Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu (1) 2019/ 2020 – Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah (kemasukan murid tahun 1 2019/ 2020) ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral. Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
1. Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 adalah seperti berikut:Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
- Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
- Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
- Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
- Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
- Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
2. Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.
a. Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan)
b. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa)
c. Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan)
d. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu /
perjanjian jual beli
e. Sampul surat bersaiz 6" x 9" dan setem berharga RM1.00
f. Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)