Perkara 1: Latihan/Raptai/Acara Akhir Sukan Tahunan
Latihan/Raptai/Acara Akhir Sukan Tahunan akan diadakan pada 18 hingga 21 September 2017 (Isnin hingga Khamis). Murid tidak perlu membawa buku/beg. Bawa air minuman.
Perkara 2: Gotong-royong Perdana
Gotong-royong perdana akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 23 September 2017
Hari : Sabtu
Masa : 08.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : SK Desa Pinggiran Putra
Oleh itu, mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid untuk hadir bagi membantu persiapan padang dan membawa sebatang pokok buah-buahan atau sebatang pokok bunga (tanaman bunga hias, tanaman hias dan juga tanaman pelindung) setiap satu keluarga untuk menjayakan Program Dusun@MySchool dan Program Bungaceria@MySchool.
Perkara 3: Pengisian Sukan Tahunan
Sukan Tahunan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 24 September 2017
Hari : Ahad
Masa : 08.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Padang SK Desa Pinggiran Putra
Acara/Aktiviti yang disediakan:
- Senamrobik - 7.30 pagi - Ibu bapa dijemput bersenam bersama-sama
- Gerai Jualan Makanan dan Minuman
- Cabutan Bertuah
- Acara Menarik untuk Ibu Bapa(Kayuh basikal lambat, bowling belon dll)
- Booth SPR/NGO/Bank
- Kaunter PIBG - di lobi sekolah
- Sumbangan PIBG RM50.00 sekeluarga (bagi yang belum menjelaskan)
- Projek Tiles RM20.00 sekeluarga
Kerjasama ibu bapa untuk hadir dan memastikan kehadiran anak/jagaan tuan/puan ke sekolah.
Perkara 4: Cuti Sekolah
Sekolah akan bercuti pada 22 September 2017 (Jumaat) sempena Awal Muharram dan 25 September 2017 (Isnin) sempena Sukan Tahunan. Murid-murid akan kembali bersekolah semula pada 26 September 2017 (Selasa).
*Rumusan:
- 18 - 21 September 2017 (Isnin - Khamis) - Latihan/Raptai Sukan. Tidak perlu bawa buku/beg. Bawa air minuman secukupnya.
- 22 September 2017 (Jumaat) : Cuti Umum
- 23 September 2017 (Sabtu) : Gotong-royong Perdana
- 24 September 2017 (Ahad) : Sukan Tahunan
- 25 September 2017 (Isnin) : Cuti Peristiwa
- 26 September 2017 (Selasa) : Sekolah seperti biasa