Friday, 16 November 2018

Cuti Peristiwa Sempena Majlis Apresiasi 2018


Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid
Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  

19 November 2018 (Isnin)
20 November 2018 (Selasa) - Maulidur Rasul

Sekolah akan dibuka semula pada 21 November 2018 (Rabu)

Monday, 12 November 2018

Malam Apresiasi 2018

HEBAHAN:
Pihak sekolah akan mengadakan 'MAJLIS MALAM APRESIASI 2018' seperti ketetapan di bawah:
Sumbangan tajaan meja masih berjalan dan pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sangat dialu-alukan. Sebarang sumbangan boleh melalui guru kelas atau Penyelaras Majlis Puan Noraida (0389209115).

No automatic alt text available.

Saturday, 10 November 2018

Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah 2019

Assalamualaikum w.b.tt dab salam sejahtera buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra.

Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2019 dan Prasekolah , butir program adalah seperti berikut:
              
                Tarikh: 10 November 2018
                Hari: Sabtu
                Masa: 7.30pagi-12tgh
                Tempat: SK Desa Pinggiran Putra

Seawal pagi jam 7.30 pagi SKDPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan murid malah seisi keluarga berbetulan Hari Orientasi ini diadakan pada hari Sabtu. Suasana meriah dengan keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.

Majlis telah dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat semakan fail murid, taklimat ibu bapa bersama barisan pentadbir, taklimat disiplin serta taklimat PBS, LINUS dan Transisi. Manakala aktiviti untuk warga baru SKDPP iaitu anak-anak tahun 1 bermula dengan pengagihan kumpulan, taklimat ringkas, ujian diagnostik dan tempahan baju sukan. Sesi orientasi pra sekolah pula telah berlangsung di Pusat Sumber Sekolah.

Pn Maznah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran telah kongsikan maklumat tentang Program Transisi Dan Amalan Guru Penyayang (PTGB), Program Linus dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Taklimat disiplin telah disampaikan oleh Ustazah Salwa, Guru Disiplin SEDERAP. Beliau telah memberikan maklumat tentang budaya disiplin SEDERAP, kedatangan murid serta kekemasan pelajar. Sesi taklimat diteruskan oleh En Mohd Shafiq bin Shabarudin,Pegawai PTPTN cawangan Selangor. Beliau menerangkan tentang pembukaan akaun SSPN-i. Diberikan juga taklimat tentang penyewaan loker,pembelian baju PJ dan peratusan kehadiran.

Majlis bersurai pada jam 12 tengahari. Semoga program yang telah dijalankan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat berkobar-kobar anak-anak tahun 1 dan prasekolah untuk hadir ke sekolah nanti.
Lihatlah corat-coret warna-warni dari bingkisan hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah 2019







Akhir kata,
 jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 dan prasekolah 2019 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid.

Friday, 9 November 2018

PERINGATAN SEMULA: HARI ORIENTASI TAHUN 1 2019 DAN TAKLIMAT PRASEKOLAH 2019

Sukacita dimaklumkan  ini adalah peringatan terakhir pemberitahuan Hari Orientasi Tahun 1 2019 dan Taklimat Prasekolah 2019 akan diadakan seperti berikut ;

Tarikh   : 10 November 2018  SABTU
Masa     : 8.00 pagi
Tempat Pendaftaran      :  Dewan Terbuka   (Tahun 1)
                                               Pusat Sumber       (Prasekolah) 

Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir bersama anak masing-masing dan membawa dokumen-dokumen  yang telah edarkan terlebih dahulu pada masa pendaftaran.


Wednesday, 7 November 2018

TAKLIMAT KEMASUKAN KE PRASEKOLAH TAHUN 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah 2019 telah pun diadakan pada 3 Julai 2018. Pihak sekolah telah menerima sebanyak 88 permohonan. Namun demikian, hanya 50 tempat sahaja yang ditawarkan bagi mengisi kekosongan.

Bagi melicinkan lagi urusan kemasukan murid ke kelas Prasekolah 2019, Tuan/Puan yang telah BERJAYA dalam pemilihan ini diminta hadir mendaftar pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 November 2018 (SABTU)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Pusat Sumber, SK Desa Pinggiran Putra

Dengan membawa bersama dokumen berikut :
  • Borang Butir Diri yang telah lengkap diisi (seperti yang dilampirkan) 
  • 4 keping Gambar Berukuran Pasport (tulis nama di belakang setiap gambar) 
  • Rekod kesihatan Murid Tabika 
Di samping itu, perlantikan Jawatankuasa Prasekolah (PEWARIS) dari kalangan ibu bapa / penjaga murid turut akan diadakan dalam taklimat ini. Ia bertujuan bagi memastikan perlaksanaan pengurusan Prasekolah dapat berjalan dengan lancar pada tahun 2019.

Tuan / Puan dianggap menolak tawaran ini sekiranya gagal hadir untuk mendaftar. Kerjasama dan perhatian Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.



PRASEKOLAH ADIK CERDIK

Nama Guru: Puan Wan Salawati
Nama PPM: Puan Zulaikha

BILNAMA MURIDUMURJANTINA
1AHMAD YUSUFF BIN MD FARIDZ6L
2AMARHAMDI BIN AMINASIR KARNOJAYA6L
3DHIA NUR AFIA BINTI SHAHRIZAN6P
4FIRAS NUR IZZAT BIN MOHD HANAFI6L
5ILHAM SHAFIY BIN MOHD HAFIFI6L
6IZZ ILMAN BIN MOHD FAIZAL6L
7IZZAH FAQEHAH BINTI MOHD JURAIJ6P
8MARISSA DAVEENA BINTI ROSLI6P
9MOHAMAD AIMAN NASRIQ BIN MOHAMAD6L
10MOHAMAD HAIKAL ZULQARNAIN BIN MOHAMAD TAJLI6L
11MUFIID WAZIRULLAH BIN SYADID HABIBULLAH6L
12MUHAMMAD AMMAR ZARIF BIN MOHAMAD ZAIDI6L
13MUHAMMAD AQIL ALAUDDIN IRFAN BIN MOHD ASNIZAM6L
14MUHAMMAD GHUFRAN IZQANDAR BIN MOHD.BADRUL ISHAM6L
15MUHAMMAD ZAYYAN BIN MUHAMMAD FARHAN6L
16NAURAH ANNISA BINTI MOHD KHAIRUL ANWAR6P
17NIK MOHAMMAD ARYAN BIN NIK AIZAT6L
18NUFA NADHIRA BINTI MOHAMMAD FIRDAUS6P
19NUR DAYANA BATRISYIA BINTI ZAIREIZWAN6P
20NUR IRDINA QAISARA BINTI FAIZUL AZLAN6P
21NUR IZARA TIHANI BINTI MOHD HASHIMI6P
22NUR LATIFAH BINTI AHMAD KAMIL6P
23NURUL HUMAIRA BINTI AHMAD FAKARUDIN6P
24NURUL HUSNA BINTI AHMAD FAKARUDIN6P
25WAN NUR IZ'ZAH IMANI BINTI WAN MASNADI6P


PRASEKOLAH ADIK PINTAR

Nama Guru: Puan Nurulhanis
Nama PPM: Cik Nur Afizah


BILNAMA MURIDUMURJANTINA
1ABDULLAH UMAR BIN ISMAIL6L
2ADAM MIKAIL BIN ROSLI6L
3AINI SYUMAIYAH BINTI MOHD JAAFAR6P
4AISHA NUUR SHAZIA BINTI SHAM IZUDDI6P
5AISY FATHULLAH RIFQIE BIN NORIDUAN6L
6AR RAYYAN BIN ABDUL HAMED6L
7DANIEL EDRY HAKIMIE BIN ABDUL HAKIM6L
8INTAN NUR SAFIYA BINTI MOHAMAD HARUN6P
9MOHAMAD NAQIUDDIN ZIQRI BIN KAMARUDDIN6L
10MUHAMMAD ADAM FIRDAUS BIN MOHD FAIZAL6L
11MUHAMMAD ADIB BIN ABDUL HADI6L
12MUHAMMAD AMMAR ASYRAFF BIN NOOR FIRDAUS6L
13MUHAMMAD ASYRAF ADLI BIN NOR AZMI6L
14MUHAMMAD MU'AZ IRSYAD BIN MUHAMMAD MUKMIN6L
15MUHAMMAD NUFAIL BIN MOHD HAFIZ6L
16NOOR WAFA ZAHRA BINTI AHMAD SAFUAN6P
17NUR ALYA AFRINA BINTI ABD KHALID6P
18NUR NAJWA NAZIRAH BINTI NOR HISHAM6P
19NUR SYAFIQA SYUHADA BINTI MUHAMMAD ARIFFUDIN6P
20NURHAFIYA HASBI BINTI MUHAMMAD JASLI6P
21NURUL SYAUQINA NADHIRAH BINTI AHMAD SYUKRI6P
22NURZARA SOPIA BINTI MOHD FHAEIRODZ6P
23SUFI AMILIN BINTI SHAHRIL6P
24WAN MUHAMMAD ISHAQ BIN WAN KHAIRIL REZA6L
25ZAINUR ZUHAIRAH BINTI ZAINURDIN6

Friday, 2 November 2018

Cuti Deepavali

The Rangoli of Lights.jpg
Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid  
Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  
05 November 2018 (Isnin) hingga 07 November 2018 (Rabu)

Sekolah akan dibuka semula pada 08 November 2018 (Khamis).