pebelajaran yang akan diadakan pada bulan Oktober.


Pemenang Keceriaan Kelas:

PPKI 

🥇 Anggerik

🥈 Lavender

🥉 Cempaka


Tahun 4

🥇Al-Jazari

🥈Al-Kindi

🥉Al Farabi  


Tahun 5

🥇 Firus

🥈 Amber

🥉 Violet


Tahun 6

🥇 Resak

🥈 Chengal

🥉 Jati



Bacaan doa


Nyanyian Lagu-lagu Rasmi


Bacaan Ikrar oleh guru bertugas



Bacaan Ikrar oleh Ketua Murid



Barisan guru bertugas


PENYAMPAIAN HADIAH


Johan Model Kerjaya (Bomba) pada 19 Julai 2026 di Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Sepang



Johan Bola Baling Peringkat Daerah Sepang (Pasukan Lelaki) pada 29 hingga 31 Julai 2026 berte
mpat di ARENA, Sepang


Johan Bola Baling Peringkat Daerah Sepang (Pasukan Perempuan) pada 29 hingga 31 Julai 2026 bertempat di ARENA, Sepang

Penjaga Gol Terbaik di Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Sepang pada 29 hingga 31 Julai 2026 bertempat di ARENA, Sepang

Pemain Lelaki Terbaik di Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Sepang pada 29 hingga 31 Julai 2026 bertempat di ARENA, Sepang

Pemain Perempuan Terbaik di Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Sepang pada 29 hingga 31 Julai 2026 bertempat di ARENA, Sepang



Monday, 22 June 2026

 

Monday, 22 Jun 2026

 LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-19 (SESI PAGI)


Tarikh          :    22 Jun 2026

Hari             :    Isnin

Masa           :    7.30-8.00 pagi

Tempat        :    Tapak Perhimpunan, SK Desa Pinggiran Putra

Guru Bertugas :

SYAHRIHA BINTI RAMAN ( K )

MOHD SHAZUWAN BIN CHE LAH

NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN

NURUL HANAN BINTI HUSSIN

ZAINOR YARISAH BINTI SAPARI

FAZIRA BINTI ISMAIL

 UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI


ATURCARA:

Pengacara perhimpunan : Rahadatul Aisy binti roazlan  (6 CHENGAL)

Bacaan doa - Muhammad fariq ihraz bin mohd faisal ( 5 firus )

Nyanyian lagu-lagu rasmi ( Lagu Negaraku, Lagu negeri Selangor dan Lagu SKDPP)

- Konduktor lagu : AISYAH HUMAIRA BINTI SUMAIRI (4 AL FARABI)

Bacaan ikrar guru - Diketuai oleh SYAHRIHA BINTI RAMAN

Bacaan ikrar murid- Diketuai oleh ORKED NURTIHANI BINTI FAUZI (6 NYATOH)


Laporan guru bertugas minggu 13 : Nurul huda binti wan abdullah 

1. tiada laporan masalah disiplin diterima sepanjang minggu lepas
2. disiplin murid terkawal dan baik
3. murid diingatkn supaya terus patuh dengan peraturan sekolah
4. datang sekolah awal,jaga kebersihan persekitaran sekolah,sentiasa ucap salam bila berjumpa guru atau org lebih tua


Ucapan Pentadbir -  ENCIK IDRIS BIN JAMAL

1. peringatan mesra kepada penerima hadiah, sebaik-baiknya ucapkan terima kasih selepas menerima hadiah, jadikan kebiasaan beri ucapan terima kasih.

2. minggu ini bermula minggu sukan, pastikan semua murid2 berada di tempat yg sepatutnya, bersama2 dengan rumah sukan atau acara terlibat.

3. seterusnya sukantara selasa hingga jumaat, mula latihan Dari 7:30-9:30

4. selepas rehat masuk kelas seperti biasa

5. pastikan bersarapan sblm datang sekolah.


Pemenag Keceriaan Kelas:

PPKI 

🥇 Mawar

🥈 lavender

🥉 Anggerik


Tahun 4

🥇Al-Farabi

🥈 Al-Kindi

🥉  Al-Jazari


Tahun 5

🥇 Firus

🥈 Amber

🥉 Magenta


Tahun 6

🥇 Resak

🥈 Chengal

🥉 Merbau


pengacara majlis

bacaan doa

nyanyian lagu Negaraku




ikrar guru

ikrar murid 


barisan guru bertugas 

ucapan pentadbir 
















Monday, 27 April 2026

 LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-14 (SESI PAGI)


Tarikh          :    27 April 2026

Hari             :    Isnin

Masa           :    7.30-8.00 pagi

Tempat        :    Tapak Perhimpunan, SK Desa Pinggiran Putra

Guru Bertugas :

 UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI (K)

SYAHRIHA BINTI RAMAN

MOHD SHAZUWAN BIN CHE LAH

NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN

NURUL HANAN BINTI HUSSIN

ZAINOR YARISAH BINTI SAPARI

FAZIRA BINTI ISMAIL

NUR KHAIRUNNISA AQILAH BINTI HAIRUL AMRI - GURU PRAKTIKUM


ATURCARA:

Pengacara perhimpunan : NUR ARISSA AQILAH BINTI AHMAD ZULKHAIRI (6 RESAK)

Bacaan doa - AMSYAR MUADZ BIN MOHD KAMAL (5 INDIGO)

Nyanyian lagu-lagu rasmi ( Lagu Negaraku, Lagu negeri Selangor dan Lagu SKDPP)

- Konduktor lagu : AISYAH HUMAIRA BINTI SUMAIRI (4 AL FARABI)

Bacaan ikrar guru - Diketuai oleh UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI

Bacaan ikrar murid- Diketuai oleh ORKED NURTIHANI BINTI FAUZI (6 NYATOH)


Laporan guru bertugas minggu 13 : FAUZAN BT MUHAMMAD

1. Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir semasa mesyuarat PIBG, Sabtu lepas.

2. Murid yang menaiki basikal perlu turun dan tuntun basikal masuk ke kawasan sekolah.

3. Murid yang lambat dan masuk kawasan sekolah melalui pagar A, perlu berhati-hati kerana agak sesak terutama yang menaiki basikal.


Ucapan Pentadbir -  ENCIK MAHADIR BIN MIDUN

1. Memaklumkan sudah masuk pertengahan April maksudnya menghampiri musim peperiksaan. Murid yang terlibat dengan akiviti sukan perlu pandai membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran.

2. Ustaz juga mengigatkan murid masih lagi musim panas. Murid perlu menjaga kesihatan dengan minum air banyak dan jangan bermain di luar rumah.

3. Murid dinasihatkan bawa air yang secukupnya dan boleh tambah di sekolah.

4. Ustaz juga menasihatkan agar murid menjaga keselamatan ketika berada di kawasan sekolah. Murid dilarang bermain di kawsan parking guru untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.


Pemenag Keceriaan Kelas:

PPKI 

🥇 Mawar

🥈 Cempaka 

🥉 Anggerik


Tahun 4

🥇 Al-Jazari

🥈 Al-Kindi

🥉 Al-Farabi


Tahun 5

🥇 Firus

🥈 Amber

🥉 Magenta


Tahun 6

🥇 Resak

🥈 Chengal

🥉 Nyatoh


Gambar sekitar perhimpunan rasmi: