Monday 21 December 2020

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) HOLISTIK

















Faedah Pendidikan Inklusif

 

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk menjalani PdP serta bergaul bersama murid arus perdana yang lain. Pendidikan inklusif bertepatan dengan ‘Public Law 94-142 part B’ yang menyatakan bahawa pendidikan inklusif memberi peluang pendidikan kepada semua murid berkeperluan khas. Pendidikan inklusif membolehkan murid berkeperluan khas mendapat hak mengikuti pendidikan dalam suasana yang tidak terhad. Antara faedah pendidikan inklusif adalah:

 

i. Meningkatkan penerimaan murid berkeperluan khas dalam kalangan murid arus perdana dan warga sekolah.

ii. Meningkatkan akses dan peluang murid berkeperluan untuk belajar dalam persekitaran yang harmoni.

iii. Mengoptimumkan potensi murid berkeperluan dalam setiap aspek perkembangan.

iv. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid berkeperluan khas.

v. Menanam sikap hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara individu yang berbeza.

vi. Mewujudkan jalinan persahabatan antara murid untuk perkembangan sosial dan emosi yang sihat.

 





















Saturday 28 November 2020

HASIL KEBUN@ECO GARDEN SEDERAP

Terdapat lebih daripada 40 jenis pokok tumbuhan di Eco Garden SEDERAP. Tumbuhan yang terdapat di Eco Garden SEDERAP terbahagi kepada pokok sayuran (berdaun dan berbuah), pokok buah-buahan dan pokok herba. Pengeluaran hasil daripada kebun kami amat menggalakkan memandangkan tanah di sini sangat subur. Hasil kebun segar yang diperoleh mendapat sambutan yang baik daripada para guru dan staf SK Desa Pinggiran Putra. Wang yang diperolehi daripada hasil kebun tersebut kami gunakan semula untuk penambahbaikkan kebun kami.























Antara hasil yang terdapat di Eco Garden SEDERAP



Hasil kebun dijual kepada para pentadbir, guru dan staf

Saturday 21 November 2020

PENCEGAHAN HASIL TANAMAN DARIPADA SERANGAN HAIWAN & SERANGGA PEROSAK@ECO GARDEN SEDERAP


Masalah utama di kebun kami ialah, hasil tanaman yang dikeluarkan akan menjadi sasaran tupai dan serangga perosak yang lain walaupun telah dibalut dengan plastik/ kertas. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah cuba menggunakan botol mineral terpakai untuk melindungi hasil tanaman yang hanya menunggu masa untuk dipetik. Kaedah ini didapati sangat berkesan kerana hasil tanaman tersebut terjaga dan selamat daripada sasaran haiwan ldan serangga perosak sehingga dipetik.





Botol mineral terpakai digunakan untuk melindungi sayuran/ buah daripada serangan haiwan perosak

Saturday 14 November 2020

PENGEZONAN KAWASAN TANAMAN@ECO GARDEN SEDERAP

Eco Garden SEDERAP mengaplikasikan teknik pengezonan kawasan di mana kami telah menetapkan dan mengasingkan kawasan bagi hasil semaian/ pencambahan benih, kawasan tanaman separa matang dan kawasan tumbuhan jangka panjang. Dengan melaksanakan teknik ini, kami lebih mudah untuk memantau tanaman-tanaman dalam Eco Garden dan teknik ini nampak lebih sistematik.










Pengasingan pokok daripada anak benih, pokok yang belum matang, separa matang dan pokok yang telah matang




Friday 16 October 2020

Minggu 13-Pembukaan sekolah pasca covid-19

Laporan guru bertugas

TARIKH:16 OKTOBER 2020

HARI: JUMAAT

 GURU BERTUGAS:

        1. Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin

        2. Norlizawati bt Mohd Razali

        3. Siti Suhaida bt Saniman

        4. Poh Ee Chiun

        5. Wan Muhammad Hafiz bin Wan Yasin

        6. Umi Nazihah bt Che Ghani (Cuti bersalin)

LAPORAN:

  1. Kehadiran murid 7:00 hingga 7:30 pagi.
  2. Guru-guru bertugas mengambil suhu murid setiap pagi sebelum murid bergerak ke kelas masing
  3. Murid-murid sentiasa di ingatkan tentang SOP dan peraturan sekolah yang telah di tetapkan semasa berada di sekolah.
  4. Semasa di kelas, guru kelas atau guru subjek masa pertama mengambil kehadiran dan mencatat suhu murid.
  5. Pada waktu rehat, murid makan di dalam kelas dengan dipantau oleh guru.


LAPORAN BERGAMBAR:









Wednesday 7 October 2020

MINGGU 12- PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID-19

 LAPORAN GURU BERTUGAS

TARIKH: 7 OKTOBER 2020

HARI: RABU

             GURU BERTUGAS:

                              1. Hafidah Binti Abd Hamid

                              2. Haji Zulhilmi Bin Nawawi

                              3. Nadiah binti Nazaruddin

                              4. Atirah Binti Mustafa

                              5. Wan Salawati Binti w. Md. Nor

                              6. Syariha binti Rahman


LAPORAN:

  1. Kehadiran murid 7:00 hingga 7:30 pagi.
  2. Guru-guru bertugas mengambil suhu murid setiap pagi sebelum murid bergerak ke kelas masing
  3. Murid-murid sentiasa di ingatkan tentang SOP dan peraturan sekolah yang telah di tetapkan semasa berada di sekolah.
  4. Semasa di kelas, guru kelas atau guru subjek masa pertama mengambil kehadiran dan mencatat suhu murid.
  5. Ganguan bekalan air dari 6/10/2020-7/10/2020( Selasa dan Rabu).
  6. Kantin ditutp kerana masalah air. Murid membawa bekalan masing- masing.

     Laporan bergambar:
  

    


Murid- murid berehat seperti biasa di dalam kelas.





Pekerja menyediakan bekalan air untuk kegunaan murid di tandas dan mencuci tangan.









l
M