Monday 20 September 2021

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEMPEN PENGAMBILAN AIR KOSONG DALAM KALANGAN MURID KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Kempen Pengambilan Air Kosong Dalam Kalangan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bermula pada 16 Ogos 2021 dan berakhir pada 15 September 2021, bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Tema pertandingan ini ialah “AirKosong: Pilihan Lebih Baik, Gaya Hidup Sihat”

Objektif Pertandingan Melukis Poster Kempen Pengambilan Air Kosong dalam kalangan murid ini adalah untuk:

  •              Meningkatkan kesedaran murid berkaitan kepentingan menjaga kesihatan melalui pengambilan air kosong.                       
  •              Membiasakan pengambilan air kosong dalam kalangan murid bagi menangani masalah berlebihan berat badan dan obesiti dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD).                  
  •              Menggalakkan penyertaan murid dan sekolah dalam mempromosikan kempen pengambilan air kosong.
  •              Memberikan markah tambahan kepada murid bagi penyertaan aktiviti Peringkat Kebangsaan dalam penilaian PAJSK.
  •              Meningkatkan kreativiti murid dalam bidang seni visual.

            Seramai 8 orang murid dari SK Desa Pinggiran Putra telah menyertai pertandingan ini. Berikut adalah hasil – hasil karya yang telah dihantar ke PPD untuk penjurian Peringkat Daerah. Selamat berjaya diucapkan kepada semua peserta.


Nur Farisya Irdina Binti Noorakmal
6 Guanina

Nur Ayuni Safiyyah Binti Azman
6 Guanina

Nurul Husna Binti Abdul Hakim
6 Guanina

Nur Alya Zahirah Binti Ahmad Zulkhairi
4 Topaz
                                                                                                                
Aisyah Humaira Binti Nasrulamri
4 Zamrud
                                        
Hassan Amsyar Bin Azli
6 Timina

Siti Fatimah Binti Azli
3 Platinum

Iman Ruqayyah Binti Mohd Juraij
3 Aurum