Saturday, 23 April 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN MINGGU KE-5 (18 - 22 APRIL 2022)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Berikut ialah senarai guru bertugas pada minggu ini :

1. FAZIRA BINTI ISMAIL (KETUA)

2. DAYANGKU NURHANIS BINTI AWANGKU ARNI

3. WAN MUHAMAD HAFIZ BIN WAN YASIN

4. NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD

5. ATIRAH BINTI MUSTAFA

6. POH EE CHIUN

7. SATRIANA BINTI HAPI

8. KAUSAR BINTI HAMDAN

9. NURUL RUHAMAAK BINTI AB RAHMAN

10. MUHAMAD ADIB NAJMI BIN ZAINUDDIN

11. WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI

12. MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA

13. NUR HANANI BINTI RAMLAN

14. SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN

15. NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN

16. NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI

Minggu ini merupakan minggu kelima persekolahan, dan mulai minggu ini, tiada lagi penggiliran bagi murid-murid tahun 3, 4 dan 5, di mana kehadiran murid adalah penuh mengikut bilangan murid di dalam kelas. Murid-murid hadir seperti biasa sebelum pukul 7.30 pagi. Keadaan trafik di hadapan pintu pagar sekolah sepanjang minggu ini adalah terkawal. Murid-murid dikehendaki mensanitasi tangan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah. Murid-murid dikumpulkan di dewan terbuka bersama guru bertugas sebelum diarahkan untuk bergerak ke kelas masing-masing. Pergerakan murid sewaktu penyuraian juga adalah terkawal. 

Terdapat sedikit perubahan untuk laluan waktu balik, di mana ada beberapa kawasan yang dikenalpasti tidak berapa selamat untuk dilalui kerana bahagian bumbung/atap genting sedang dibaik pulih. Murid-murid diingatkan supaya tidak bermain atau berada kawasan yang terdapat tali merah putih. Laluan balik murid ke pintu C dan D berhampiran kantin ditutup buat sementara waktu. Murid-murid yang balik melalui pintu C, mengikut laluan tepi parkir kereta guru manakala murid- murid yang balik melalui pintu D, mengikut laluan berhampiran bilik sukan dan kelas 3 Perahu Layar.

Terdapat beberapa aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu ini, antaranya ialah Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu 2.0 yang dijalankan pada hari Isnin (18 April 2022), Aktiviti Program Kesihatan Pergigian yang melibatkan murid-murid Tahun 1 (latihan memberus gigi) dan Kelab Doktor Muda yang dijalankan pada hari Rabu (20 April 2022) serta Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada hari Khamis (21 April 2022).



Penutupan Program Transisi Tahun Satu 2.0 



Taklimat tentang penjagaan gigi untuk Kelab Doktor Muda


 

Aktiviti latihan memberus gigi murid-murid Tahun 1



 


 


Program Jom Baca Bersama 10 Minit di kalangan warga SEDERAP








Monday, 18 April 2022

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (2022)

Program Transisi Tahun Satu 2022 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.  

Mulai Kalendar Akademik 2022/2023, PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama persekolahan.

Pelaksanaan PTTS 2.0 mengandungi dua (2) fasa iaitu:

Fasa 1: Fasa Penyesuaian dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan. Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal  dan rehat. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).

Fasa 2: Fasa Kesediaan dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid ( Lampiran A). Merancang pengajaran dan pembelajaran (Pdp) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid. Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0 Pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru. Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.

Bagi memastikan Program Transisi Tahun Satu 2021 dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan, pihak pentadbir perlu menjalankan pemantauan ke atas guru yang terlibat dalam program dari semasa dan semasa. Selain daripada itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga memainkan peranan yang penting untuk membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah. Lawatan kunjung bantu ke sekolah boleh dilaksanakan untuk memantau serta memberi bimbingan kepada guru dan pihak pentadbir. JPN, PPD dan sekolah juga boleh melaksanakan penilaian untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program tersebut. 


Program transisi dapat dilaksanakan dengan baik bermula pada 21 Mac hingga 15 April 2022 dengan bantuan dan kerjasama daripada semua ibu bapa dan guru tahun 1. Murid telah melaksanakan program transisi secara bersemuka dengan jayanya. Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program transisi dilaksanakan. Murid juga dipilih sebagai pemenang mengikut kategori sepanjang aktiviti dilaksanakan. 



GAMBAR AKTIVITI : Tekan link di bawah.

https://photos.app.goo.gl/6xBeGppfXbHY6MYTA



Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh Program Transisi Tahun Satu 2.0.




Majlis penutupan Program Transisi Tahun Satu 2.0