Monday, 20 June 2022

Laporan Guru Bertugas Mingguan (20 Jun 2022)

Senarai guru bertugas minggu ini: 1. Pn. Suryana binti Shuib (Ketua) 2. Pn. Sha'azrina binti Mohd Imran 3. Pn. Syahriha binti Raman 4. En. Mohamed Fakarudin bin Abd Talib 5. Pn. Norlizawati binti Mohd Razali 6. En. Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin 7. Pn. Siti Suhaida binti Saniman 8. En. Mohd Shazuwan bin Che Lah 9. Pn. Anis Farhah binti Md Isa 10. Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah 11. Pn. Nanthini A/P Mahaendran 12. Pn. Rozayma binti Zaman 13. Pn. Ili Syahirah binti Abd Ghani 14. Pn. Norsyuhada binti Ramli 15. Pn. Fauzan binti Muhammad 16. Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
Pengawas bertugas mingguan: * Bacaan doa oleh Adik Muhammad Najmin bin Najib (5 Berlian)
* Kunduktor nyanyian lagu rasmi oleh Adik Amneey Syifaa' Iman binti Amirrul Hayat (6 Cenderawasih)
* Ketua bacaan ikrar murid oleh Adik Aryan Al Fateh bin Mohd Akhmal (6 Kenyalang)
* Pengurusan kibaran bendera oleh Adik Muhammad Hazwan Haziq bin Husaini (6 Rajawali) dan Adik Muhammad Muz bin Mazlan (6 Kenyalang)
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan - Peringatan tentang tatacara penggunaan bilik bilik khas seperti pusat sumber dan bilik muzik. Mohon semua murid pastikan kerusi dimasukan ke dalam meja, lampu dan kipas/ penghawa dingin ditutup sebelum keluar dan jaga kebersihan bilik tersebut.
Ucapan pentadbir oleh Pn Norsaadah binti Abd Halim (PK Kokuriku) Tajuk : Hormat menghormati dan sayang menyayangi * Orang muda perlu hormat orang yang lebih tua. Contoh, murid menghormati guru, murid tahun 1 menghormati murid tahun 2 dan begitu juga dengan murid lain hingga tahun 6. Namun begitu murid tahun 6 yang paling tua di kalangan murid mesti menunjukkan contoh tauladan kepada adik adik. Tanamkan rasa sifat kasih sayang di antara satu sama lain. Semua murid perlu memastikan menjadi murid yang cemerlang dalam urusan dunia dan akhirat. Pastikan jangan tinggal solat kerana ia adalah kunci kecemerlangan hidup.

Wednesday, 15 June 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (13 JUN - 16 JUN 2022)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Berikut ialah senarai guru bertugas pada minggu ini.

1.   Tengku Fairus binti Raja Hassan

2.    Mohd Muslihuddin bin Mohd Noor

3.    Nur Syahirah binti Md Nasir

4.    Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

5.    Nurul Hanan binti Hussin

6.    Siti Aishah binti Md Sarif

7.    Siti Amalina binti Mazni

8.    Sofiah binti Abdul Halim

9.    Suraya binti Md Saad

10.  Nurul Huda binti Wan Abdullah

11.  Paiezah binti Ibrahim

12.  Fatin Habibah binti Mazlan

13.  Mohd Azizun Sauri bin Aziz

14.  Zuhaila binti Hamid

15.  Noraniza binti Salleh

16.  Syajaratuddur binti Mahamod




Barisan guru bertugas pada minggu ini


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Cikgu Salsabila)

Cikgu Salsabila guru bertugas minggu lepas menyebut tentang masalah pembuangan sampah. Murid-murid dingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dipersekitaran sekolah. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid-murid jangan berlari kerana boleh mendatangkan kecederaan sekiranya terjatuh. Murid-murid perlu mengangkat tangan dengan tatacara yang betul semasa bacaan ikrar dan yang terakhir beliau memohon murid-murid yang kehilangan wang berjumpa dengan beliau memandangkan jumlahnya agak besar.










Pn Salsabila memberi laporan guru bertugas pada minggu lepas






Ucapan Pentadbir (Puan Anita)

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid atas kehadiran ke sekolah pada hari ini.Beliau mengharapkan murid-murid mengenali para pentadbir dan guru-guru SEDERAP. Murid perlu menghormati guru-guru dengan memberi salam. Guru Besar turut menegaskan tentang kehadiran murid semasa pagi. Murid perlu mengikut peraturan sekolah datang sebelum 7.30 pagi. Mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan murid datang ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Murid perlu menjaga kebersihan kelas. Murid diingatkan untuk tidak membuang sampah melalui tingkap arah padang. Semasa rehat murid diingatkan untuk mengutip sisa makanan dan buang dalam tong sampah. Puan Anita juga turut mengingatkan murid-murid tentang pemakaian baju unit uniform pada setiap hari isnin setiap minggu ke 3. Beliau sering mengingatkan dan menegaskan murid yang tidak hadir ke sekolah untuk memaklumkan kepada guru kelas dan sertakan dokumen ketidakhadiran.