Friday, 25 November 2016

Program Cuti Sekolah

Para ibu bapa/penjaga murid Tahun 5 majoriti bersetuju dengan cadangan sekolah untuk mengadakan program cuti sekolah dengan kos sebanyak RM42.00 (u.p: Pn Wan Anna Wahidah binti Wan Mat Tahir - Bendahari PIBG) semasa Hari Jalinan Kasih Tahun 5 pada 21 November 2016 (Isnin) yang lalu.  Bayaran boleh di jelaskan kepada guru subjek semasa IdKaT. Program akan dijalankan mengikut jadual seperti berikut:

Program
Tarikh dijalankan
IdKaT

28 November hingga 1 Disember 2016
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
Kelas: 6 Marikh (Alza) dan 6 Utarid (Exora)
Bawa alat tulis dan buku catatan
Hari
Subjek
Isnin
Matematik
Selasa
Bahasa Melayu
Rabu
Sains
Khamis
Bahasa Inggeris

Zoom A

5 hingga 8 Disember 2016
Masa : 8.00-10.00 pagi
Tempat: Makmal Komputer
Bawa alat tulis, buku catatan dan sebarang bentuk gajet (Tablet/note book/netbook/smartphone) jika ada

Selamat Bercuti



Makluman mesra buat semua murid dan ibu bapa, Sesi persekolahan 2016 bakal melabuhkan tirainya pada hari ini 25 November 2016. Diharapkan agar semua murid dapat mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat serta dapat membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang. Selamat berjumpa semula pada hari pertama persekolahan, 3 Januari 2017





- Warga SEDERAP

Monday, 21 November 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 43

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 43


Tarikh : 21 November 2016
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Hari : Isnin

Guru Bertugas
1) CIK SALWA BINTI MOHD HADI 
2) PN. SUHAIZAN BINTI CHE OSMAN
3) PN. NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD
4) PN. NURUL HIDAYAH BT WAHID @ AB WAHID
5) PN. IFAHAYATI BINTI ISMAIL

Pengacara Majlis : Cik Salwa Binti Mohd Hadi
Pembaca Doa : Aaron Huzair
Pembaca Ikrar : Mohd Adam Haris.

Laporan guru bertugas minggu lepas.
Guru : Pn. Nur Izzati Binti Muhammad Hairi
1. Murid diminta menjaga kebersihan di kantin (selepas makan, letak pinggan dan gelas ke dalam besen yang disediakan)
2. Murid diingatkan supaya menjaga duit poket dengan baik kerana ramai murid yang keciciran duit.
3. Murid-murid diingatkan agar tidak membuat bising di dewan terbuka. Bila loceng berbunyi murid yang berada di kedai buku diminta segera ke dewan terbuka.

Laporan guru disiplin.
Guru : Cik Salwa Binti Mohd Hadi 
1. Semua murid perlu memakai pas ketika keluar kelas.
2. Ketua atau Penolong Kelas perlu mencari guru jika guru lambat masuk ke kelas.

Ucapan Pentadbir
Pentadbir : En Sukimin Bin Juki
1. Ucapan tahniah kepada murid yang masih hadir ke sekolah sehingga minggu ke 43.
2. Banyak kenangan manis dan pahit berlaku sepanjang tahun ini.
3. Hari Graduasi telah pun dijalankan. Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada 23hb November 2016.
4. Majlis Pengumuman UPSR. Tahniah kepada semua guru kerana keputusan yang sangat bagus. SEDERAP antara sekolah yang mendapat tempat terbaik di daerah Sepang.
5. 26hb Noember - sekolah mula bercuti.
6. Penuhi masa dengan aktiviti yang berfaedah semasa cuti.

Penyampaian hadiah Anugerah Kokurikulum
1) Kelab Dan Persatuan : Kelab Doktor Muda
2) Unit Beruniform : PPIM
3) Sukan Dan Permainan : Ping Pong


Ikrar wakil pelajar

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Laporan Guru Disiplin
Anugerah Kokurikulum Kelab dan Persatuan Terbaik - Kelab Doktor Muda
Unit Beruniform Terbaik - PPIM


Permainan Terbaik - Ping Pong
Ucapan Guru Besar
Adik Fadlina - Satu- satunya murid yang mendapat 6A

Friday, 18 November 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ketiga pada :

Tarikh: *23 November 2016 (Rabu)
Masa   : 8.30 pagi – 1.30 petang
Tempat: Pusat Sumber SK Desa Pinggiran Putra
Sehubungan itu, diharap agar tuan/puan dapat memastikan anak-anak tuan/puan hadir bagi membuat persiapan raptai pada 22/11/2016 bagi Majlis Anugerah  tersebut.
*Sekolah bercuti pada tarikh ini kecuali penerima hadiah dan persembahan.

Hari Jalinan Kasih dan Mesra

Perkara 1: Hari Jalinan Kasih Tahun 5 (UPSR 2017)

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan Hari Jalinan Kasih pada:

Tarikh: 21 November 2016 (Isnin)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina


Perkara 2: Hari Jalinan Mesra Peperiksaan Akhir Prasekolah, Tahun 1 hingga 6

                               Tarikh: 21 November 2016 (Isnin)
                               Masa   : 10.30 - 11.40 pagi (Prasekolah)
10.30 pagi – 1.00 tengah hari (Tahun 1-6)
                               Tempat: Kelas anak masing-masing

Antara tujuan perjumpaan ini ialah untuk menandatangani slip rasmi keputusan Peperiksaan Akhir Tahun serta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajaran anak tuan/puan serta berusaha meningkatkan prestasi akademik mereka.

Ibu bapa boleh membawa anak pulang setelah selesai berjumpa dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.  
Semoga Kehadiran tuan/puan akan melancarkan perjalanan majlis untuk mencapai hasrat yang dicitakan.




Monday, 14 November 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 42

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 42


Tarikh : 14 November 2016
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Hari : Isnin

Guru Bertugas
1) PN. WAN ANNA WAHIDAH BT WAN MAT TAHIR
2) PN. NUR IZZATI BT MUHAMMAD HAIRI
3) PN. NORWATI BT.MOHAMMAD SUPIAN
4) EN MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA

Pengacara Majlis : Pn Wan Anna Wahidah Binti Wan Mat Tahir
Pembaca Doa : Norfizri Nazrin
Pembaca Ikrar : Mohd Afiq Harith.

Laporan guru bertugas minggu lepas.
Guru : Pn. Noraida bt Ab Aziz
1. Murid diminta menjaga kebersihan di kantin (kutip plastik makanan dan sampah yang bertaburan .
2. Mematuhi peraturan sekolah (datang awal dan menjaga disiplin diri).
3. Murid-murid diingatkan agar tidak membuat bising atau keluar kelas sesuka hati sewaktu peralihan waktu belajar.

Ucapan Pentadbir
Pentadbir : Pn. Maznah Bt. Mohd Noor
1. Beberapa aktiviti sekolah  yang akan dijalankan  sebelum cuti akhir tahun
2.Semua murid perlu hadir ke sekolah seperti biasa walau pun PAT sudah berakhir.
3. Setiap murid perlu mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
4. Semua murid hendaklah menjaga kebersihan kelas masing-masing sebelum cuti akhir tahun. Guru yang ditugaskan menjaga bilik khas juga hendaklah mengambil tindakan yang sama.

Penyampaian hadiah.
1) Hadiah 3K
Pemenang Tahap 1 : Kelas 1 Adenina
Pemenang Tahap 2 : Kelas 5 Exora

2) Pertandingan PPDA(3 orang pemenang setiap kelas) 

                                     


SUASANA PERHIMPUNAN PAGI


UCAPAN GURU BERTUGAS : PN WAN ANNA WAHIDAH


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS : PN NORAIDA BT AZIZ


PEMENANG TAHAP 1 DAN TAHAP 2 PERTANDINGAN PPDA

UCAPAN PENOLONG KANAN : PN MAZNAH BT MOHD NOOR


Monday, 7 November 2016

PENEMPATAN MURID TAHUN ENAM KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH HARIAN PERSEKOLAHAN 2017

Kepada Semua Ibu bapa/ Pejaga
Murid Tahun 6  2016

Dengan segala hormat dimaklumkan bahawa penempatan murid tahun 6 2016 telah diluluskan oleh PPD Sepang seperti berikut;

Penempatan                                 : BEA9612 SMK Dato Abu Bakar Baginda.
Tarikh Pengesahan Penempatan : 07 November hingga 18 November 2016

Tuan/puan dan anak jagaan tuan/puan boleh membuat pengesahan penempatan seperti tarikh dan tempat yang dinyatakan dan WAJIB membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut;

  1. Surat penempatan Murid Tahun 6 ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Harian sesi Persekolahan  2017 ( telah diserahkan kepada murid)
  2. Sijil Kelahiran murid
  3. Kad Pengenalan Murid (jika ada) dan ibu bapa
  4. Slip menduduki peperiksaan UPSR 2016 atau slip Keputusan UPSR 2016


Ibu bapa/Penjaga dikehendaki hadir bersama-sama anak-anak jagaan semasa tempoh pengesahan penempatan dijalankan.
Kegagalan pihak tuan/puan untuk membuat pengesahan penempatan di sekolah yang diluluskan, tuan/puan dianggap menolak penempatan ini.
Waktu pengesahan boleh dilakukan  pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor  telefon berikut 03-89266839.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting proses kemasukan murid Tingkatan Satu  1 2017 ke SMK Dato Abu Bakar Baginda,

PROSES PENEMPATAN TAHUN 6 KE TINGKATAN SATU 2017

Bil
Tarikh
Perkara
Tindakan/ Tempat

1.
01 Nov. 2016 – 07 Nov. 2016
Surat Penempatan dikeluarkan 

JPNS/PPD/ SKDPP

2.
08 Nov. 2016 – 18 Nov. 2016
Pengesahan Penempatan ke Tingkatan Satu 2016. * Boleh membuat rayuan pertukaran penempatan ke sekolah lain.

SMK DABB
3.
20 Nov.2015  - 09 Dis. 2016
Proses kelulusan rayuan penempatan semula oleh PPD.

SMK DAB/ PPD/JPNS

4.
11  Dis. 2016  – 16 Dis. 2016
Mencetak kelulusan rayuan di sekolah menenagah asal.

SMKDABB/PPD/JPNS
5.
18 Dis. – 23 Dis. 2016
Pengesahan pendaftaran kes rayuan ke sekolah menengah baru.
Sekolah yang dipohon

6.
30 Dis. 2016
Pendaftaran Tingkatan 1 /Hari Orientasi

SMKDABB
7.
02 Jan. 2017 – 15 Jan. 2017
Murid Melapor diri. 

Jika selepas tarikh tersebut murid tidak melapor diri, segala permohonan akan dibuat secara manual dan pengesahan dilakukan oleh pihak PPD