Tarikh Kuatkuasa: 6 Januari 2020 (Isnin)
Tuesday, 31 December 2019
Monday, 30 December 2019
Taklimat Ibubapa Tahun 1 2020
Tarikh : 28 Disemver 2019 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan terbuka
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan terbuka
Assalamualaikum w.b.t, salam tahun baru 2020 yang bakal menjelang tidak lama lagi buat semua warga SK Desa
Pinggiran Putra. Semoga tahun baru 2020 ini akan menambah semangat dan
azam kita untuk lebih berjaya dan cemerlang, insyaAllah, Allahumma Amin.
Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Taklimat untuk ibubapa murid Tahun 1 bagi sesi 2020.
Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Taklimat untuk ibubapa murid Tahun 1 bagi sesi 2020.
Seawal pagi jam 7.30 pagi SKDPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa
dan murid malah seisi keluarga . Suasana meriah dengan
keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.
Majlis telah dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat semakan fail
murid, taklimat ibu bapa bersama barisan pentadbir, penyerahan buku
teks, pembelian buku, serta taklimat akhir daripada penyelaras tahun 1
dan PK HEM.
Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Semoga program yang telah
dijalankan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat berkobar-kobar
anak-anak tahun 1 untuk hadir ke sekolah nanti.
sesi pendaftaran bersama guru kelas dan pembantu
ucapan aluan daripada Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra
Taklimat ibubapa daripada Penolong Kana
taklimat berkenaan tatacara berpakaian serta hal ehwal murid daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
taklimat mengenai Ko-Akademik daripada Penolong Kanan Kokurikulum
Penyerahan buku teks untuk murid tahun 1 2020
Akhir kata,
jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Taklimat Tahun 1 2020 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid. Moga usaha kita mendapat redha dan berkat Allah, insyaAllah.
jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Taklimat Tahun 1 2020 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid. Moga usaha kita mendapat redha dan berkat Allah, insyaAllah.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!
buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra, dan Selamat Maju Jaya!
Saturday, 30 November 2019
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BAHAN BANTU MENGAJAR MORPHUN
Tarikh : 19 November 2019
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK Putrajaya Presint 11(1)
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK Putrajaya Presint 11(1)
Sebanyak 8 buah prasekolah dari daerah Putrajaya dan Sepang serta 2 buah Tabika KEMAS masing-masing dari Putrajaya dan Banting telah terpilih untuk menerima bahan bantu mengajar (BBM) Morphun.
Morphun merupakan alat mainan berunsur pembinaan berupa blok blok kecil yang telah meraih pelbagai anugerah dan penghargaan di peringkat global. Mainan manipulatif dan edukatif ini dapat membantu perkembangan kognitif murid-murid melalui permainan kreatif, kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Pengasas Bersama (Co Founder) selaku Pengarah Urusan Morphun, Mr Colin Simonds dalam penerangannya sangat menggalakkan kanak-kanak di awal usia perkembangan untuk meneroka persekitaran mereka serta tidak terikat kepada akademik semata-mata. Produk Morphun membantu anak-anak mengembangkan idea dan imaginasi melalui pembinaan dalam mereka cipta model-model yang di luar kotak pemikiran mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan dalam memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak dan bukannya membataskan idea-idea kreatif mereka. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan bin Ismail. Beliau juga amat berharap usaha ini dapat meningkatkan minat serta pengetahuan pelajar terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Dalam majlis tersebut, setiap sekolah yang diwakili oleh 3 orang murid prasekolah telah menerima 4 buah kotak Morphun untuk dikongsi bersama kelas prasekolah di sekolah yang terpilih.
Gambar:
Ucapan daripada Ketua Pengarah Kanan Pusat Stem Negara, Dr. Ihsan Ismail |
Penerangan daripada Mr. Colin Simonds tentang produk Morphun |
Antara rekaan kreatif yang boleh dibina daripada produk Morphun |
Penyerahan produk Morphun kepada SK Desa Pinggiran Putra (yang telah diwakili oleh 3 orang murid prasekolah) |
Setiap sekolah menerima 4 buah kotak produk Morphun |
Murid mencuba produk Morphun yang telah diserahkan |
Pn. Maznah (mewakili guru besar) turut bersama dalam majlis penyerahan ini. |
Bergambar kenangan bersama Mr. Collins dan Dr. Ihsan |
Tuesday, 26 November 2019
TAKLIMAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SESI 2020
Tarikh : 23 November 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka
Ibu Bapa/penjaga telah hadir seawal jam 8.00 pagi. Mereka mula memenuhi meja pendaftaran untuk sesi pendaftaran bagi mendengar taklimat kemasukan ke Prasekolah sesi 2020. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi. Dimulai dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, En. Sukimin bin Juki.
Majlis diteruskan dengan Taklimat Prasekolah yang telah disampaikan oleh Pn. Nurulhanis binti Noh. Antara perkara-perkara penting yang telah diterangkan dalam taklimat tersebut ialah Waktu Pembelajaran Murid Prasekolah, Peraturan-peraturan Prasekolah dan juga Peranan Ibu Bapa/ Penjaga murid Prasekolah. Selesai taklimat tersebut, pelantikan AJK PEWARIS Sesi 2020 turut dijalankan. AJK terdiri daripada kaum Ibu Bapa murid yang dicalonkan. Taklimat berakhir jam 11.00 Pagi.
AJK PEWARIS Prasekolah Sesi 2020
Penasihat:En. Sukimin bin Juki
Pengerusi : En. Roslan bin Ab Rahman
Naib Pengerusi : En. Ahmad Saifudin bin Che Othman
Setiausaha ; Pn. Nurulhanis binti Noh
Naib Setiausaha : Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad
Bendahari : Wan Salawati binti Wan Md. Nor
Naib Bendahari : Pn. Mona Azwa binti Azami
Juruaudit : En. Azizi bin Mohd Ali
AJK :
1. Pn. Nurul Hidayah binti Isnan
2. Cik Nur Afizah binti Azmi
3. En. Wan Muhd Amran bin Wan Mustapha
4. En. Muhamad Hafiszan bin Abu Samah
5. En. Syahful Faisal bin Abu Hassan
5. En. Syahful Faisal bin Abu Hassan
Gambar
Pendaftaran ibu bapa/penjaga murid Prasekolah sesi 2020
Antara ibu bapa/penjaga yang hadir ke taklimat
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, Encik Sukimin bin Juki
Penolong Kanan 1, Pn Maznah binti Mohd Noor turut hadir bersama.
Taklimat Prasekolah oleh Pn. Nurulhanis binti Noh
Sesi pemilihan AJK PEWARIS sesi 2020
Barisan AJK PEWARIS sesi 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)