SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA
Pendahuluan
Aktiviti perkhemahan merupakan
aktiviti tahunan yang wajib diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan
Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra yang telah berlangsungnya aktiviti
perkhemahan tahunan. Alhamdulillah, aktiviti perkhemahan ini telah berjaya
dilaksanakan walaupun banyak halangan. Perkhemahan ini diadakan dalam kawasan
Sekolah. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat,
disiplin serta jati diri yang kental dikalangan murid. Selain daripada itu ia
juga dapat mewujudkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya
kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan murid ke arah kejayaan
dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan,
kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang murid yang berwawasan serta dapat
mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid yang lain.
Tarikh, hari dan bilangan penyertaan perkhemahan
Perkhemahan ini diadakan pada
tarikh dan hari di bawah:
Hari
: Jumaat Sabtu dan
Ahad
Tarikh : 30 Sepetember, 01 dan
02 Oktober 2022
Bilangan Penyertaan : 150
orang murid
Prosedur dan jadual kerja
Untuk menjayakan program
perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat telah diadakan untuk mengemaskini
segala aktiviti yang dirancangkan. Semua guru telah diagihkan dengan
tugasan masing-masing beserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan . Untuk
tidak membebankan guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah
disusun atur dengan rapi supaya guru dapat hadir ke tapak perkhemahan mengikut
giliran dan masa yang ditetapkan.
Jemputan
yang hadir
Antara jemputan yang hadir
untuk memeriahkan lagi program perkhemahan ini ialah YDP PIBG, AJK PIBG,
Pegawai Polis Perhubungan Sekolah.
Jumaat ( 30 September 2022 )
Bermula jam 10:30 pagi, para
peserta telah mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua peserta
diarah untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di dewan
terbukan. Taklimat diberikan oleh kem komanden Ustaz Mohd Faizul Bin
Zakaria mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum
memulakan aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah
mendirikan khemah di padang bola sekolah bersama-sama dengan guru yang
ditugaskan. Kemudian murid diarahkan pulang ke rumah masing-masing untuk
buat persediaan solat jumaat dan sebahagian murid terlibat dengan ujian sekolah
agama pada waktu petang. Walaupun terdapat pertembungan dengan ujian sekolah
agama tetapi perkhemahan tetap diteruskan kerana pihak Sekolah Kebangsaan Desa
Pinggiran Putra telah membuat tembahan
makanan, telah membuat jemputan kepada sukarelewan dari IPG Kampus Pendidikan
Islam Bangi dan telah membuat jemputan penceramah luar untuk beberapa slot
agama.
|
Pendaftaran
| Pasang khemah
|
Peserta kembali ke perkhemahan
semula pada pukul 6:30 petang. Seterusnya mengikuti aktiviti yang telah
dirancangkan seperti dalam jadual aktiviti iaitu sesi makan malam, solat
maghrib, bacaan yasin dan solat isya.
Makan malam
Makan malam
Seterusnya aktiviti Ice
Breaking. Objektif aktiviti ini ialah peserta perkhemahan dapat melakukan
kerja berpasukan dan lahir sifat pengorbanan. Para perserta perkhemahan telah
menjalani beberapa aktiviti dan permaianan yang telah diaturkan oleh pihak
guru.
Aktiviti Ice Breaking
Aktiviti seterusnya ialah
borong hantu. Objektif aktiviti burung hantu ini ialah perserta akan berani
dengan suasana gelap dan mempunyai daya tahan. Peserta perkhemahan akan dibawa
ke dalam bilik darjah yang gelap dan akan ditinggalkan seorang diri dalam bilik
tersebut. Sebelum peserta perkhemahan ditinggalkan dalam bilik bersendirian, seorang guru sudah berada
di dalam bilik darjah tersebut tanpa pengetahuan peserta. Aktiviti borong hantu
Sabtu ( 01 Oktober 2022
Hari kedua perkhemahan murid
dibangunkan seawal pukul 05:30 pagi untuk membuat persediaan solat subuh
berjamaah dan sesi kulian subuh.
Kuliah subuh
Kuliah subuh
Pada pukul 07:00 pagi peserta
perkhemahan mengikuti slot “Selamat Pagi Malaysia”. Aktiviti pada slot ini
dibantu oleh AJK PIBG dan dan fasilitator jemputan luar. Peserta perkhemahan
akan bersenamrobik mengikut gaya yang ditunjukkan oleh fasilitaor di pentas. Senamrobik
Senamrobik
Senamrobik Selesai sarapan, pada pukul
08:00 pagi peserta perkhemahan akan mengikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)
aktiviti ikatan dan simpulan. Slot ini dibimbing
dan ajar oleh guru-guru unit beruniform Pandu Puteri Tunas SK Desa Pinggiran
Putra dan dibantu oleh fasilitator jemputan dari IPG Kampus Pendidikan Islam
Bangi. Objektif pada aktiviti ini ialah setelah selesai menjalani aktiviti ini
peserta perkhemahan pandai membuat
ikatan-ikatan asas dan membuat gajet. Guru-guru dari unit beruniform Pandu Puteri Tunas SEDERAP yang mengajar slot ikatan dan gajet Membuat gajet
Membuat gajet Membuat gajet
Pada pukul 11:00 pagi peserta
perkhemahan akan membuat persiapan diri dan makan tengah hari. Makan tengah hari Sedappp terrrr.
Kemudian selepas makan tengah hari para peserta perkhemahan solat zuhur berjamaah.
Aktiviti perkhemahan yang
berikutnya, pada pukul 02:00 - 04:00 petang
ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2) kemahiran memberi pertolongan awal
kecemasan. Slot ini dibimbing dan ajar oleh guru-guru Persatuan Bulan Sabit
Merah (PBSM) SK Desa Pinggiran Putra dan dibantu oleh fasilitator jemputan dari
IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Contoh dari guru Unit Beruniform PBSM Sederap
Bantuan awal kecemasan dari peserta perkhemahan lelaki
Bantuan awal kecemasan dari peserta perkhemahan perempuan
Pada pukul 05:30 – 06:30
petang peserta membuat latihan persembahan malam kebudayaan yang dibimbing oleh
Unit Beruniform Persatuan Pureri Islam Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra. Perbincangan setiap kumpulan untuk malam kebudayaan
Latihan persembahan malam kebudayaan
Guru-guru yang membimbing slot latihan malam kebudayaan
Selepas solat maghrib hari
kedua perkhemahan, para peserta perkhemahan dihidang dengan kuliah Maghrib yang
disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria dan selepas solat isya peserta
perkhemahan membuat solat sunat taubat dan solat sunat hajat.
Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria
Kuliah maghrib.
Aktiviti perkhemahan yang
seterusnya ialah persembahan malam kebudayaan. Objektif aktiviti ini diadakan
ialah peserta perkhemahan dapat menzahirkan bakat meraka yang mungkin belum
diketahui oleh guru. Selesai persembahan malam kebudayaan juga para peserta
perkhemahan dihidangkan dengan makan malam (BBQ).
Persembahan malam kebudayaan
Juri persembahan malam kebudayaan.
BBQ
Ayam bakar (Sedapp terrrr)
Sedap dooh nah ayam bakar perapan ustaz faizul hahaa
Seterusnya pada pukul 12:00
malam sepatutnya para peserta perkhemahan rehat dan tidur. Tetapi pada malam kedua
perkhemahan ini hujan lebat dan para peserta perkhemahan diminta angkat khemah
mereka ke tempat yang selamat iaitu pindah dari padang bola sekolah ke tapak
perhimpunan sekolah. Cabaran dan pengalaman mengangkat khemah pada pukul 01:00
pagi di tengah hujan lebat kali ini akan menjadi kenangan dan melahirkan sifat
daya tahan bagi setiap orang peserta perkhemahan.
Pindahkan khemah kerana hujan lebat pada malam kedua perkhemahan
Kalau takut susah jangan datang perkhemahan. Semoga kesusahan ini mematangkan kamu.
Ahad ( 02 Oktober 2022 )
Pada hari ke tiga perkhemahan
dan merupakan hari terakhir perkhemahan seawal pukul 05:30pagi para peserta
perkhemahan dikejutkan untuk bangun membuat persiapan diri bagi menunaikan
solat subuh berjamaah dan mengikuti kuliah subuh. Tajuk kuliah : Perjalanan roh kita
Aktiviti yang berikutnya pada
pukul 07:00 – 08:30 pagi peserta perkhemahan membuat senamrobik dan minum pagi. Senamrobik yang dibimbing oleh Teacher Dayang
senamrobik
Sarapan hari terakhir perkhemahan.
Selesai sarapan para peserta
perkhemahan diminta untuk menyimpan khemah dan peralatan masing – masing
kemudian membuat gotoroyong membersihkan kawasan sekolah yang mungkin ada
sampah – sampah dan barang - barang yang tertinggal semasa perkhemahan di
jalankan.
Siapa pandai nyanyi lagu pengakap sila angkat tangan haha
Patut laa Bella dapat peserta perkhemahan perempuan terbaik.. Gambar dia pun banyak dalam laporan blog sekolah
Gotoroyong bersih kawasan sekolah
Pada pukul 10:00pagi hari ke
tiga perkhemahan ini adalah aktiviti kemuncak iaitu majlis penutupan dan
penyampaian hadiah kepada peserta perkhemahan terbaik, kumpulan terbaik dan
sijil penghargaan kepada fasilitator jemputan dari IPG Kampus Pendidikan Islam
Bangi. Hadiah dan sijil disampaikan oleh Hajah Puan Anita Binti Saridin guru besar Sekolah Kebangsaan Desa
Pinggiran Putra. Seterusnya pukul 11:00pagi majlis penutupan selesai dan para
peserta perkhemahan bersurai.
Ucapan dari Puan Hajah Anita Binti Ssridin Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra di majlis penutupan perkhemahan 2022
Peserta perkhemahan terbaik lelaki. Khairul Ariff Hakimi Tahun 6 Rajawali
Peserta perkhemahan terbaik perempuan Salsabila Batrisya Mohd Shahrin Tahun 6 Kenyalang
Kumpulan terbaik perkhemahan peringkat sekolah tahun2022
Setiap kumpulan dapat hadiah saguhati
150 orang murid menyertai perkhemahan unit beruniform SEDERAP 2022
Dari kiri Cikgu Muslihuddin, Ustaz Faizul, Cikgu Fakaruddin dan Cikgu Hafiz bergambar sebagai kenang kenangan perkhemahan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra 2022
Gambar kenangan fasilitator jemputan dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Terima kasih semua.
Sekian laporan perkhemahan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra 2022 Terima kasih
|