Wednesday, 27 January 2021

As salam dan selamat sejahtera,
Dipohon semua guru besar dan guru memahami intipati penjelasan daripada facebook Menteri Pendidikan YBMK DrvRadzi Jidin ini berkaitan PdPR.

Dr Radzi Jidin
https://www.facebook.com/1560866277543941/posts/2581409692156256/?d=n
Apabila PKP dilaksana buat pertama kali pada 18 Mac 2020, sesi persekolahan dijalankan dengan kaedah yang cukup berbeza daripada sebelumnya. Pada waktu itu KPM telah memutuskan supaya Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
KPM memahami bahawa murid-murid di seluruh negara merangkumi pelbagai latar belakang sosioekonomi. Setiap guru juga berdepan dengan situasi dan cabaran yang berbeza. Oleh itu, sejak kali pertama PdPR dilaksanakan, KPM sentiasa menekankan bahawa kaedah PdPR yang ingin digunakan mestilah mengambil kira kesesuaian guru dan murid.
Sepertimana yang dijelaskan dalam Manual PdPR KPM, PdPR tidak terhad kepada kaedah dalam talian. Guru boleh menetapkan pelbagai kaedah PdPR luar talian yang bersesuaian untuk murid mereka.
Antara kaedah luar talian yang digunakan ialah penyerahan modul pembelajaran atau latihan kepada murid. Murid akan melaksanakan PdPR dengan menyiapkan modul yang diberikan dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa. Kemudian, guru akan menyerahkan modul yang berikutnya.
Modul diserahkan kepada murid melalui pelbagai pendekatan. Ada sekolah yang menggunakan kaedah pandu lalu untuk penyerahan modul. Ramai juga guru yang menghantar sendiri modul ke rumah murid. Bahkan, saya dimaklumkan guru SMK Pulau Gaya menaiki bot untuk menghantar bahan pembelajaran kepada murid mereka.
Sama ada secara dalam talian mahupun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya. Terima kasih, Cikgu!
Kepada ibu bapa, kami mengucapkan setinggi penghargaan atas sokongan dan dokongan yang diberikan kepada guru sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Pandemik COVID-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia. Walau apa pun cabaran, KPM akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.
Kami tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha.
Marilah kita bersatu hati untuk lakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Sent from my iPhone

Tajaan Sanitasi

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Zon Pinggiran Putra atas tajaan sanitasi Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra semalam.

Kami berbesar hati menerima tajaan ini sebagai langkah pencegahan wabak yang sedang melanda negara kita.

Terima kasih.

#kitajagakita

#staysafe







Tuesday, 19 January 2021

Panduan Membuka Buku Teks Digital dalam Portal DELIMA.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua ibu bapa, proses pemulangan dan pengambilan buku teks masih belum boleh dijalankan kerana kedudukan sekolah kita di dalam kawasan PKP. Oleh itu, murid-murid digalakkan untuk mengunakan Buku Teks Digital yang telah disediakan oleh KPM. Berikut ialah panduan membuka Buku Teks Digital dalam portal DELIMA.

















Saturday, 16 January 2021

Murid Tahun 1/2021,

Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon perhatian Ibu bapa/penjaga murid Tahun 1/2021 yang masih belum menjelaskan bayaran dan mengambil item, sila hubungi pejabat sekolah dengan kadar segera.

Terima kasih atas kerjasama tuan/puan.

Sunday, 10 January 2021

TAKLIMAT PERSEDIAAN MURID TAHUN 1 2021 SK DESA PINGGIRAN PUTRA SECARA ONLINE


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TAKLIMAT PERSEDIAAN MURID TAHUN 1 2021 SK DESA PINGGIRAN PUTRA SECARA ONLINE

Tarikh:   11 Januari 2021 (Isnin)

Masa:    10.00 pagi

Live Youtube di https://youtu.be/6GMQIjNCMOs


Wednesday, 6 January 2021

Hari Pengambilan Fail Peribadi Murid dan Bayaran Murid Tahun Satu 2021 SK Desa Pinggiran Putra.

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Pengambilan Fail Peribadi Murid dan Bayaran Murid Tahun Satu 2021 SK Desa Pinggiran Putra.
Tarikh: 9 Januari 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 1.30 petang
Tempat: Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra

Dimohon agar ibu bapa/penjaga dapat hadir pada waktu yang telah ditetapkan dengan mengikut SOP oleh KKM dan MKN. Ibu bapa/penjaga diharap dapat menyediakan wang secukupnya bagi urusan pembayaran.
(sila rujuk surat yang telah tuan/puan terima dari pihak sekolah)

Berikut adalah senarai nama murid tahun satu 2021 untuk semakan ibu bapa/penjaga.


1 MERBAU


1 RESAK
    
                                                                      


1 CENGAL


1 NYATUH


1 JATI