Tarikh : 18 November (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Ibubapa/penjaga telah hadir seawal jam 9.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada SSPN-i. Jam 10.15 pagi ibubapa/penjaga murid mula memenuhi meja pendaftaran untuk sesi pendaftaran. Taklimat Kemasukan Murid Prasekolah Sesi 2018 bermula tepat jam 10.30 pagi dimulai dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, En. Sukimin bin Juki.
Majlis diteruskan dengan Taklimat Prasekolah yang telah disampaikan oleh Pn. Nurulhanis binti Noh. Antara perkara-perkara penting yang telah diterangkan dalam taklimat tersebut ialah Waktu Pembelajaran Murid Prasekolah, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Tatacara Pakaian Murid, Peraturan-peraturan Prasekolah dan juga Peranan Ibubapa/Penjaga Prasekolah. Selesai taklimat tersebut, Pelantikan AJK Pewaris Sesi 2018 turut dijalankan di hujung majlis. AJK Pewaris terdiri ibubapa/penjaga murid yang telah dicalonkan. Taklimat berakhir jam 12.15 tengah hari.
AJK Pewarsi Prasekolah Sesi 2018
Penasihat:En. Sukimin bin Juki
Pengerusi : En. Abd. Razak bin Faharuddin
Naib Pengerusi : En. M. Shukur bin Che Amat
Setiausaha ; Pn. Nurulhanis binti Noh
Naib Setiausaha : Pn. Asmah binti Abdul Rahman
Bendahari : Wan Salawati binti Wan Md. Nor
Naib Bendahari : Pn. Suriati binti Ibram
Juruaudit : En. Ismail bin Jantan
AJK :
1. Pn. Zulaikha binti Daud
2. Cik nur Afizah binti Azmy
3. En. Azli bin Abd Aziz
4. En. Sallehuddin bin Mohd Zakaria
5. En. Mohd shahrul Najib bin Mohd Arshad.
Gambar:
Sesi pendaftaran Ibubapa/penjaga murid prasekolah |
Antara ibubapa/penjaga yang hadir taklimat |
Bakal murid prasekolah sesi 2018 turut hadir mendengar taklimat |
Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SEDERAP, En. Sukimin bin Juki |
Taklimat Prasekolah oleh Pn. Nurulhanis binti Noh |
Ibubapa/penjaga bersetuju untuk memilih baju sekolah yang berlogo dan berwarna bagi tujuan keselamatan anak |
En. Sukimin mengendalikan sesi pemilihan AJK PEWARIS Sesi 2018 |
Antara calon-calon Jawatankuasa PEWARIS |
Sesi pemilihan bermula |
Tampuk pimpinan sesi 2018 yang dipengerusikan oleh En. Abd. Razak |