Tuesday, 31 January 2017

NOTIS PERUBAHAN LALULINTAS

Drop Zone A - kenderaan dari arah Kg. Limau Manis, Jalan 1 - Jalan 3 dan Jalan 4/1
Drop Zone B - Kenderaan dari arah  Jalan 4A (Pasar malam/gerai makanan) dan Jalan 5

Assalamualaikum
Berdasarkan beberapa insiden kemalangan dan kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah, pihak sekolah dengan PIBG telah mengadakan perbincangan bersama Persatuan Penduduk Persiaran 5 (Fasa 1) Desa Pinggiran Putra pada 20.1.2017.
Hasil daripada perbincangan tersebut, keputusan telah dibuat seperti berikut:
Bermula 1 Februari 2017, sistem lalu lintas di hadapan sekolah akan mengalami perubahan pada waktu puncak (6.45 pagi hingga 7.45 pagi sahaja).

  1. Jalan di hadapan sekolah akan dibuat jalan mati. Ini bermakna kenderaan dari arah kiri dan kanan akan membuat pusingan U selepas menurunkan anak masing-masing di Drop Zone yang ditetapkan
  2. Menurunkan anak/penumpang hanya di kawasan Drop Zone. Tidak dibenarkan memarkir kenderaan. Adalah penting agar tiada sebarangan lengahan di sini bagi membantu kenderaan berikut mengambil giliran dengan lancar.
  3. Lalu lintas akan dikawal oleh 2 orang pengawal keselamatan.
Penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa berdasarkan cadangan, pandangan dan pemerhatian yg dibuat.
Kerjasama, tolak ansur dan keprihatinan semua ibubapa/penjaga amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PIBG SEDERAP

*Notis ini juga telah dihantar ke Kumpulan WhasApp KSIB kelas masing-masing

Wednesday, 25 January 2017

KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                    : 25  Jan  2017
Hari                        : Rabu
Masa                     : 2.30-3.30 petang
Perjumpaan          : Kelab dan  Persatuan Bil 02/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bahasa Melayu
Tahun 1
Aktiviti:
Teknik bermain sahiba


6/6
32/34
2
Bahasa Inggeris

Aktiviti:
Ridles

5/6
21/24
3
Agama Islam
Surau
Aktiviti:
Merekacipta Logo Persatuan

6/6
31/31
4
Sains & Rekacipta
Makmal Sains
Aktiviti:
Uji kaji mengenai Telur Terapung

3/4
26/28
5
Doktor Muda
Lobi
              Aktiviti
              Ikrar Doktor Muda
             
5/5
36/42
6
Komputer
Makmal Komputer
Aktiviti
Pengenalan Asas Komputer dan pencarian dalam talian

5/5
34/34
7
SPBT
Bilik BOSS
Aktiviti:
Mengemaskini buku pelupusan (Agama)

3/3
22/24
8.
Robotik
Bilik Gerbang Minda
Aktiviti
Pengenalan EV3
2/2
08/08

Jumlah Kehadiran                            : 210      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         : 223      
Peratus Kehadiran                           : 94.2    






RUMUSAN
Aktiviti Mingguan Kokurikulum telah dilaksanakan mengikut perancangan. Aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan semua murid memberikan komitmen. Peratus kehadiran  masih 94.2%
Perlu diingat kehadiran untuk aktiviti kokurikulum adalah wajib.  Kehadiran akan dicatatakan dan dimasukkan ke dalam pelaporan PAJSK yang mana ia akan mempengaruhi markah kokurikulum pada Tahun 6 kelak.

Disediakan oleh
Salmah binti Ismail
       Sal
PK Kokurikulum

                                                                                                              
   
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                     : 25 Jan 2017
Hari                        : Rabu
Masa                      : 3.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Sukan dan Permainan  Bil 02/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bola Baling
Dataran Terbuka
Mesyuarat Agung
Pemilihan J/Kuasa


6/6
25/30
2
Bola Jaring
Dataran Terbuka
Mesyuarat Agung
Pemilihan J/Kuasa

6/8
33/36
3
Badminton
Dewan & Dataran Terbuka

Mesyuarat Agung
Pemilihan J/Kuasa

7/7
50/54
4
Ping Pong
Bilik Koko

Mesyuarat Agung

5/6
21/22
5
Bola Sepak
Dewan Terbuka &
Padang Bola
Mesyuarat Agung
Pemilihan J/Kuasa
Permainan Bebas


3/5
50/50
6
Sepak Takraw
Gelanggang Takraw
Mesyuarat Agung
Latihan MSSD

2/2
08/08
7
Catur

Mesyuarat Agung
Pemilihan J/kuasa
2/2
23/23

Jumlah Kehadiran                            :               210
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               223        
Peratus Kehadiran                            :               94.2%



RUMUSAN
Aktiviti Sukan Permainan dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi permainan badminton didapati sebahagian murid tidak membawa raket. Murid-murid ramai yang duduk memerhati rakan yang lain bermain. Diharapkan pada aktiviti mingguan kokurikulum yang akan datang diharapkan semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Pencatat

Salmah binti Ismail
       Sal
PK Kokurikulum



Monday, 23 January 2017

Cuti Tahun Baru Cina

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid  

Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  

26 Januari hingga 31 Januari 2017 (Khamis hingga Selasa)

Sekolah akan dibuka semula pada 1 Februari 2017 (Rabu).

Wednesday, 18 January 2017

KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 18 Jan  2017
Hari                        : Rabu
Masa                     : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan       : Persatuan Badan Beruniform  Bil 01/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam

Surau

1.       Mesyuarat Agung
2.       Pelantikan j/kuasa
3.       Tatacara Perjumpaan PPIM

51/51
2
Pengakap

PSS

1.       Mesyuarat Agung
2.       Pelantikan j/kuasa
3.       Latihan Kawad kaki

      56 /59
3
Tunas Kadet Remaja

Dewan Terbuka

1.       Mesyuarat Agung
2.       Pelantikan j/kuasa
3.       LatihanKawad Kaki

67/73
4
Pandu Puteri Tunas
Tahun 1

1.       Mesyuarat Agung
2.       Pelantikan j/kuasa

40/40

Jumlah Kehadiran                             : 214      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya          : 223      
Peratus Kehadiran                          : 96        




RUMUSAN
Aktiviti Persatuan Unit Beruniform ini dapat dilaksanakan dengan baik. Mesyuarat Agung diadakan bagi memilih jawatankuasa yang baharu. . Kehadiran ahli unit  96%


Disediakan oleh : Salmah binti Ismail

Monday, 16 January 2017

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 3


Tarikh : 16 Januari 2017
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Hari : Isnin

Guru Bertugas
1) CIK SALWA BINTI MOHD HADI 
2) PN. NOR HERDA IRDIAWATY BINTI BASIRAN
3) PN. SYAJARATUDDUR BINTI MAHAMOD
4) PN. NURUL RUHAMAAK BT AB RAHMAN
5) PN. NORLIZAWATI BT MOHD RAZALI

Pengacara Majlis : Cik Salwa Binti Mohd Hadi
Pembaca Doa : Amirul Hakim
Pembaca Ikrar : Zarif Hashimi.

Laporan guru bertugas minggu lepas.
Guru : Pn. Siti Norhazwani bt Zainol.
1. Murid diminta beratur semasa membeli makanan dan juga menjaga kebersihan di kantin (selepas makan, letak pinggan dan gelas ke dalam besen yang disediakan)
2. Murid diingatkan  supaya tidak membuat bising semasa berada di dewan terbuka dan tidak berada di kedai buku selepas loceng berbunyi. Murid boleh ke kedai buku semasa waktu rehat sebelum loceng berbunyi.
3. Murid diingatkan mengenai keselamatan diri semasa melintas jalan raya supaya tidak berlaku kemalangan.


Ucapan Pentadbir
Pentadbir : Pn. Maznah bt Mohd Noor.
1. Meminta murid menjaga dan melabelkan alat tulis atau sebagainya jika berlaku kehilangan barang, barang dapat dipulangkan.
2.Menjaga keselamatan diri samada berada di jalan raya,dalam kawasan sekolah dan juga kelas. Murid dinasihatkan supaya tidak berdiri di atas kerusi dan melompat ke bawah. 
3. Murid dilarang memanjat tembok dan untuk melihat ke tingkat bawah.
4. Jadual waktu baru diedarkan dan ditampalkan di kelas.
5. Ketua atau Penolong Ketua Kelas diminta memanggil guru mata pelajaran jika guru tersebut terlambat masuk ke kelas atau berjumpa dengan puan Maznah.
6. Murid sepatutnya sudah mempunyai buku aktiviti yang mencukupi dan boleh membeli di kedai buku jika tidak mempunyai buku aktiviti.




Bacaan doa 


Laporan minggu lepas oleh Pn. Siti Norhazwani


Ucapan Pentadbir