Tuesday, 28 August 2018

PERMOHONAN KE SMKA,KRK, KAA, & SABK TINGKATAN 1 TAHUN 2019

1.Murid akan diedarkan borang permohonan oleh pihak sekolah dan boleh dapatkan borang daripada Guru kelas masing-masing.

2. Tarikh pengisian borang bermula 20 Ogos hingga 19 Sept 2018 dah hendaklah diserahkan semula kepada guru kelas. Jika pihak sekolah tidak menerima borang dari tempoh tersebut kami beranggapan murid tersebut tidak berminat.

3. Guru kelas akan mengisi permohonan melalui APDM melalui modul sekolah kawalan. 
4. Senarai sekolah yang menawarkan SMKA, KAA, dan SABK bagi Negeri Selangor dan Sepang adalah seperti berikut;

SMKA Selangor,
a. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
b. SMKA Kuala Selangor
c. SMK Tun Rahah, Sabak Bernam.

KRK (Kelas Rancangan Khas (Sepang sahaja)
a. SMK Cyberjaya
b. SMK Seri Sepang
c. SMK Pantai Sepang Putra

KAA (kelas Aliran Agama) Sepang sahaja.
a. SMK Bandar Baru Salak Tinggi

SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)
a. SAM Sungai Merab, Kajang
b. SAM Bandar Baru Salak Tinggi

5. Pengumuman keputusan kemasukan murid Ting 1 2019 SMKA/KAA/SABK akan dimaklumkan dari  17-21 Disember 2018.

5. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekolah.

Terima kasih.

PK HEM
SEDERAP

Friday, 17 August 2018

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SK DESA PINGGIRAN PUTRA (SEDERAP) 2018



Rasional

Pada 16 Ogos 2018 SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan simulasi mengosongkan warga sekolah dari bangunan. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Matlamat
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif

1.                 Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2.          Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
3.      Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.

Tentatif Program

Tarikh                   : 16 Ogos 2018
Hari                      : Khamis
Masa                    : 11.15 pagi hingga 12.15 pagi
Tempat Berkumpul : Padang Bola SK Desa Pinggiran Putra

Aktiviti :
1.             11.15 Pagi            : Loceng kecemasan dibunyikan.
                       : Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul di padang bola sekolah melalui arah laluan kecemasan yang telah ditetapkan.
2.             11.15 - 11.25 pagi  : Guru kelas mengambil kedatangan murid.
3.             11.25 – 11.45 pagi : Taklimat kebakaran oleh Tuan Haji Zulhilmi bin Haji Nawawi
4.             11.45 – 12.15 pagi : Demonstrasi memadam kebakaran dari wakil wakil guru dan  wakil murid

5.             12.15 Pagi              : Latihan Tamat dan sesi pembelajaran seperti hari biasa





Simulasi pengosongan bangunan dan taklimat latihan kebakara

Murid berkumpul di tempat yang selamat
Simulasi Pengosongan bangunan, Zara murid OKU










Cuti Pertengahan Penggal 2

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid
Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  
18 Ogos 2018 (Sabtu) hingga 26 Ogos 2018 (Ahad)
Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2018 (Isnin)

Tuesday, 14 August 2018

PERASMIAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

Tarikh : 14 Ogos 2018 (Selasa)
Masa  : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Minggu 27
Guru Bertugas :
                           1. Pn. Suhaizan Binti Che Osman
                           2. Pn. Syahriha Binti Raman 
                           3. Pn. Norwati Binti Mohammad Supian
                           4. Pn. Syajaratuddur Binti Mahammod
                           5. Pn. Norlizawati Binti Ahmad Razali
                           6. Cik Nurul 'Aqilah Binti Mohd Tahir
                      
LAPORAN
  • Bacaan Doa oleh wakil pengawas : Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy b. Yusni Amir


Ucapan Perasmian Oleh Puan Maznah Binti Mohd Noor 
( Sejarah Penubuhan Malaysia)




Suasana Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan







 Nyanyian Lagu Patriotik 








                         
                                 

Friday, 10 August 2018

KOKURIKULUM

PERKHEMAHAN PERDANA PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SK DESA PINGGIRAN PUTRA
TAHUN 2018


Tarikh       : 10 hingga 12 Ogos 2018
Tempat      : SK Desa Pinggiran Putra
Penyertaan: Murid-Murid Tahun 4,5 dan 6.

JADUAL PROGRAM


ATURCARA
10 Ogos 2018 (Jumaat)

Masa
Aktiviti
Tempat
10.30-11.30 pagi


02.30-3.30 petang

5.30-6.00 petang – Th 6

5.30-6.00 petang
Mendirikan khemah
Taklimat& Pembahagian Kumpulan

Pendaftaran(Thn 4&5)


Pendaftaran  Peserta Perkhemahan Tahun 4 & 5yang bersekolah di KAFA AlHijrah & SRA Desa Putra

Dewan Terbuka



Lobi
3.00 -4.30 petang
4.30-4.40 petang

4.40-06.00 petang

3.00-5.00 petang
Kawad kaki


Minum petang

Ikatan Tali

Jasamu B.Melayu
Dewan Terbuka


Kantin

Dewan Terbuka

6.00-6.30 petang
Solat Asar

Dewan Ibnu Sina
6.30-7.00 malam
Makan malam
Kantin
7.00-10.00 malam
Pengurusan Diri
Solat Maghrib
Solat Hajat

Ceramah Motivasi
Solat Isyak

Dewan Ibnu Sina
10.00 malam
Perbincangan dan latihan malam kebudayaan
Minum malam

Dewan Terbuka
11.00 malam
Tidur


ATURCARA

11 Ogos 2018 (Sabtu)

KEM KOMANDAN : MOHD AZIZUN SAURI

Masa
Aktiviti
Tempat
5.00 pagi - 6.00 pagi
Qiamulai
Pengurusan Diri
Solat Subuh
Tazkirah

Dewan Ibnu Sina
7.00 pagi
Senamrobik
Kawad Kaki
Dataran Perhimpunan
7.30 pagi
Sarapan pagi
Kantin
8.30pagi-12.30 tengah hari

8.00-10.00 pagi
Kem Bestari Solat

Jasamu
B.Inggeris


Kelas
10.00 -10.30
Rehat - Kudapan
Kantin
10.30-12.30
Jasamu
Matematik
Kelas
12.30
Makan tengah hari
Pengurusan Diri
Solat Zohor
Kantin

Dewan Ibnu Sina
2.00 -4.00 petang

2.00-4.00 petang
Explorace

Program Kitar Semula
Jasamu - Sains
Dewan Terbuka

Dewan Terbuka
Kelas
4.00-5.00 petang
Minum petang

Solat Asar
Kantin

Dewan Ibnu Sina
5.00 -6.30 petang
Perbincangan dan latihan malam kebudayaan
Dewan Terbuka

6.30 petang- 9.00 malam
Makan malam
Pengurusan Diri

Solat Maghrib
Tazkirah
Solat Isyak

Kantin


Dewan Ibnu Sina
9.00 -11 malam
Malam Kebudayaan
BBQ
Dewan Terbuka

11.oo malam
Minum malam & Tidur
Kantin

                                                                ATURCARA
12 Ogos 2017 (Ahad)

KEM KOMANDAN : MUHAMMAD JAWAD/ZULHILMI

Masa
Aktiviti
Tempat
5.00 pagi
Qiamulai
Persiapan Diri
Solat Subuh
Tazkirah

Dewan Ibnu Sina
7.00 pagi
Senamrobik
Dataran perhimpunan
7.30 pagi
Sarapan pagi
Kantin
8.00 pagi
Kemas khemah
Dewan Terbuka
8.30-11.00 pagi
Program Ikhtiar Hidup
Dewan Terbuka
11.00 pagi
Majlis Penutup
Dewan Terbuka
12.00 tengahari
Bersurai


 Tuan/Puan dijemput ke hadir ke program
1. Solat hajat dan ceramah motivasi 
2. Malam Kebudayaan

Kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.




 Disediakan oleh
Salmah binti Ismail
PK Kokurikulum