Friday, 10 December 2021

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 40: 6-10 DISEMBER 2021)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Guru bertugas minggu 40:



Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2021. Minggu ini juga adalah penggiliran murid Kumpulan B yang hadir secara bersemuka di sekolah. Seperti biasa, murid hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi dan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 

Seperti yang kita maklum, mantan Guru Besar SEDERAP, Encik Sukimin bin Juki telah bersara wajib pada 5 Disember 2021 yang lalu. Terima kasih buat Cikgu Sukimin atas jasa dan bakti cikgu dalam membangunkan SEDERAP. 

Warga SEDERAP berbesar hati pada minggu ini menerima kehadiran Guru Besar baharu iaitu Puan Hajjah Anita binti Saridin yang memulakan tugas pada 6 Disember 2021. Selamat Datang Puan Anita! 

Semoga SEDERAP terus melangkah ke hadapan dalam memastikan kejayaan dan kemenjadian murid dari segi jasmani dan rohani. 

Berikut adalah laporan bergambar aktiviti di SEDERAP sepanjang minggu ini.




Murid yang hadir awal, sebelum jam 7.15 pagi berkumpul di Dewan Terbuka sebelum masuk ke kelas masing-masing mengikut SOP




Guru Besar, Puan Hajjah Anita binti Saridin memperkenalkan diri dan menyampaikan amanat kepada para guru SEDERAP selepas waktu persekolahan.



Guru-guru penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020 bergambar kenangan bersama para pentadbir SEDERAP. Tahniah diucapkan!


Pelaksanaan ujian kendiri covid 19 pada hari Rabu kepada beberapa orang murid setiap kelas dengan borang persetujuan ibu bapa seperti yang disarankan KKM dan KPM.




Pegawai PPD Sepang menyampaikan hadiah kepada Guru Besar untuk murid-murid SEDERAP yang berjaya memenangi tempat dalam pertandingan melalui bidang Kokurikulum. 



Penyampaian hadiah oleh PK Kokurikulum kepada guru PPKI SEDERAP mewakili murid. Tahniah diucapkan kepada NUR UMAIRAH BALQIS telah mendapat tempat ke 3 e-Tarannum dalam pertandingan Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas peringkat Negeri Selangor.


Proses sanitasi kelas, pejabat dan bilik khas di SEDERAP. Terima kasih kepada beberapa individu yang terlibat. Moga Allah ganjarkan segala kebaikan. 

Begitulah beberapa perkara yang berlaku sepanjang minggu ini. Biar gambar jadi kenangan. Covid 19 membataskan banyak perkara namun di dalamnya terselit beribu hikmah. Semoga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan dan perlindungan buat kita semua. Buat murid-murid SEDERAP, Selamat Bercuti!!! Jaga diri kalian. 😊😉







Tuesday, 23 November 2021

Pelantikan Biro AJK PIBG SK Desa Pinggiran Putra bagi sesi 2021/2022.

 

YDP PIBG

En. Mohamad Zahri bin Samingon.

NYDP PIBG

En. Ahmad Saifudin bin Che Othman.

Setiausaha

Pn. Sal Sabil binti Zainudin

Bendahari

Pn. Fatin Habibah binti Mazlan


Senarai Biro AJK PIBG

1. Biro KSIB

Ketua: Encik Azli bin Abdul Aziz

Pen. Ketua: Puan Siti Amalina binti Mazni


2. Biro Kebajikan

Ketua: Puan Fatimah binti Ismail

Pen. Ketua: Puan Sal Sabil binti Zainudin


3. Biro Keceriaan & Keselamatan

Ketua: Encik Mohamad Safiee bin Misuan

Pen. Ketua: Encik Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin


4. Biro Akademik

Ketua: Puan Nur Hidayah Mohamad Ali

Pen. Ketua: Cik Nurul Hanan binti Hussin


5. Biro Kewangan

Ketua: Encik Ahmad Saifudin bin Che Othman

Pen. Ketua: Puan Fatin Habibah binti Mazlan

Pembantu: Puan Marshamira binti Ahmad


5. Biro Sukan & Rekreasi

Ketua: Encik Mohd Faizal bin Mahmod

Pen. Ketua: Encik Muslihuddin bin Mohd Noor








Permohonan Untuk Pertukaran Keluar Sekolah (Keluar)

Kepada ibubapa yang berhasrat untuk menukar keluar sekolah anak, boleh mengisi borang di pautan yang disediakan tanpa perlu hadir ke sekolah untuk mengambil borang lagi. Sila klik di sini untuk mengisi  Borang Permohonan.

Setelah selesai mengisi dan menghantar borang tersebut, sila maklumkan pada pihak sekolah dan tunggu sehingga anda dihubungi semula untuk mengambil borang yang telah siap di proses.

Pastikan semua doklumen berikut disediakan dan bawa bersama sewaktu mengambil borang tersebut di sekolah:

1. Salinan Sijil Kelahiran Murid (Depan Belakang)

2. Salinan Mykid/Mykad Anak (Depan Belakang)

3. Salinan Mykad Ibu dan Bapa (Depan Belakang)

4. Salinan Sijil Nikah (Depan Belakang)

5. Salinan Surat Perintah Mahkamah Tentang Hak Penjagaan Anak (Jika ibubapa sudah bercerai)

6. Salinan Surat Daftar Anak Angkat Mengikut Seksyen 25, Akta Pengangkatan 1952

7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah 

8. Salinan Keputusan UPSR (Jika memohon ke Tingkatan 1)

9. Salinan Bil Utiliti

Monday, 1 November 2021

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN( Minggu 35)

 Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SEDERAP. Hari ini, Isnin (1 November 2021) merupakan minggu ke 35 persekolahan kita. Ramai murid kelihatan gembira dan bersemangat apabila kembali ke sekolah. 

Pada minggu ini, murid Tahap 1 (Kumpulan A) kembali ke sekolah mengikut jadual penggiliran. Murid hadir seperti biasa sebelum pukul 7.30 pagi dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Manakala, murid prasekolah dan PPKI hadir ke sekolah seperti biasa tanpa jadual penggiliran.

Kumpulan guru bertugas pada minggu ini terdiri daripada 14 orang guru seperti berikut.

MOHD AZIZUN SAURI BIN AZIZ
ROZAYMA BINTI ZAMAN
SALSABIL BINTI ZAINUDDIN
SATRIANA BINTI HAPI
MUHAMMAD JAWAD FARUQI BIN ZAINAL ABIDIN
NOR SABARIAH BT AWANG NGAH
NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD
NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH
NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI
UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI
SURAYA BINTI SAAD
FATIN HABIBAH BINTI MAZLAN
NORAIDA BINTI AB AZIZ
NADIAH BINTI NAZARUDDIN

Ahli jawantankuasa PIBG ibu bapa juga turut hadir dan menyumbang tenaga dalam membantu pihak sekolah seperti mengawal lalu lintas dan mengambil suhu murid pada waktu pagi persekolahan.





AJK PIBG yang turut membantu.






                                                
                             Guru bertugas mengambil suhu murid sebelum masuk ke kawasan sekolah.

  













Thursday, 28 October 2021

Makluman Dan Tindakan Pengoperasian Dan Pembukaan Sekolah Oktober 2021

 Assalamualaikum & Selamat sejahtera.


Semua Ibubapa/penjaga Tahun 1-6, SKDPP.

Makluman Dan Tindakan Pengoperasian Dan Pembukaan Sekolah Oktober 2021.


1. Surat Pemakluman Ibubapa/penjaga.


2. Jadual Penggiliran Murid (Pdp bersemuka & Pdp Kendiri di rumah)

     -   Kumpulan A dan B.


3.Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga Pelaksanaan Ujian Kendiri Covid-19.

    i.  Tahap 1

   ii.  Tahap 2


Terima kasih atas kerjasama Ibubapa/penjaga.

JADUAL WAKTU BIL 4/2021

Tarikh kuatkuasa : 

1 November 2021 (Tahap 1)

8 November 2021 (Tahap 2)