Thursday 29 March 2018

PROGRAM STRATEGI UNTUK KECEMERLANGAN SELURUH SELANGOR (SUKSeS)



Program Strategi Untuk Kecemerlangan Seluruh Selangor (SUKSeS) merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) yang mesti dilaksanakan di semua sekolah-sekolah dalam negeri Selangor. Pelaksanaan Program ini akan bermula pada bulan Februari -Ogos 2018. Penyelaras bagi program ini adalah Guru Bimbingan Dan Kaunseling setiap sekolah. Program ini akan dipantau pelaksanaanya dari masa ke semasa. Program ini merupakan wajah baru kepada program The Champion.

Rasional

  • Program SUKSeS ini akan meningkatkan pencapaian UPSR  Negeri Selangor.

Objektif

  • Meningkatkan bilangan murid cemerlang di semua sekolah di Saelangor.
  • Membantu murid mencapai kecemerlangan melalui bimbingan berfokus dan sistematik
  • Mewujudkan budaya belajar yang efektif melalui rakan sebaya dan persaingan yang sihat.
      PELAKSANAAN PROGRAM SUKSeS
       
       Terdapat 12 orang murid SUKSeS yang telah dipilih mengikut keputusan peperiksaan akhir Tahun 5. Murid tersebut telah dibahagikan kepada 3 kumpulan seperti berikut:

      KUMPULAN BELAJAR GROUP SUKSeS 2018 MENGIKUT KEPAKARAN SUBJEK
   
      KUMPULAN 1
WAN NURNAJWA IZZATI BT MOHD NAWI :BAHASA MELAYU
NURIN 'ALIYAH ZAHIRAH BT NASHARUDDIN :SAINS/MATEMATIK
NUR DANIA ALESYA BT ALIA RAMZI:ENGLISH


KUMPULAN 2
AFIAH BT KAHARUDEAN:MATEMATIK
NUR ADRIANNNA BT MOHD AZMAN : BAHASA MELAYU
FARIS IMRAN BIN ROSLAN: SAINS
MUHAMMAD FARIS BIN MOHAMAD AZMI:ENGLISH
HIDAYAT BT MOHD NAJIB:MATEMATIK

KUMPULAN 3
MUHAMMAD ARIS ISKANDAR BIN MOHD KHAIRUNIZAM:SAINS
WAN MUHAMMAD ILYAS BIN KHAIRIL REZA:MATEMATIK
AMIR AIZAM BIN TAQIUDDIN:ENGLISH
MUHAMMAD FARIHIN BIN MUHAMMAD FAIROL:BAHASA MELAYU

  SEDERAP mencadangkan sekurang-kurangnya 2 aktiviti berikut dijalankan di peringkat sekolah iaitu:
  • Pelaksanaan study group di rumah sesama ahli kumpulan pada hari Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Tempat yang dipilih adalah bergantung kepada perbincangan ahli dan kebenaran dari ibubapa mereka.
  • Study group di kantin sekolah pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.15 hingga 7.40 pagi di bawah pemantauan guru bimbingan dan kaunseling dan hasil kerja yang dibuat oleh murid akan disemak oleh guru matapelajaran mengikut subjek. Bahan yang digunakan adalah akhbar Didik.

Program SUKSeS peringkat  sekolah telah berjaya dijalankan bermula pada 27 Mac 2018 (Selasa).  Berikut gambar-gambar aktiviti peringkat sekolah murid SUKSeS Tahun 2018.


Study group di rumah

Study group di rumah

Study group di sekolah




Tahniah dan syabas murid SUKSeS 2018.Semoga beroleh kejayaan.

TAKLIMAT PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) MURID TAHUN 6


Tarikh: 27 Mac 2018
Hari: Selasa
Masa: 9-10 pagi(6 Amanah)
          10.30-11.30 (6 Bestari)
Sasaran: Murid Tahun 6
Penyampai taklimat: Pn Norlizawati bt Mohd Razali (Guru Bimbingan Kaunseling SEDERAP)


Taklimat psikometrik telah dilaksanakan pada tarikh,hari dan masa seperti di atas.  Tujuan diadakan taklimat ini supaya murid Tahun 6 lebih mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelaksanaan psikometrik di sekolah dan maklumat-maklumat tentang konstruk psikometrik.

Sepanjang taklimat diadakan, pelbagai maklumat yang disampaikan kepada murid Tahun 6 antaranya format ujian psikometrik, kepentingan pelaksanaan psikometrik, hubungkait konstruk psikometrik dengan kemahiran dan kerjaya  seperti verbal linguistik;murid berkemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa-bahasa yang gramatis. Murid ini cenderung kepada kerjaya guru contohnya.

Berikut rakaman gambar yang diambil sepanjang taklimat berlangsung:







Wednesday 28 March 2018

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi): PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK


SURAT PEKELILING PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)



SURAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK




DEFINISI PSIKOMETRIK

PSYCO: Kajian tentang jiwa
METRIK: Measure/Ukur

  • Mengukur dimensi berkaitan minda atau jiwa seperti sensitiviti, kecerdasan, aptitud, dan personaliti.

TUJUAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
  • Untuk mengukur kebolehan  (minat, sikap, personaliti dan kecenderungan)
  • Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan.
  • Membantu membuat keputusan yang praktikal/realistik.
  • Memahami secara lebih mendalam ; keadaan semula jadi dan perbezaan individu.
  • Memberi maklumat pendedahan kerjaya yang lebih luas dan tepat (Meluaskan aspirasi kerjaya)
KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
  • UJIAN APTITUD
          Ujian Aptitud adalah mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan. Terdapat sembilan konstruk dalam pentaksiran psikometrik iaitu:


Terdapat dua kategori ujian aptitud iaitu ujian aptitud umum dan ujian aptitud khusus.

i)Aptitud umum (ujian am): Ujian yang akan diambil oleh murid Tahun 3 yang mengandungi konstruk Verbal Linguistik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Logik Matematik.

  • Verbal Linguistik merangkumi kemahiran perkataan, konsep verbal dan aplikasi kritikal. Manakala logik matematik adalah numerik, penyelesaian masalah, penaakulan matematik (logik nombor dan membuat prestasi)
ii)Aptitud Khusus (Inventori kecerdasan pelbagai(ikep): Ujian yang diambil oleh murid Tahun 6 yang mengandungi kesemua konstruk.

Penerangan tentang kostruk untuk inventori kecerdasan pelbagai (ikep) Tahun 6 adalah seperti berikut:

















Contoh Operasi dan skor Inventori Kecerdasan Pelbagai (Tahun 6)





Format Ujian Aptitud Tahun 2018

Ujian Aptitud Tahun 6

- Mempunyai 90 soalan
-Pilihan jawapan ya dan tidak
-Masa diberi 45 minit

Ujian Aptitud Tahun 3

-Mempunyai 80 soalan
-Pilihan jawapan objektif A,B,C
-Masa diberi 1 jam 30 minit

  • Contoh Skor Markah Ujian Aptitud Tahun 3 adalah:

Monday 26 March 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11

Tarikh                          : 26 Mac 2018 ((Isnin)

Masa                            : 7:40 pagi – 8:10 pagi
Tempat                         : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Guru Bertugas            Pn. Noor Hayati binti Miswan
                                        En. Mohd Azizun Sauri bin Aziz
                                        Pn. Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid
                                        Pn. Nurulhanis binti Noh
                                        Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani

Laporan Perhimpunan

  •  Nyanyian 3 buah lagu – Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn Norwati
  •   Bacaan Doa oleh wakil pengawas : Adik Muhammad Irsyaduddin
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Hayati  binti Miswan
  •  Bacaan Ikrar murid oleh wakil pengawas : Adik Imran Khir


Laporan Guru Bertugas oleh YM Tg Fairus binti Raja Hassan
  • Elakkan sikap ejek mengejek sesama rakan. Perbuatan ini bukan sahaja tidak elok diamalkan tetapi juga boleh menimbulkan pergaduhan serta boleh mengguris hati dan perasaan rakan yang diejek.
  • Laluan bilik guru tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh murid. Hanya dua orang murid dibenarkan masuk ke bilik guru untuk sesuatu urusan sahaja.
  • Murid diingatkan supaya dapat membudayakan ucapan salam, bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelawat-pelawat yang datang ke sekolah.

Hal-hal Lain

1. Kejohanan Sukan Pelayaran MSSM 2018
Pada 19 Mac hingga 24 Mac 2018, Adik Muhammad Shahid Hakimi bin Mohd Faizal telah mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan Pelayaran MSSM yang telah berlangsung di Langkawi, Kedah. Dalam kejohanan tersebut, Adik Shahid telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Acara Individu Optimist bawah 12 tahun (lelaki) serta tempat keempat dalam Acara Penaja Optimist peringkat bawah 12 tahun. Sekalung tahniah diucapkan kepada Adik Shahid.

2. Perasmian Hari Nilam 1 Selangor (Pn. Athirah binti Mustafa)
Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor merupakan hari istimewa saban tahun yang disambut sebagai sebuah platform untuk menyemai penghayatan budaya membaca di kalangan murid. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat dalam memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid prasekolah dan tahun 1. 

- Ucapan Perasmian Hari Nilam 1 Selangor oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra,
En. Sukimin bin Juki
  • Program membaca telah diadun dan disusun dengan baik untuk murid sepanjang persekolahan.
  • Antara program yang dilaksanakan ialah program 1+1= 100. 
  • Selain daripada program tersebut, pelbagai program berkaitan turut diadakan untuk menyemai budaya membaca di kalangan murid-murid.
  • Setiap murid perlu memiliki Buku Nilam yang boleh dibeli dan diperolehi dari kedai buku sekolah.
  • Anugerah Tokoh Nilam  akan diberikan pada Hari Anugerah Kecemerlangan kepada murid yang berjaya memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
  • Pusat Sumber perlu dijaga dengan baik. guru-guru perlu membimbing dan memantau murid semasa berada di pusat sumber.
  • Pastikan murid-murid mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan seperti menyusun semula buku di tempat yang sepatutnya dan elakkan membuat bising semasa berada di pusat sumber.
  • Semua guru dan murid haruslah menghargai dan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
  • Dengan lafaz bismilahirahmanirrahim, guru besar merasmikan Hari Nilam 1 Selangor.

Gambar:

Bacaan doa oleh Adik Irsyaduddin Hafiy
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dibimbing oleh Pn. Noor Hayati Miswan

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Imran Khir


Jaguh Perahu Layar, Adik Muhammad Shahid bin Mohd Faizal
Tahniah diucapkan kepada Adik Shahid kerana telah mengharumkan nama Negeri Selangor
Program Perasmian Hari Nilam 1 Selangor oleh Pn. Athirah binti Mustafa

Ucapan Perasmian Hari Nilam 1 Selangor oleh Guru Besar,  En. Sukimin bin Juki


Gimik Pelancaran HaN1S









Kokurikulum

WIRA PERAHU LAYAR
SK DESA PINGGIRAN PUTRA

Tarikh : 19 Mac -24 Mac 2018
Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Kebangsaan Pulau Langkawi Kedah

Sukacita dimaklumkan bahawa peserta perahu layar SK Desa Pinggiran Putra Muhammad Shahid Hakimi bin Mohd Faizal telah mewakili terpilih mewakili Negeri Selangor untuk Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sekolah Malaysia di Langkawi Kedah.

Kejayaan yang membanggakan apabila Muhammad Shahid Hakimi telah mecapai kejayaan dengan mendapat Naib Johan Individu Pelayaran peringkat Malaysia. Ini amat membanggakan sekolah. Kejayaan Muhammad Shahid telah mengharumkan nama sekolah sehingga di peringkat Malaysia.
TAHNIAH SHAHID dan terima kasih kepada kedua ibu dan bapanya yang begitu bersungguh-sungguh memberikan sokongan dan kerjasama. Semoga Shahid akan terus berjaya dalam sukan pelayaran.




Disediakan oleh
Salmah Ismail
PK Kokurikulum
SKDPP

Tuesday 13 March 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-10



Tarikh                          : 12 Mac 2018
Hari                             : Isnin
Masa                            : 7:40 – 8:10 Pagi
Tempat                        : Dataran perhimpunan SEDERAP

Guru bertugas             : Pn. Nurul Ruhamaak Binti ab Rahman
                                          Cik Tengku Fairus Binti Raja Hassan
                                          Pn. Siti Norhazwani Binti Zainol
                                          Pn. Shaazrina Binti Mohd Imran
                                          Pn. Wan Nurul Huda Binti Wan Abdullah
                                          Encik Mohd faizul Bin Zakaria

Laporan guru bertugas Minggu Lepas (Pn. Umi Nazihah Binti Che Ghani)
                                                                                   
      - Murid dinasihatkan supaya sentiasa beratur semasa membeli makanan dan minuman di
         kantin bagi mengelakkan makanan dan minuman yang dibeli tidak tumpah.
      - Murid dilarang duduk di meja kayu sewaktu cuaca panas bagi menghindari demam
      - Murid hendaklah jaga disiplin diri di kantin seperti tidak berkelakuan tolak-menolak   
               semasa beratur membeli makanan dan minuman kerana dibimbangi kawan yang                                      lain akan jatuh.


-    Laporan Disiplin ( Ustazah Salwa Binti Mohd Hadi )
            
           - Murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan pada hari yang ada subjek Pendidikan         Jasmani. Kasut hitam hanya boleh dipakai oleh pengawas. Manakala, murid yang lain dibenarkan      memakai kasut sekolah sahaja.
           - Murid-murid dilarang sama sekali membawa mainan ke sekolah. Jika didapati membawanya,              akan dirampas serta-merta.
           - Murid-murid diingatkan supaya mengisi waktu senggang dengan aktiviti membaca buku.

       Ucapan pentadbir ( Pn. Salmah Binti Ismail )
          
              - Murid mempunyai peranan di sekolah. Jadi, murid perlu patuh kepada peraturan-peraturan 
                 yang ditetapkan di sekolah.
-            - Murid-murid dinasihatkan supaya lakukan yang terbaik untuk ujian bulanan pada minggu ini            supaya beroleh kejayaan  yang diimpikan.
-            - Murid-murid diingatkan supaya membersihkan kelas sebelum cuti persekolahan bermula.
      
        Hal-hal lain:
             - Penyampaian pingat dan sijil Kejohanan Olahraga dan Balapan Daerah Sepang 2018:
             - 100 meter- mendapat tempat ke-3 dan pingat gangsa ( Nur Rahman bin abdul rahim )
             - 100 meter dan 200 meter - pingat emas  ( Nur Hadirah Binti Mohd Husaini )


Pn. Umi Nazihah -Laporan guru bertugas.

Ustazah Salwa- Laporan Disiplin

Nur Rahman Bin Abdul Halim- Pingat Gangsa

Nur Hadirah Binti Mohd Husaini- Pingat Emas

Pn. Salmah Binti Ismail- Ucapan pentadbir