LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR ALIRAN PERDANA (TAHUN 1-6)
MATLAMAT
Melihat pembelajaran murid-murid dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakat luas.
Membentuk personaliti murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Merealisasikan pengetahuan dalam PdPc dengan pengalaman yang sebenar.
OBJEKTIF
Melahirkan sikap menghargai keindahan alam sekitar dan bangga akan negara sendiri.
Memupuk sikap bertanggungjawab, berdikari dan mematuhi peraturan.
Murid-murid dapat mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitaran tempat lawatan.
Murid-murid dapat meneroka, menyiasat, menyelesaikan masalah, membuat andaian, memberi perhatian, mengembangkan sifat gigih, ingin tahu, tekun, yakin pada diri sendiri dan banyak lagi penerapan unsur-unsur nilai murni.
Murid-murid berminat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan berhubung dengan orang lain.
PELAKSANAAN
Tarikh Lawatan dan Hari
23 November 2022 (Rabu)
Tempat
Aquaria KL
Petrosains KLCC
Bilangan Peserta
360 orang murid
Bilangan Pengiring
36 orang guru
Negara Yang Dilawati
Malaysia
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 360 orang murid Aliran perdana dan 36 orang guru pengiring.
7.0 PENGISIAN PROGRAM
23 NOVEMBER 2022 (RABU)
PAKEJ B – AQUARIA KL & PETROSAINS KLCC
KUMPULAN 1
8.00 am : Berkumpul di perkarangan SKDPP, Kajang.
Pendaftaran peserta oleh Guru Bertugas.
8.30 am : Program dimulakan. Bertolak ke KLCC.
9.30 am : Mulakan program di Petrosains KLCC.
Peserta bergerak di dalam kumpulan masing-masing.
Program mengambil masa selama 3 jam.
1.00 pm : Sajian Tengahari disediakan.
2.00 pm : Setelah peserta selesai makan tengahari, bertolak ke Aquaria KL
2.30 pm : Memulakan program di Aquaria KL selama 2 jam.
4.30 pm : Berkumpul semula di perkarangan Aquaria KL.
6.00 am : Tiba di SKDPP, Kajang.
Tamat program.
KUMPULAN 2
8.00 am : Berkumpul di perkarangan SKDPP, Kajang.
Pendaftaran peserta oleh Guru Bertugas
8.30 am : Program dimulakan. Bertolak ke KLCC.
9.30 am : Mulakan program di Aquaria KL.
Peserta bergerak di dalam kumpulan masing-masing.
Program mengambil masa selama 2 jam
12.00 pm : Sajian Tengahari disediakan.
1.00 pm : Setelah peserta selesai makan tengahari, bertolak ke Petrosains KLCC
1.30 pm : Memulakan program di Petrosains KLCC selama 3 jam.
Peserta akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing.
4.30 pm : Berkumpul semula di perkarangan Petrosains KLCC.
6.00 am : Tiba di SKDPP, Kajang. Tamat program
Kekuatan : Program ini berjalan dengan lancar.
Kelemahan: 1. Bilangan murid yang menyertai lawatan terlalu ramai dan perlu dikecilkan jumlah.
2. Tempat untuk murid makan kurang sesuai.
Dilaporkan oleh:
Penyelaras Program Lawatan SKDPP 2022
GAMBAR- GAMBAR SEMASA LAWATAN
Murid menaiki bas
Murid berada di Aquaria KLCC
Berhenti solat di Masjid KLCC
Berhenti makan di Restoran Orkid
Murid berada di Petrosains