Monday, 7 September 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 7 SEPTEMBER 2015

Tarikh     : 7 September 2015
Masa      : 7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari        :  Isnin

GURU BERTUGAS

1.     Puan Norlizawati binti Mohd Razali       
2.      Puan Noor Hayati binti Miswan
3.     Puan Nur Izzati binti Muhammad Hairi                      
4.      Puan Noraida binti Abd Aziz

LAPORAN
 Perhimpunan Rasmi telah diacarakan oleh Puan Norlizawati binti Mohd Razali
 1. Bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Fahmi bin Saipo
 2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
     yang dipimpin oleh Puan Norwati
 3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan      Norlizawati
 4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim.
 5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Syajaratuddur binti Mahamod:
    5.1  Ucapan tahniah kepada murid yang hadir Kem Bestari Solat pada 4 September 
    2015.
    5.2  P&P berjalan lancar
    5.3  Teguran untuk murid supaya tidak menjadikan bilik guru sebagai laluan penghubung.
6. Ucapan dari pentadbir oleh Encik Sukimin bin Juki :
   6.1 Encik Sukimin mengingatkan bahawa hari ini 7 September adalah hari terakhir bagi
   murid tahun 6 sebelum menduduki peperiksaan UPSR pada 8,9,10 September 2015.
   6.2 Murid lain diingatkan tentang jadual kehadiran ke sekolah secara bergilir sempena  
   UPSR
   6.3 Perlu ada disiplin dalam diri setiap murid. Pastikan diri sendiri, kelas dan lain-lain
   bersih dan kemas sentiasa. Gurumembimbing murid agar membersihkan kelas sebelum
   berlangsung sesi P&P.
   6.4 Nasihat untuk calon UPSR, Tahun 6 2015 adalah perintis UPSR SEDERAP. Jadi
   buktikan kecemerlangan semua. Jika berjaya akan ada potensi untuk menyambung
   pelajaran ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh. Justeru tumpukan segala
   perhatian pada setiap apa yang guru ajarkan di kelas dan jawab soalan dengan baik.

 7.Setelah selesai ucapan Encik Sukimin, perhimpunan diteruskan dengan Majlis Restu Ilmu
   untuk calon UPSR iaitu ‘guru menghalalkan ilmu yang dicurahkan dan mendoakan
   kejayaan murid-murid’.
  7.1 Puan Rozayma mewakili semua guru menyampaikan ucapan luahan hati ikhlas dari
   guru dan harapan guru kepada murid-murid. Suasana sayu dan hiba dirasai ketika ini.
   Semoga ianya menjadi penguat semangat buat anak-anak calon UPSR.
  7.2 Semua calon UPSR bersalaman dengan para guru, mengucapkan kata maaf, terima        kasih dan memohon doa buat mereka.


 Bacaan doa diketuai oleh Fahmi bin Saipo

 Nyanyian lagu dipimpin oleh Puan Norwati binti Mohd Supian

 Bacaan ikrar oleh Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim

 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Syajaratuddur binti Mahamod

 Ucapan pentadbir oleh Encik Sukimin bin Juki

 Ucapan pengharapan Majlis Restu Ilmu  
 Calon UPSR SEDERAP khusyuk menghayati bait-bait ucapan guru

Suasana hiba dan pilu 

Sesi bersalaman, memohon maaf dan doa

 Sesi bersalaman, memohon maaf dan doa

Sesi bersalaman, memohon maaf dan doa

KAMI WARGA SEDERAP MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR DAN DIDOAKAN SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...




    



Sunday, 6 September 2015

PELAPORAN KOKURIKULUM

LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM KELAB DAN PERSATUAN
Tarikh                :               02 September 2015 (Rabu)
Masa                  :               02.30 petang – 03.30 petang
Perjumpaan       :               Kelab dan Persatuan (BIL 12 /2015)

Bil
Unit
Tempat
Aktiviti
Kehadiran
Guru
Murid
1
Persatuan Bahasa Melayu
Kelas 2A
1.    Pertandingan mencipta sajak kemerdekaan
6/6
35/35
2
Persatuan Bahasa Inggeris
Kelas 2B
1.    Tongue Twisters
2/5
25/26
3
Persatuan Agama Islam
 Surau
Mencari huruf jawi yang hilang
9/9
33/33
4
Persatuan Sains Matematik
Makmal
Teka siangkata          
5/6
28/29
5
Kelab SPBT
Bilik SPBT        
      Mengecap buku teks dan buku cetakan semula kegunaan 2016
2/3
23/24
6
Kelab Doktor Muda
Kawasan sekitar sekolah
Pemeriksaan dan pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes
                                   
6/6
17/17
7
Kelab Komputer
Bilik Komputer
      Melukis bendera Malaysia dengan menggunakan aplikasi paint
6/6
17/19
Jumlah Kehadiran
36
178/183
Peratus Kehadiran
97.26%

PELAPORAN.
Aktiviti Kokurikulum dapat dilaksanakan dengan baik. Ini merupakan minggu terakhir  aktiviti kokurikulum kelab dan Persatuan dilaksanakan. Pada minggu aktivti ini berjalan seperti biasa tetapi kehadiran murid bertambah kepada 97.26 % .


Penyelaras Kelab/Persatuan
Pn. Noraida binti Abd. Aziz









 LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM SUKAN DAN PERMAIANAN


Tarikh                :               02 Sept 2015 (Rabu)
Masa                  :               03.30 petang – 04.30 petang
Perjumpaan       :               Sukan dan Permainan (BIL 12 /2015)

Bil
Unit
Tempat
Aktiviti
Kehadiran
Guru
Murid
1
Bola Sepak
Padang
     1.    Teknik hantara bola dan       sasaran gol
5/5
33/34
2
Bola Baling
Gelanggang Bola Baling
     1.    Teknik membaling bola
     2.    Teknik melantun bola
     3.   latihan bola baling
10/10
28/28
3
Badminton
Dewan Terbuka         
     1.    Teknik mengembalikan          pukulan (servis)
5/6
64/66
4
Pingpong
Bilik Kokurikulum   
     1.    Latihan menimang bola
      2.    Perlawanan mini ping          pong
8/8
32/32
5
Bola Jaring
Gelanggang
     1.    Latihan balingan atas dan     lompatan
    
8/8
21/22
6
Sepak Takraw
Gelanggang  
     1.   Perlawanan Pusingan 
             Pertama
     
2/2
16/16
Jumlah Kehadiran
178/183
Peratus Kehadiran
97.26%

Aktiviti Kokurikulum dapat dilaksanakan dengan baik. Ini merupakan minggu terakhir aktiviti kokurikulum 1M1S dilaksanakan. Bagi pasukan bola sepak dan takraw latihan untuk pasukan khas telah mula dilaksanakan untuk persiapan Pertandingan KATMO yang dijangka pada bulan Oktober.

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama Sepak Takraw
1.    Sepak Berkumpulan- timang bola takraw

Kumpulan A lawan Kumpulan B
A-2       B- 0
Kumpulan C lawan Kumpulan D
C-0       D-2

Kedudukan mata
Kumpulan A – 3
Kumpulan B – 0
Kumpulan C – 0
Kumpulan D - 3



Penyelaras Permainan
Hazim bin Harun






Terima kasih kepada semua guru SEDERAP yang telah menjayakan kokurikulum 2015.
Terima kasih juga kepada murid-murid yang hadir ke aktiviti kokurikulum dan juga ibu bapa/ penjaga murid-murid.

Disediakan oleh
SALMAH ISMAIL
PK Kokurikulum                                                        

Thursday, 3 September 2015

LINUS 2.0, Saringan 2

Pelaksanaan Saringan 2 LINUS 2.0 bagi Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi bagi Murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, 2015.  Berikut ialah jadual pelaksanaan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.
Saringan Membaca / Lisan
1. Membaca (Literasi Bahasa Malaysia)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
1 September 2015
hingga
30 September 2015
2. Membaca (Literasi Bahasa Inggeris)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
3. Lisan (Numerasi)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3

Saringan Menulis
1. Menulis (Literasi Bahasa Malaysia)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
1 Oktober 2015
hingga
16 Oktober 2015
2. Menulis (Literasi Bahasa Inggeris)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
3. Menulis (Numerasi)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3

Setiap murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3) wajib menjalani saringan ini.  Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 untuk memastikan kehadiran anak/jagaan tuan/puan ke sekolah.

Program Di Ambang UPSR 2015

Program ini merupakan kesinambungan Kem Menggapai Bintang yang telah diadakan baru-baru ini bertujuan untuk menambahkan kesedaran murid-murid untuk menghadapi UPSR dan sebagai penilaian terhadap keberkesanan kem yang telah dijalankan sebelum ini.

Semua murid Tahun Enam, ibu bapa dan guru dijemput hadir untuk bersama-sama mengikuti program ini dan memberi semangat kepada murid-murid Tahun Enam untuk menghadapi UPSR dengan lebih yakin.

Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh              : 4 September 2015 (Jumaat)
Masa               : 8.30 pagi
Tempat            :Pusat Sumber SEDERAP
Penglibatan     : Semua murid Tahun 6, guru dan ibu bapa/penjaga murid Tahun 6