Friday, 27 May 2016

Royal Floria Putrajaya 2016

Jangan lupa untuk singgah di booth SEDERAP R16 apabila anda berkunjung ke Royal Floria Putrajaya 2016.  Ini merupakan penyertaan kali kedua sekolah kita dan tema bunga pada tahun ini ialah Bunga Kekwa.  Inilah hasil kerjasama guru, murid dan ibubapa yang sama-sama merealisasikan taman bunga fantasi sekolah kita.  Terima kasih kepada semua.










Cuti Sekolah Penggal 1: Selamat Bercuti



Mulai esok 28 Mei 2016, sekolah akan memulakan cuti Penggal 1 selama dua minggu setengah (16 hari).  Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Isnin, 13 Jun 2014.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid.  Semoga masa cuti ini dapat dimanfaat dengan perkara-perkara yang berfaedah.  Juga diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq

Thursday, 26 May 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2016

Peringatan mesra.


Kepada,

Ibu bapa/penjaga
Murid SK Desa Pinggiran Putra

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis sambutan hari guru Tahun 2016 peringkat sekolah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Mei 2016 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: SK Desa Pinggiran Putra

Sekian terima kasih

PELAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 25 Mei 2016
Hari                        : Rabu
Masa                      : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Persatuan Badan Beruniform  Bil 08/2016

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam

Surau


Aktiviti:
1. Tatacara perjumpaan
2. Asas pertolongan cemas
3. Amali anduh


03/10
36/38
2
Pengakap

Pusat Sumber


Aktiviti;
1.Nyanyian lagu kebangsaan dan negeri
2.kemas kini buku log
3.kawad kaki


9/9

60/70

3
Tunas Kadet Remaja

Kantin

Aktiviti :
1.Nyanyian lagu kebangsaan dan negeri
2.kemas kini buku log-Jenis ikatan
3.kawad kaki

Th:
1.Reza Renaldi
2.Haziq haikal
3.Adam Affuan
4. Ammeer Khan
5. Irfan kamaruddin
6.Hidayat

Kehadiran guru :
Pn Hannah bersalin



7/8
63/68
4
Pandu Puteri Tunas
Kelas 1 Timina

Aktiviti
Aktiviti :
Membawa perutusan dan membaca peta.

4/10
37/37

Jumlah Kehadiran                            :               196
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               213
Peratus Kehadiran                        :               96.5 %


RUMUSAN
Aktiviti Persatuan Unit Beruniform ini dapat dilaksanakan dengan baik . Pada masa yang sama ramai guru yang bergotong-royong menyiapkan floria. Aktiviti Mingguan Kokurikulum PBB ini diakhiri dengan Tepuk Semangat.


Disediakan oleh

Salmah Ismail
PK Kokurikulum

Persatuan Pengakap

Persatuan PPIM

Persatuan PPT

Persatuan TKRS





Monday, 23 May 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (23 Mei – 27 Mei 2016)

Tarikh: 23 Mei 2016
Masa: 7.40 - 8.10 pagi
Hari: Isnin

Guru bertugas:
1. Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
2. Pn. Norwati binti Mohammad Supian
3. Pn. Wan Anna Wahidah binti Wan Mat Tahir
4. Cik Noorul Hidayah binti Azman
5. En. Mohd Faizul bin Zakaria

Pengacara majlis: Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
Bacaan doa: Norfizri Nazrin bin Nordin
Bacaan ikrar murid: Aaron Huzair bin Nik Mazli

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

Guru : Pn. Noraida binti Abd Aziz

1. Murid-murid diingatkan supaya makan di meja di kantin dan bukannya di meja batu.
2. Murid-murid diingatkan juga untuk tidak membawa makanan di dewan terbuka.
3. Murid-murid terutamanya Tahun 1 dan Tahun 2 diingatkan untuk tidak berlari di tapak perhimpunan.
4. Murid-murid juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan kelas. Murid –murid dikehendaki mengemas kelas 5 minit sebelum balik dengan kebenaran guru.


Taklimat guru disiplin:

Guru: Pn. Rozayma binti Zaman

1. Murid-murid diberi taklimat tentang buli iaitu satu perbuatan mengasari orang (murid) yang lemah bertujuan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
2. Murid-murid diingatkan bahawa perbuatan buli ini ialah perbuatan yang tidak baik dan mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.
3. Buli dari segi fizikal (contoh: memukul, menampar dan lain-lain).
4. Buli dari segi mental (contoh: ejek-mengejek)

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan:

Johan Tahap 1: 1 Adenina
Johan Tahap 2: 6 Marikh

Ucapan Pentadbir :
Guru : En Rosdin bin Ibrahim

1. Terdapat murid yang akan gembira apabila menerima keputusan peperiksaan yang baik dan akan ada juga murid yang akan bersedih jika mendapat keputusan peperiksaan yang lemah. Murid-murid perlu mengambil tindakan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran yang lemah.
2. Kesedaran yang tinggi harus dipupuk dalam diri murid tentang kebersihan terutamanya kebersihan diri, kebersihan kelas dan kebersihan alam sekitar.
3. Penggunaan tandas – tandas di belakang tangga bilik guru tidak boleh digunakan oleh murid. Semua murid diharapkan agar dapat menjaga kebersihan tandas dengan baik.
4. Murid-murid diingatkan untuk memanfaatkan waktu cuti persekolahan dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.



Bacaan doa oleh adik Norfizri Nazrin bin Nordin

Murid-murid Pra-sekolah dan murid-murid Tahap 1


Guru-guru Sederap

Nyanyian lagu yang dipimpin oleh Pn. Norwati bt Mohammad Supian 

Murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6

Bacaan ikrar yang diketuai oleh Pn Nur Izzati bt Muhammad Hairi

Guru-guru membaca ikrar

Bacaan Ikrar

Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Aaron Huzair bin Nik Mazli

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Noraida bt And Aziz

Laporan disiplin oleh Pn. Rozayma bt Zaman

Johan Pertandingan 3K Tahap 1 : Kelas 1 Adenina

Johan Pertandingan 3K Tahap 2 : Kelas 6 Marikh

Ucapan pentadbir oleh En. Rosdin bin Ibrahim

Murid-murid tekun mendengar taklimat daripada En. Rosdin bin Ibrahim

Saturday, 21 May 2016






PERKARA : IDKAT & ZOOM A SEMASA CUTI SEKOLAH

        Untuk makluman semua ibu bapa/penjaga, sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun ini, 
        pihak sekolah akan mengadakan Kelas IdKaT seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 30 - 31 Mei & 1 - 2 Jun 2016
       Hari : Isnin - Khamis
       Masa : 8.00 - 11.15 pagi
       Pakaian : Kemas dan sopan

* Sediakan makanan/minuman daripada rumah kerana kantin tidak dibuka
   dan murid tidak dibenarkan keluar daripada sekolah.
    
         Manakala untuk minggu seterusnya, murid boleh membuat latihan menggunakan
         Zoom A di rumah masing-masing.

     Mohon kerjasama ibu bapa untuk pastikan anak tuan/puan hadir sepanjang kelas IdKaT diadakan 
     untuk melancarkan Program Kecemerlangan Tahun 6 seperti yang dirancang.

Friday, 20 May 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 19 (16 Mei 2016)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 19 

(16 Mei 2016)

Tarikh : 16 Mei 2016
Masa    : 7.40 - 8.10 pagiHari     : Isnin
Guru bertugas
:
1. Pn Rozayma bt Zaman
2. Pn Noraida bt Abd Aziz
3. Pn Nor Herda Irdiawaty bt Basiran
4. Pn. Syajaratuddur bt Mahmod
5. En Hazim bin Harun

Pengacara majlis     : Pn Rozayma bt ZamanBacaan doa                : Norfizri Nazrin bin NordinBacaan ikrar murid: Faseha bt Saipo
 

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :
Guru : Pn. Norsabariah bt Awang Ngah

1. Murid-murid diingatkan supaya tidak membuang sampah di merata tempat terutamanya di kantin.

2. Murid diingatkan juga untuk tidak bermain di dalam kelas semasa waktu rehat.
3. Mengucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua murid kerana telah berjaya menjawab peperiksaan pada minggu lepas. Ucapan Guru Bertugas Mingguan :
Guru : Pn. Rozayma bt Zaman
1. Murid dinasihatkan untuk tidak membuat bising terutamanya di waktu peralihan subjek.

2. Guru memberi peringatan tentang Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi subjek Bahasa Arab dan Jawi yang akan dijalankan pada hari Khamis 19 Mei 2016.
3. Murid -murid juga diingatkan untuk menyusun kerusi meja bagi peperiksaan yang akan dijalankan.
4. Guru memberi peringatan tentang peraturan sekolah.

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan:

Johan Tahap 1: 3 Anggerik (87%)
Johan Tahap 2: 6 Utarid (88%)

Ucapan Pentadbir :
Guru : Pn. Maznah bt Mohd. Nor 

1. Mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru. 
2. Mengingatkan mengenai buku catatan. Serta apa yang telah mereka tulis dalam buku catatan tersebut.
3 . Peringatan tentang budaya memberi salam dan menghormati orang yang lebih tua.
4 . Mengingatkan murid-murid tentang pentingnya ilmu pengetahuan.
5 . Menggalakkan murid untuk membawa buku untuk dibaca pada masa lapang.

Bacaan Perutusan Hari Guru oleh Pn Salmah dan En Rosdin

















Ucapan guru bertugas Pn Rozayma bt Zaman

Pemenang Keceriaan Tahap 1 Tahun 3 Anggerik

Pemenang Keceriaan Tahap 2 Tahun 6 Utarid

Bacaan Perutusan Hari Guru oleh Pn Salmah bt Ismail

Upacar menaikkan bendera oleh ahli PPIM

Disediakan oleh
NOR HERDA IRDIAWATY BASIRAN