Wednesday, 26 April 2017

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                    : 26 April  2017
Hari                        : Rabu
Masa                     : 2.30-3.30 petang
Perjumpaan       : Kelab dan  Persatuan Bil 08/2017
BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bahasa Melayu
2 Timina
Aktiviti:
Membina Perkataan

3/4
25/28
2
Bahasa Inggeris
1 Kenyalang
Aktiviti:
Word Builder
4/5
23/24
3
Agama Islam
Dewan Terbuka
Aktiviti:
Smart Jawi
4/5
25/25
4
RBT & Rekacipta
Bilik RBT
Aktiviti:
Projek bekas hiasan serbaguna
3/3
25/26
5
Doktor Muda
Lobi
Aktiviti:
Doktor Muda im4u bersama lifeboy
4/5
42/42
6
Komputer
Makmal Komputer
Aktiviti:
Kemahiran Penggunaan Microsoft offoce
3/4
22/24
7
SPBT
Bilik BOSS
Aktiviti:
Pertandingan melukis poster Hari Pengguna
3/3
21/21
8.
Robotik
Bilik Gerbang Minda
Aktiviti:
Memasang model robot berdasarkan manual
3
10/10
9.
Kitar Semula
Kantin
Aktiviti:
Konsep 3R dan pengasingan bahan kitar semula
3
11/13
10.
Rukun Negara
Bilik Tayangan PSS
Aktiviti:
Bacaan Ikrar
3
11/13

Jumlah Kehadiran                            : 215      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         : 226      
Peratus Kehadiran                         : 95.13 %             

RUMUSAN
Aktiviti mingguan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Peratus kehadiran meningkat kepada 95.13% . Namun begitu murid  yang tidak hadir akan diambil tindakan.

Disediakan oleh                                                                                                               

Salmah binti Ismail (PK Koko)

                                                              LAPORAN BERGAMBAR











LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 26 April 2017
Hari                        : Rabu
Masa                     : 3.30-4.30 petang
Perjumpaan          : Sukan dan Permainan  Bil 08/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bola Baling
Bilik KOmputer
 Tayangan teknik balingan
Hantaran sisi
Hantaran lantunan

6/6
28/29
2
Bola Jaring
Lobi
Peraturan asas bola jaring
6/8
35/36
3
Badminton
2 Sitosina
Latihan mengembalikan servis
5/7
50/55
4
Ping Pong
Bilik gerakan koko
Tunjukcara servis oleh wakil sekolah
Latihan servis
Mini perlawanan
5/7
20/20
5
Bola Sepak
Padang
Perlawanan Persahabatan
3/5
47/49
6
Sepak Takraw
Dewan Terbuka
Seak Bulatan
Latihan sepak balik
3/3
11/12
7
Catur
Bilik Mesyuarat
Teknik castling
1/3
24/24

Jumlah Kehadiran                            :               215
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               226        
Peratus Kehadiran                           :               95.13%

RUMUSAN
Aktiviti Sukan Permainan1M1S pada minggu ini tidak dapat dilaksanakan di luar kelas. Ini disebabkan hujan yang lebat. Ada yang melaksanakan di dalam kelas untuk sesi teori dan ada juga menggunakan dewan terbuka dan lobi.



Pencatat                                                                                             Pengesahan

Salmah binti Ismail


                                                             LAPORAN BERGAMBAR





                                                   PROGRAM 1 SEKOLAH 1 SILAT











Thursday, 20 April 2017

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 19 April  2017
Hari                        : Rabu
Masa                      : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan            : Persatuan Badan Beruniform  Bil 07/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
       KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam

Surau
Pertunjukan Busana Muslimah

11/11
49/51
2

Pengakap

PSS

Ujian keahlian lencana dan lencana wajib
7/8
57/60
3
Tunas Kadet Remaja


Kantin

Mengemaskini maklumat diri dan nota buku log
Perbarisan
7/9
65/73
4
Pandu Puteri Tunas

 Dewan Terbuka

Melukis pohon salah silah keluarga
7/9
36/42

Jumlah Kehadiran                             : 207      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya          : 226      
Peratus Kehadiran                          : 91.59%              


Kehadiran Program 1 Sekolah 1 Silat :

RUMUSAN
Aktiviti Persatuan Unit Beruniform ini dapat dilaksanakan dengan baik. Kehadiran murid menurun  kepada 91.59%.  Aktiviti PBB dapat dilaksanakan dengan baik.  Program 1 Sekolah 1 Silat mulai jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Selain itu juga Ahli Kelab Kitar Semula menyediakan projek lestari bersama guru pembimbing. Murid-murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum akan diambil tindakan.

Disediakan oleh
Salmah binti Ismail
Pen. Kanan Kokurikulum


 LAPORAN BERGAMBAR
AKTIVITI PPIM
AKTIVITI TKRS


 AKTIVITI TKRS
 PROGRAM 1 SEKOLAH 1 SILAT
KEMAHIRAN TENDANG DEPAK (SESAR/SILANG)

 

Tuesday, 18 April 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


Tarikh : 17 April 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Guru Bertugas:
1) Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad
2) Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
3) Pn. Nurulhanis binti Noh
4) Cik Nanthini Mahaendran
5) Pn. Athirah binti Mustafa
6) Pn. Suhaizan binti Che Osman

Pengacara Majlis : Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Nur Huda Radhial binti Md Rizal

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Cik Nik Asmah binti Ruman)

1. Disiplin

- Masalah disiplin murid pada minggu lepas agak terkawal. Semua murid diingatkan supaya tidak berlari-lari selepas rehat dan bermain-main di susur gajah dan di longkang yang terletak di belakang kantin kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan.

2. Kantin

- Murid diingatkan sekali lagi supaya meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin. Murid turut diingatkan supaya tidak meninggalkan sebarang sampah atau pembalut makanan di atas meja di kantin.

3. Kitar Semula

- Sangkar kitar semula perlulah digunakan dengan sebaiknya. Murid perlu mengenalpasti terlebih dahulu ruangan yang betul sebelum membuang sesuatu bahan sama ada palstik, kaca atau kertas. Jangan dibuang benda yang tidak berkaitan atau sampah yang busuk di dalam sangkar kitar semula.


Laporan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1) 3 Cheetah - 76%
2) 3 Puma - 72%
3) 3 Jaguar - 69%

Tahap 2

1) 4 Anggerik - 75%
2) 5 Amanah - 73%
3) 4 Bakawali- 72%

Laporan Disiplin
(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)

1. Pas Keluar

- Pas keluar perlu dipakai bukan dipegang semasa ingin keluar dari kelas atas sesuatu urusan. Hanya seorang murid dibenarkan keluar untuk satu pas yang dipakai. Elakkan untuk keluar berdua atau lebih daripada seorang dengan menggunakan satu pas. Selesaikan urusan dengan segera dan kembali ke kelas juga dengan segera.

2. Bergurau Kasar

- Murid juga diingatkan supaya tidak bergurau secara berlebihan. Elakkan penggunaan bahasa yang kasar semasa bergurau dan jangan bergurau secara fizikal. Elakkan juga bergurau dengan memalukan rakan di depan rakan yang lain. Bergurau ada batasannya.

3. Berlari di Kawasan Koridor

- Murid diingatkan supaya berjalan dengan elok di kawasan koridor dan tidak berlari.


Ucapan Pentadbir
(En. Sukimin bin Juki)

1. Ceria ke Sekolah

- Murid hadir ke sekolah dengan muka dan hati yang gembira. Niatkan segala yang baik apabila hadir ke sekolah.

2. Slogan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) - TERBILANG

- Slogan ini perlu diterapkan di dalam diri guru dan murid untuk lebih cemerlang dalam degala yang dilakukan.

T - (Teliti), E- (Efisien), R - (Rajin), B - (Bijaksana), I - (Istiqamah), L - (Laju), A - (Amanah), N - (Niat), G - (Gembira) 

- Guru Besar, En. Sukimin bin Juki turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan pelbagai program sekolah sepanjang minggu lepas. Antaranya ialah Latihan Kebakaran dan Zoom A.


Gambar:


Pengacara Majlis pada hari ini 
Bacaan doa oleh Adik Alif Firhan
Bacaan Ikrar oleh Adik Nur Huda

Laporan guru bertugas minggu lepas, Cik Nik Asmah 
Laporan daripada guru disiplin , Ustazah Salwa



 Pertandingan Keceriaan Kelas (Tahap 2)


 Pertandingan Keceriaan Kelas (Tahap 1)

Murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan April

Ucapan daripada guru baharu, (Pn. Che Siti Haryani binti Che Said)

Ucapan daripada guru baharu, Pn. Suryati binti Mat Said

Ucapan daripada wail pentadbir, En. Sukimin bin Juki