Tarikh : 31 Julai 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.40 - 8.10 Pagi
Guru Bertugas
1) Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani
2)
Anis Farha binti Md Isa
3) Cik Tengku Fairus binti Raja Hassan
4) Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah
5)
Pn. Nurul Hidayah binti
Pengacara Majlis : Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(En. Mohd Faizul)
1. Tepati Masa Rehat
Murid-murid diingatkan agar tidak membuang masa ketika waktu makan dengan
berbual-bual dan bermain-main sehingga menyebabkan
murid-murid lewat untuk berkumpul di dewan terbuka.
2. Jaga Kebersihan
Murid diingatkan sekali lagi supaya meletakkan pinggan yang telah digunakan
ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin. Murid turut
diingatkan supaya tidak meninggalkan sebarang sampah atau pembalut makanan di
atas meja di kantin. Buang sampah ke dalam tong sampah dan bukannya di luar
tong sampah.
3. Keceriaan Kelas
Keceriaan dan kebersihan kelas kurang memuaskan. Sampah sarap tidak dibuang
menyebabkan kelas kelihatan kotor
Laporan Keceriaan Kelas
Tahap 1
1) 3 Jaguar – 85 %
2) 3 Puma - 80%
3) 3 Cheetah - 78%
Tahap 2
1) 6 Exora - 94%
2) 5 Bestari - 89%
3) 6 Alza - 78%
Laporan Disiplin
(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)
1. Pelihara tingkah laku
Murid-murid diingatkan supaya menjaga
adab dan tingkah laku yang baik sewaktu berada di sekolah. Murid diingatkan
supaya memelihara mulut dengan menyebut perkara atau perkataan yang elok
sahaja.
2. Tugas Pengawas
Pengawas berperanan dalam membantu guru
mengawal murid terutamanya ketika rehat dan waktu murid berkumpul di dewan terbuka. Beliau mengingatkan pengawas agar
mencatat nama murid yang bising.
Ucapan Pentadbir
(Pn Salmah binti Ismail)
Sarapan Pagi
Mengingatkan murid agar bersarapan terlebih dahulu sebelum hadir ke sekolah bagi mengelak sakit perut dan tidak
bermaya ketika berada di sekolah. Beliau turut mengingatkan murid agar
mengambil sarapan yang berkhasiat dan elak mengambil makanan segera dan kurang
berkhasiat.
Idola
Pn. Salmah mengucapkan tahniah di atas
kejayaan adik Aqlan yang menjuarai pertandingan Islamic Children Festival MICF di
Maep Serdang. Beliau mengharapkan agar murid-murid lain dapat mengikut jejak
langkah adik Aqlan.