Tuesday 29 April 2014

PROGRAM ‘JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK SEPULUH MINIT” 2014 SK DESA PINGGIRAN PUTRA

 
 
PENASIHAT :
En. Sukimin bin Juki
 
PENGERUSI :
Pn. Maznah Mohd Nor
 
NAIB PENGERUSI :
En. Rosdin bin Ibrahim
Pn. Salmah binti Ismail
 
SETIAUSAHA :
Pn. Iqbal Hana’ binti Mohamed Rusdi
 
BENDAHARI :
Pn. Suhaizan binti Che Osman
 
 
Pada 22 April 2014 yang lalu satu program ilmiah iaitu “ Jom Membaca Bersama untuk Sepuluh Minit telah dilancarkan di dewan terbuka SK Desa Pinggiran dimana seluruh warga sekolah SK Desa Pinggiran Putra terlibat sepanjang pelancaran program tersebut. Program yang berlangsung selama 10 minit tersebut diadakan pada jam 9.50 pagi hingga 10.15 pagi. 
 
 
Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk:
 
1) Membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.
2) Meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat.
3) Melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
 
 
 
Salah satu "bunting" yang telah digantung berhampiran Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra bagi menyemarakkan lagi  pelancaran program "Jom Membaca".
 
 
Murid- murid berkumpul di dewan terbuka sebelum program berlangsung. Beberapa orang guru telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan pergerakkan murid bagi menjamin kelancaran program.

 

Pn. Iqbal Hana’ menyampaikan taklimat ringkas berkaitan dengan program yang akan berlangsung. Beberapa kelengkapan dan kemudahan teknologi seperti skrin projektor dan komputer riba turut digunakan bagi memastikan kelancaran program dan menjadikan program lebih interaktif.
 
Guru mengedarkan bahan bacaan kepada murid-murid dan para guru untuk dibaca.
 
Guru-guru sedang membaca bahan bacaan yang dibekalkan oleh pihak sekolah dan terdapat juga guru yang membawa bahan bacaan kepunyaan sendiri sebagai tanda sokongan kepada pelancaran program ini.

 
 
Murid- murid sedang membaca bahan bacaan yang dibekalkan.
 
Program “Jom Membaca” telah selesai dijalankan. Murid-murid diminta beratur untuk pulang ke bilik darjah masing-masing bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
 
 
 
Penutup : 
Amatlah diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan dapat diteruskan sebagai aktiviti sekolah secara berterusan sebagai sokongan kepada usaha membentuk tabiat membaca dalam kalangan setiap individu.
 

 

Monday 28 April 2014


LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN - MINGGU KE-17

Tarikh                 : 28 April 2014
Masa                  : 7.40 pagi
Tempat               : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas     :  1. Pn. Ifa Hayati Binti Ismail
                             2. Pn. Jawahir Binti Shahdan
                             3. Pn. Fauzan Binti Muhammad
                             4. Pn. Rozayma Binti Zaman
                             5. Pn. Iqbal Hana Binti Rusdi

Kehadiran Guru   : 24/25 orang
Guru Tidak Hadir : 1. Pn. Maznah Binti Md Noor - Lawatan Penanda Aras
                              2. Pn. Anis Farhah Binti Md Isa - Cuti Bersalin
                              3. Pn. Ifa Hayati Binti Ismail - Cuti Sakit
                              4. Pn. Zahrul Huda Binti Kamarudin - Cuti Tanpa Rekod

Laporan               :
1. Bacaan Doa
2. Nayanyian Lagu Negaraku &Lagu Negeri Selangor
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya & Ikrar Murid
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Ke - 16 (En. Zulhilmi Bin Nawawi)
    - Murid tidak dibenarkan berlari-lari di dalam kawasan sekolah dikuatiri menyebabkan berlakunya
       kemalangan dan kecederaan
    - Semua ketua kelas dan penolong ketua kelas diminta mengawal kelas terutama semasa waktu peralihan
       mata pelajaran
5. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Iqbal Hana Binti Rusdi)
    - Tajuk : Semangat Bekerjasama
    - Semua murid perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain terutama di dalam kelas
    - Jadikan semut sebagai contoh perlakuan yang menggambarkan sifat bekerjasama.
6. Ucapan GPK Hal Ehwal Murid (En. Rosdin Bin Ibrahim)
    - Mengingatkan murid- murid agar menjadikan amalan-amalan baik sebagai satu budaya sekolah.
      Contohnya: memberi salam, , bertegur sapa, beratur, meluruskan meja, membuang sampah dan lain-lain.
    - Memaklumkan tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun iaitu bermula 5 Mei 2014
7. Hal-hal lain
    - Makluman Cuti Umum pada 1 Mei 2014 (Khamis)
8. Disediakan oleh : Pn. Rozayma Binti Zaman


Murid-murid sedang menyanyikan lagu Negaraku
Murid-murid sedang khusyuk mendengar ucapan guru
Barisan guru Sk. Desa Pinggiran Putra
Budaya sekolah : Cara penyusunan beg sewaktu perhimpunan





Friday 25 April 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE 16


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE 16


TARIKH: 21 APRIL 2014

HARI: ISNIN

GURU BERTUGAS:            1) EN. ZAKARIA B. SHA`ARI

                                               2) PN. ANIS FARHAH BT. MD ISA

                                               3) EN. ZULHILMI B. NAWAWI

                                               4) PN. ZAHRUL HUDA BT. KAMARUDIN


KEHADIRAN GURU:  26/28 ORANG


1. Norhafiza bt. Mohd. Ramzan        - Cuti sakit

2. Zakaria b. Sha`ari                           - JU Takraw


Laporan 


1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor

2. Bacaan doa oleh Pengawas bertugas

3. Bacaan ikrar Rukun Negara

4. Bacaan ikrar Jalanraya

5. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah,.

6. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Siti Hajar

    i) Disiplin

         - Pelajar tahap 1 yang keluar awal dilarang bermain dengan basikal.


7. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Pn. Zahrul Huda.

    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas

    ii)  jika murid mengalami masalah, sila berhubung dengan guru- guru tersebut.


8. Ucapan Guru Besar

    i) Keselamatan

       Pelajar tahap 1 yang menunggu kakak atau abang di tahap dua dilarang bermain dalam kawasan sekolah.

    ii) Kesihatan

        Sedikit-sedikit lama – lama akan jadi bukit. Cara pelajar membawa beg sekolah yang berat, boleh mengakibatkan sakit tulang belakang. Bagi mengatasi masalah ini, menjadi tanggungjawab guru dan murid memastikan beg diletak di sebelah meja bukan di atas kerusi. Badan akan lebih selesa duduk tanpa beg. Cara ini boleh mengelakkan sakit tulang belakang dalam jangka masa yang panjang.


9) Hal – hal lain.

            Tiada.

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Siti Hajar

Ucapan Guru Bertugas Mingu ke 16 Pn. Zahrul Huda

Ucapan Tuan Guru Besar En. Sukimin bin Juki


Wednesday 23 April 2014

PELAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Bil 07/2014 (Persatuan Badan Beruniform dan 1M1S)
Tarikh    : 23 April 2014 (Rabu)
Masa     : 2.30 pm -5.30 pm
Tempat  : SK. Desa Pinggiran Putra
Sasaran : Murid-murid Tahun 4 dan 5

Unit  PBB Terlibat: 
1. Pengakap
2.Tunas Kadet Remaja Sekolah
3. Pergerakan Puteri Islam
4. Pandu Puteri Tunas

1M1S
1. Bola Jaring  - Teori
2. Bola Sepak - Teori
3. Badminton - Teori
4. Ping Pong -  Latihan Permainan  
* Aktiviti padang tidak dapat dilakukan disebabkan hari hujan.

Kehadiran
Unit                                                   Kehadiran Murid                           Kehadiran Guru
1. Pengakap                                             33/33                                          4/6
2. Tunas Kadet Remaja Sekolah               29/32                                          8/9 (termasuk guru praktikum)
3. Pergerakan  Puteri Islam                       15/15                                          5/7
4. Pandu Puteri Tunas                               23/24                                          5/6

Jumlah Kehadiran Murid : 100 orang
Peratus Kehadiran          : 95.2

Guru tidak hadir
1. En Zakaria             - Sepak Takraw MSSS
2. Pn. Iffahayati          - Kursus    
3. Pn. Nurul Hidayah  - CRK
4. Pn Iqbal Hana`       - Khidmat Bantu PSS
5. En. Maz Azlee        - Cuti Sakit
6. Pn. Sabariah           - Mesyuarat

LAPORAN BERGAMBAR

Ahli PPT membina koaj dari bahan maujud


Ahli Pengakap melukis dan membina kolaj


Mozek yang dihasilkan

Rekaan dan corak - tiupan straw minuman

melukis dan mewarna


tekun membina mozek

Coklat Cornflakes yanp dan rangup dan sedap dari Pergerakan Puteri Islam

Pakar membuat coklat cornflakes

Ahli PPI sedang membuat coklat cornflakes

Adunan Coklat Cornflakes

 Resepi Corn Flakes Coklat - Anda cubalah


Ahli TKRS  tekun mendengar mengenai Sejarah TKRS

Pasangan kembar seiras


Kawad TKRS



Pemain ping pong di kalangan guru


Pencarian Bakat Murid Pintar dan Berbakat Saringan Pertama Ujian Dalam Talian UKM1

Gambar Hiasan - Muhammad Zaim Haiqal dan  Abdul Syamir Iqmal dari kelas 5 UPM
Pencarian Bakat Murid Pintar dan Berbakat Saringan Peringkat Pertama boleh diakses secara atas talian (online) di laman web,http://ukm1.permatapintar.edu.my./ Murid-murid yang berumur 8hingga 15 tahun adalah layak menyertai program ini.

Untuk makluman, murid-murid yang berjaya terpilih masuk ke saringan kedua akan berpeluang menyertai:-
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2014)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2014 dan beragama Islam)
3) Program Pendidikan PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2014)
4) Program Pendidikan PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2014)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamathttp://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Pendaftaran:-
* Pelajar baru: Masukkan MyKad/ MyKid, maklumat murid, sekolah dan ibu/ bapa/ penjaga.
* Pelajar lama: Kemaskini MyKad/ MyKid, maklumat murid, sekolah dan ibu/ bapa/ penjaga.

Jangka masa ujian adalah selama 1 jam 30 minit. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.permatapintar.edu.my/

Tuesday 22 April 2014

PROGRAM PEMULIHAN 3M (ProTiM) TAHUN 4 SESI 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), sedikit penambahbaikan telah dibuat. 
Bagi Tahun 2014, Ujian ProTiM akan dijalankan bagi murid Tahun 4 yang telah dikenal pasti mengikut kriteria yang ditetapkan. Program ProTim ini merupakan program yang dirancang untuk menangani masalah membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah pada Tahap II. 
Dalam program ini, Ujian PraProTiM akan dijalankan untuk megenal pasti tahap penguasaan 3M murid. 
Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 10 minggu, sebelum diuji semula dalam Ujian PascaProTiM. 

Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

  • Bahagian A - Kemahiran Membaca
  • Bahagian B - Kemahiran Menulis
Oleh yang demikian, pihak sekolah akan menjalankan program ini mengikut jadual aktiviti pelaksanaan seperti di bawah :


TARIKH
AKTIVITI
13 – 18 April 2014
Ujian PraProTiM dijalankan
20 April – 25 Julai 2014
(10 minggu)
Kelas ProTiM dilaksanakan
10 – 15 Ogos 2014

Ujian PascaProTiM dijalankan


Pihak sekolah memohon kerjasama para ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak-anak khususnya di Tahun 4 agar dapat hadir ke sekolah sepanjang program ProTiM ini dijalankan. Program ini dapat membantu mengesan kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan (pencapaian murid). 

Kerjasama daripada pihak ibu bapa didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday 21 April 2014


Pelaporan Bengkel Pra Perlantikan  Persatuan Pandu Puteri Tunas Daerah Sepang 2014


Tarikh        :       17 April 2014
Hari           :        Khamis
Masa         :        8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat      :       Sekolah Seri Puteri
Peserta      :    
                         1) Nur farah Dania Binti Norfadzil (5UPM)
                         2)Nurezwanna Najwa Binti Anuar (5UPM)

                   Bengkel Pra Perlantikan ini merupakan suatu  majlis  yang diadakan untuk melantik Pandu Puteri Tunas dengan menyediakan Folio Pra Persetiaan dan mestilah lulus ujian yang ditetapkan. SK Desa Pinggiran Putra telah menghantar 2 peserta untuk menyertai bengkel tersebut. Di dalam pertandingan folio peserta tidak mendapat tempat. Namun, semangat yang ditunjukkan oleh para peserta boleh dijadikan contoh pada masa hadapan. 
                    Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak dalam membantu dalam pertandingan folio tersebut.
                
Para peserta Pandu Puteri Tunas

Gambar semua peserta 
Semasa Pra  Perlantikan Pandu Puteri Tunas



Sunday 20 April 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA 2014/2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA 2014/2015

Tarikh : 19 April 2014 (Sabtu)
Masa : 8.15 pagi - 12.30 t/hari
Tempat : Pusat Sumber SK Desa Pinggiran Putra

Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra (No. Pendaftaran: SEL 1274)  telah diadakan buat kali pertama pada 19 April 2014. Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato' Mohd Sharif, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dengkil.

Seramai 79 orang ibubapa yang telah hadir ke mesyuarat tersebut. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada yang hadir.

AJK PIBG SKDPP SESI 2014/2015

Penaung  : Tuan Pengarah Pendidikan Selangor
Penasihat  : En. Sukimin Bin Juki
Yang Dipertua  : En. Mohd Radzi Bin Bainan
Naib Yang Dipertua  : En.Jailani Bin Kadir
Setiausaha Kehormat  : Pn. Nurul Hidayah Bt Wahid @ Ab Wahid (Lantikan sekolah)
Bendahari Kehormat  : Pn. Fauzan Bt Muhammad (Lantikan sekolah)

AJK Guru  :
  En. Zulhilmi Bin Nawawi
  Pn. Rozayma Bt Zaman
  Pn. Noor Asiah Bt Mohd Yusof
  Pn. Wan Salawati Bt Mohd Nor

AJK Bukan Guru  :
  1. En. Mohamad Zahri Bin Samingan
  2. Pn. Norhaidah Asma Bt Mohd Hashim
  3. Pn. Normi Bt Ghazali
  4. Pn. Siti Rom Bt Darman
  5. En. Mohd Taufik Bin Dolah
  6. En. Khairul Azman Bin Din

Juruaudit :
  1. Pn. Nor Asikin Bt Haji Hawi
  2. En. Zakaria Bin Sha'ari (Lantikan sekolah)

Dalam ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Tuan Shahrum, beliau dengan berbesar hati menyumbang sebanyak RM3000 kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan sekolah dalam mengendalikan program - program sekolah. Beliau juga akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak luar untuk penubuhan kumpulan nasyid sekolah iaitu Al Amin.

Dalam mesyuarat PIBG kali pertama ini, ibubapa telah mencadangkan supaya yuran tahunan PIBG bagi satu keluarga ialah RM50. Cadangan ini telah mendapat persetujuan ramai dalam pengiraan undi. Yuran PIBG yang dibayar kepada pihak sekolah akan digunakan untuk mengadakan pogram - program yang berkaitan sekolah kepada murid - murid sekolah ini. 

Isu - isu lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah isu lantai di dalam bilik darjah. Buat masa sekarang ini kerja - kerja pembaikan sedang dijalankan. Kelas tersebut akan ditutup sementara dan murid - murid kelas tersebut dipindahkan ke kelas di tingkat 2. Guru besar menyarankan ibu bapa supaya melihat di blog sekolah iaitu http://skdesapinggiranputra.blogspot.com atau facebook sekolah iaitu SK Desa Pinggiran Putra untuk maklumat lanjut tentang maklumat atau isu di sekolah. Bagi AJK PIBG pula, satu medium khas dalam talian iaitu aplikasi Telegram digunakan untuk komunikasi antara AJK PIBG dan pihak sekolah. 

Hal - hal lain yang dibincangkan ialah mengenai Zoom A. Ada ibu bapa yang bertanyakan apakah itu Zoom A yang dibayar oleh anak mereka sebanyak RM20 seorang. Zoom 'A' ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. Melalui Zoom A murid boleh membuat latihan di mana sahaja dengan adanya talian internet. Zoom A ini juga boleh dipantau oleh guru dan ibu bapa. Ini menjadikan seseorang murid itu berdisiplin menjalankan latihan. Untuk maklumat lanjut mengenai Zoom A ini boleh lah berjumpa atau menghubungi Cikgu Maz Azlee. 

Mesyuarat PIBG ini ditangguhkan oleh YDP pada pukul 12.25 tengah hari. 



Ibu bapa membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran

Para guru menunggu ketibaan Yang Berhormat

Ketibaan Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato' Mohd Sharif ADUN Dengkil

Yang Berhormat menerima pelawaan untuk memeriksa perbarisan murid

Yang Berhormat memeriksa perbarisan kawad murid

Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan Yang Berhormat



Yang Berhormat merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra Kali Pertama

Yang Berhormat menerima sedikit cenderamata dari pihak sekolah

Yang Berhormat mengambil kesempatan meninjau bilik darjah yang sedang dalam pembaikan



Sedikit jamuan buat para tetamu VIP

YDP PIBG mempegerusikan mesyuarat agung PIBG

Calon - calon AJK PIBG sewaktu menerima undian

Para ibu bapa mengangkat tangan untuk proses pengundian AJK

AJK PIBG yang baru bergambar bersama Guru Besar dan YDP PIBG