Friday, 28 February 2014

DEMONSTRASI KARATE-DO

Hari                 : Jumaat
Tarikh              : 28 Febuari 2014
Masa               :7.40 – 7.50 pagi
Tempat            : Dataran Perhimpunan SKDPP


Demonstrasi  Karate-Do oleh ahli Kelab Karate, Majlis Sukan Negara telah diadakan pada hari ini. Demonstrasi ini bertujuan untuk menarik minat murid terhadap ilmu seni mempertahankan diri seperti karate-do. Ilmu sebegini  bukan sahaja penting untuk melindungi diri sendiri sahaja, malahan boleh membantu mempertahankan keselamatan orang yang kita sayangi. Demonstrasi ini dipimpin oleh Jurulatih Thennaven.



 
Disediakan oleh:
Puan Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

Thursday, 27 February 2014

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG 2014

Pertandingan : Kejohanan Olahraga MSSD Sepang 2014
Tempat : Stadium Mini MPS, Bandar Baru Salak Tinggi
Tarikh : 25 - 28 Februari 2014
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang

Pada hari Selasa hingga Jumaat, Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah menghantar sebelas orang murid bagi mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Sepang bagi tahun 2014. Sebelas orang murid tersebut ialah :

                         NAMA                                                                          ACARA
1.   Muhammad Umar Hafiz Bin Mohd Nawi                                            100 meter    
2.   Aiman Amri Bin Jamil                                                                         200 meter
3.   Ahmad Hanif Bin Mohd Radzi                                                            Lompat Tinggi       
4.   Muhammad Za'im Haiqal                                                                    Lompat Jauh
5.   Muhammad Ikmal                                                                              80 meter Lari Berpagar
6.   Abdul Syamir Iqmal                                                                           Lontar Peluru
7.   Balqis Sofea Binti Mohd Asri                                                             100 meter, 200 meter
8.   Nur Farah Dania Binti Norfadzil                                                         80 meter Lari Berpagar
9.   Nurin Zarifah Binti Mohd Hafidz                                                        Lompat Jauh
10. Nur Qistina Maisarah Binti Zahira Effendy                                          Lontar Peluru
11. Nurezwanna Najwa Binti Anuar                                                         Lompat Tinggi

Keputusan
Acara Balapan (100 meter, 200 meter, 80 meter Lari Berpagar)

100 meter dan 200 meter atlit kita hanya lepas pada pusingan pertama sahaja.
80 meter lari berpagar lelaki juga hanya pada peringkat pusingan pertama. Bagi kategori perempuan, juga pada peringkat pusingan pertama tetapi pada larian tersebut atlit kita sudah mendahului larian tersebut. Tetapi pada pagar - pagar terakhir atlit kita telah terjatuh dan mengalami kecederaan. Tidak dapat meneruskan larian dan diberi rawatan oleh pihak pertahanan awam.

Acara Padang

Lompat tinggi - lelaki dan perempuan hanya di peringkat pusingan pertama
Lontar peluru - lelaki hanya di peringkat pusingan pertama
                     - perempuan no 9 terbaik daripada 20 atlit
Lompat jauh - lelaki hanya di peringkat pusingan pertama
                    - perempuan masuk ke final 8 terbaik daripada 36 atlit dan mendapat tempat keenam


Dengan penyertaan murid di dalam kejohanan ini diharap dapat memberi pengalaman kepada mereka kerana ramai di antara mereka tidak mendapat latihan yang secukupnya memandangkan kurang peralatan di sekolah dan kekangan masa. Walaubagaimanapun, pencapaian yang mereka perolehi ini agak memberangsangkan dan boleh lagi diketengahkan bakat - bakat mereka pada masa yang akan datang. Di harap sekolah kita akan mendapat kejayaan yang amat membanggakan pada tahun hadapan. In Shaa Allah. Amin...

Acara 100 meter perempuan Balqis Sofea sedang berlari di trek 

Acara lontar peluru perempuan Nur Qistina Maisarah 


Hari pertama kejohanan dari kiri Nur Qistina Maisarah, Balqis Sofea, Ustaz Zulhilmi (pengurus), Umar Hafiz dan Ahmad Syamir

Acara lompat jauh Ahmad Hanif

Acara 80 meter lari berpagar Nur Farah Dania bersiap sedia untuk berlari

Hari kedua kejohanan dari kiri Nur Farah Dania, Ahmad Hanif dan Muhammad Ikmal

Acara lompat tinggi Nur Ezwanna Najwa sedang meneruskan perjuangan

Acara 200 meter Aiman Amri sedang memecut 

Acara lompat jauh Nurin Zarifah yang memasuki peringkat akhir

Hari ketiga dari kiri Aiman Amri, Muhammad Za'im, Balqis Sofea, Nurin Zarifah dan Nur Ezwanna Najwa


PERLANCARAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA SK DESA PINGGIRAN PUTRA.

Tarikh                          : 27.2.2014
Masa                            :7.40 – 8.10 pagi
Tempat                        : Tapak Perhimpunan SKDPP

Program Susu Sekolah bagi tahun 2014 telah dilancarkan di Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra pada hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki. Program dimulai dengan ucapan aluan oleh guru besar. Isi kandungan ucapan beliau adalah seperti berikut:

1) Susu penting dalam pengambilan nutrisi seharian. Kaum wanita memerlukan lebih susu berbanding kaum lelaki kerana susu mengandungi banyak kalsium yang diperlukan sewaktu mengandung dan menyusukan anak. Sekurang-kurangnya susu perlu diminum sebanyak dua kali dalam seminggu.
    2) Program susu diwujudkan untuk melahirkan generasi yang lebih sihat pada masa hadapan serta melatih murid mengambil susu seawal usia tujuh tahun iaitu mula awal persekolahan.
   3) Pelajar diingatkan supaya membuang kotak susu yang telah diminum ke dalam tong sampah yang disediakan.



Program diteruskan dengan ucapan berkaitan objektif program serta garis tatacara minum susu sekolah oleh Puan Sha’azrina binti Mohd Imran selaku penyelaras Program Susu 1 Malaysia.  

PROGRAM SUSU SEKOLAH
Tujuan         : Mewujudkan generasi muda yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan.
Manfaat      :  1. Dapat mendidik murid untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.
                        2. Menanam kesedaran akan kepentingan pengambilan susu sebagai amalan harian.
                        3. Menjadikan murid lebih aktif dan sihat hasil pemakanan yang berkhasiat.
Pemberian susu yang dibenarkan :
1.      Susu diluluskan oleh KKM.
2.      Susu  yang tidak mengalami kerosakan fizikal.
3.      Susu yang tidak melebihi tarikh luput.

Panduan Ringkas :

LANGKAH 1 – LIHAT
-        Baca tarikh luput pada label kotak susu.
-        Jangan minum jika kotak susu kemek, gelembung dan bocor atau luput.
      
      LANGKAH 2 – HIDU
-       Jangan minum jika terdapat bau tidak enak masam atau busuk.

      LANGKAH 3 – RASA SEDIKIT
-       Jangan minum jika terdapat rasa seperti masam atau basi.

Tanda-tanda keracunan  :
1.      Sakit perut memulas
2.      Cirit birit
3.      Muntah
4.      Pening/loya

Program diakhiri dengan demontrasi minum susu oleh Puan Sha’azrina bersama murid dengan kerjasama guru-guru SK Desa Pinggiran Putra.

Disediakan oleh,
Puan Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan.






Tuesday, 25 February 2014

PENCARIAN BAKAT MURID PINTAR DAN BERBAKAT: SARINGAN PERTAMA UKM 1

Kepada semua murid SK Desa Pinggiran Putra dimaklumkan bahawa Pencarian Bakat Murid Pintar dan Berbakat Saringan Peringkat Pertama sedang dijalankan.

1. Ujian peringkat pertama bermula pada 1 Februari hingga 31 Mei 2014.

2. Semua murid berumur 8 - 15 tahun boleh mengakses secara talian di laman web 
     http://ukm1.permatapintar.edu.my

3. Pendaftaran permohonan.

    a. bagi murid baru masukkan mykad/mykid,maklumat murid sekolah dan 
        ibu/bapa/penjaga.
    b. bagi murid lama, kemaskini Mykad/Mykid, maklumat murid, sekolah dan      
        ibu/bapa/penjaga.

4. jangka masa ujian 1 jam 30 minit.

5. Ujian UKM 1 ini boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komunit 
    berinternet. 

6. Murid-murid yang terpilih sehingga saringa kedua akan berpeluang untuk menyertai,

      i. Program Perkhemahan Cuti Seklah (PPCS) PERMATApintar Negara UKM-John          
         Hopkin University.
         (bagi umur 15 tahun -15 tahun)
     ii. Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Islam Malaysia  ( bagi umur 8 tahun)
    iii. Program pendidikan PERMATApintar (PPPp) bagi umur 15 tahun.


Kepada semua murid rebutlah peluang ini dan hanya mengakses di talian yang dinyatakan di atas.



Monday, 24 February 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI (MINGGU KE SEMBILAN)


TARIKH          : 24 FEBRUARI 2014
HARI              : ISNIN
MASA             : 7.40-8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

1)    PUAN NORWATI BINTI MOHAMAD SUPIAN
2)    PUAN NURHAFIZA BINTI MOHAMAD RAMDZAN
3)    PUAN NURUL HIDAYAH BINTI WAHID
4)    PUAN NOR SABARIAH BINTI AWANG NGAH

KEHADIRAN GURU:  21/23 ORANG

GURU TIDAK HADIR DENGAN MAAF:

1) ENCIK SUKIMIN BIN JUKI (Guru Besar)           - Menghadiri Mesyuarat
2) PUAN ZARUL HUDA BINTI HAJI KAMARUDIN   - Cuti Tanpa Rekod.

Laporan: 

1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
2. Bacaan doa oleh adik Mohd Syamir
3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalanraya yang dipimpin oleh Puan Norwati.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah,.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustazah Noor Hayati binti Miswan  
                      i.        Pengurusan Disiplin
-     Terdapat lagi segelintir pelajar yang meninggalkan sisa-sisa makanan di atas meja selepas waktu rehat walaupun perkara ini sudah kerap kali ditegur oleh guru.
-     Pelajar diingatkan supaya meletakkan cawan dan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan.
                     ii.        Keselamatan sewaktu berbasikal
-     Pastikan basikal yang dinaiki cukup ciri keselamatan seperti brek basikal boleh berfungsi dengan baik.
-      Basikal hendaklah bersesuaian dengan fizikal pelajar (mengikut saiz pelajar).
                    iii.        Keseragaman sewaktu menjawab ucapan salam.
-      Perlu menjawab salam secara pantas dan seragam.               
6. Ucapan guru bertugas minggu ini.
    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas
    ii) Tema: Menjaga Keselamatan Diri
-       Menjaga perilaku untuk mengelakkan kemalangan pada diri sendiri mahupun orang lain.
-       Jangan mengikut atau mengambil sesuatu yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali.
7. Ucapan Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, En Rosdin bin Ibrahim.
    i ) Pastikan pelajar memasang niat yang baik iaitu pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu yang berguna                 sebelum ke sekolah supaya pelajar gembira ke sekolah serta segala urusan dipermudahkan.
    ii) Amat penting mematuhi undang-undang/peraturan sekolah supaya tiada masalah timbul serta P&P boleh         berjalan tanpa sebarang masalah.
   iii) Sewaktu musim panas ini pelajar dinasihatkan supaya minum lebih banyak air untuk mengelakkan                   dehidrasi dan memastikan badan sentiasa sihat.

Disediakan oleh,
Pn Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan



Barisan guru bertugas Minggu ke-9 bersama pentadbir



Ucapan guru bertugas, Pn Norwati.



Ucapan oleh GPK Hal Ehwal Murid, En Rosdin bin Ibrahim




Barisan murid-murid SK Desa Pingiran Putra


Thursday, 20 February 2014

KEJOHANAN PING PONG RENDAH MSSD SEPANG 2014


Pertandingan : Kejohanan Ping Pong Rendah MSSD Sepang 2014
Tempat : SMK Putra Perdana, Puchong
Tarikh : 17 dan 18 Februari 2014
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang

Pada hari Isnin dan Selasa yang lepas, Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah menghantar empat orang pemain bagi mewakili sekolah dalam Kejohanan Ping Pong Rendah MSSD Sepang bagi tahun 2014. empat orang murid tersebut ialah :

1. Amirul Aiman Bin Ridzuan                                     5 UKM
2. Muhammad Syahmie Wafiq Bin Naszeri                5 UPM
3. Mohammad Al Bokhari Bin Mohamed                  4 Marikh
4. Muhammad Ruzain Iman Bin Rizalman                  4 Marikh

Empat orang pemain ini bermain untuk kategori berpasukan lelaki, perseorangan terbuka, perseorangan bukan kaum cina, bergu terbuka dan bergu bukan kaum cina. Berikut adalah keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut : 

1. Berpasukan Lelaki
    
    SK Desa Pinggiran Putra   1 - 3  SK Taman Seroja
   
    Amirul Aiman                         kalah 
    Mohammad Al Bokhari          kalah
    Muhammad Syahmie Wafiq    menang
    Mohammad Al Bokhari          kalah

2. Perseorangan terbuka

    Amirul Aiman - mendapat bye di pusingan pertama
                              kalah di pusingan kedua dengan pemain dari SKTPP2     7-11, 4-11

   M. Al Bokhari - mendapat bye di pusingan pertama
                              menang di pusingan kedua dengan pemain SJKC Chio Chiao    11-3, 11-4
                              kalah di suku akhir dengan pemain dari SKBBST             11-1, 8-11, 4-11

3. Perseorangan Bukan Kaum Cina

    M. Al Bokhari - mendapat bye di pusingan pertama
                               kalah di pusingan kedua dengan pemain SKTS    11-7, 8-11, 11-13

   Amirul Aiman - kalah di pusingan pertama dengan pemain SKDP    7-11, 9-11

4. Bergu Terbuka

   Syahmie / Ruzain  -  kalah di pusingan pertama dengan pasangan dari SKKW    3-11, 5-11

   Amirul / Bukhori   -  menang di pusingan pertama dengan pasangan dari SJKC Chio Chiao   11-4, 11-3
                                  menang di pusingan kedua dengan pasangan dari SKTPP    9-11, 11-4, 12-10
                                  kalah di suku akhir dengan pasangan dari SK Dengkil        6-11, 7-11

5. Bergu Bukan Kaum Cina

    Syahmie / Ruzain  -  kalah di pusingan pertama dengan pasangan dari SKBBST    3-11, 4-11
 
    Amirul / Bukhori - mendapat bye di pusingan pertama
                                   kalah di pusingan kedua dengan pemain SKTPP2    3-11, 4-11


Inilah pertandingan yang kedua Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra menyertai dalam peringkat daerah setelah penyertaan yang pertama dalam merentas desa. Walaupun pemain - pemain dari SK Desa Pinggiran Putra ini baru pertama kali menyertai kejohanan ini tetapi mereka menunjukkan semangat dan potensi yang amat baik ketika berlawan. Rata - rata pesaing mereka terdiri daripada murid dari darjah 5 dan 6. Ini menunjukkan mereka juga mampu memberi saingan yang sengit kepada pesaing - pesaing mereka. Di harap kesemua empat pemain ini beroleh kejayaan yang lebih besar pada tahun yang akan datang. In Shaa Allah....


Para pemain ping pong SK Desa Pinggiran Putra

Perlawanan berpasukan

Perlawanan Perseorangan

Perlawanan bergu pertama

Perlawanan bergu kedua

Perlawanan bergu di pusingan kedua

Perlawanan bergu di suku akhir


Tahniah kepada semua pemain. Kita cuba lagi pada tahun hadapan.

TAKLIMAT PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI DAN PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT MURID

TARIKH    :   18.02.2014
HARI         :    SELASA
MASA       :   2.30 PETANG
TEMPAT   :   BILIK MESYUARAT UTAMA
PEMBENTANG :  Ust. Zulhilmi b Nawawi   -  Sistem Maklumat Murid
                              Pn. nurhafiza binti Mohamad Ramdzan - Pengurusan Aset/Inventori

Satu taklimat aset/inventori dan Sistem Maklumat Murid (SMM) telah diadakan oleh pihak sekolah seperti butiran yang dinayatakan di atas. Taklimat ini turut dihadiri oleh En. Sukimin bin Juki Guru Besar SKDPP , Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara memasukkan maklumat murid kedalam sistem. Selain ini diterangkan juga tentang maklumat ralat yang perlu diperbetukan. Taklimat Pengurusan /Inventori pula mengagih-agihkan tugasan kepada semua guru untuk melebalkan setiap peralatan, perabut dan peralatan yang dianggarkan lebih dari 3000 items.

Taklimat tamat jam 4.45 petang.




Wednesday, 19 February 2014

No. Siri Inventori Meja dan Kerusi




Taklimat 18.2.14 (Selasa)
Kehadiran: 22/24

Tidak hadir bersebab:

  1. Rozayma
  2. Maz Azlee


Taklimat PK HEM (En. Rosdin Ibrahim)
Murid ponteng

  1. Amaran 1: 3 hari berturut-turut tidak hadir, keluarkan surat amaran
  2. Amaran 2: Masih tidak hadir 7 hari lepas amaran pertama
  3. Amaran 3 (Terakhir): 7 hari selepas amaran kedua
  4. buang sekolah selepas 14 hari amaran terakhir


Sekolah diminta menubuhkan Kelab Pencegah Jenayah dan Doktor Muda. Kedua-duanya di bawah Persatuan dan Kelab (Kokurikulum)

PS1M

  1. kutip borang yang
  2. Semua murd layak sekolah kita layak terima (kerana sekolah dalam kategori luar bandar).  Namun kecualikan murid yang ibu/bapa/penjaganya tidak benarkan.
  3. Bekalan susu untuk daerah Sepang telah dihantar.  Sekolah kita tercicir kerana ia baru dibuka dan tiada dalam senarai bekalan pada data akhir tahun lepas.
  4. Pohon berurusan dengan pegawai di PPD untuk mendapatkan penghnataran bekalan
  5. Demo cara minum susu akan dilakukan oleh murid terpilih

Keselamatan

  1. lorong laluan ibubapa - elakkan dari mereka masuk ke kelas
  2. wujudkan bilik khas utk mereka berjumpa
  3. keceriaan sekolah - utk elak wabak denggi, dicadang gotong-royong perdana










Tuesday, 18 February 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE LAPAN
TARIKH        : 17 FEBRUARI 2014

HARI              : ISNIN

MASA            : 7.40 PG-8.10PG

GURU BERTUGAS:             1) PN NOOR ASIAH

                                              2) PN. NOOR HAYATI

                                              3) PN. WAN SALAWATI

                                              4) EN MAZ AZLEE

KEHADIRAN GURU:  24 / 24 ORANG

Laporan

1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor

2. Bacaan doa oleh adik Mohd Izz Danial.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Noor Asiah

4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah Abdul Syamir Iqmal.

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Ifahayati

    i) Kebersihan - tandas tersumbat disebabkan sampah dibuang ke dalam mangkuk tandas. Elakkan perkara ini berulang lagi.
   ii) Keselamatan - basikal yang di letakkan di sekolah hendaklah di susun menghadap sekolah.
                                - jangan diasah pensel di kedua - dua belah hujung. Ini boleh mengakibatkan kecederaan.
   iv) Kekemasan - hendaklah memastikan baju yang dipakai tidak dikeluarkan semasa waktu persekolahan.

6. Ucapan guru bertugas minggu ini Puan Noor Asiah.

    Tema: Menghormati Guru

     Perumpamaan seperti teko dengan cawan. Apabila hendak menuang air ke cawan kedudukan teko lebih tinggi daripada cawan. Ini seperti guru dan murid di mana kedudukan guru amatlah tinggi apabila mencurahkan ilmu kepada murid. Seharusnya murid perlu menghormati guru.

7. Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2014 oleh guru Media Pn Suhaizan. Ikrar pengawas pusat sumber sekolah diketuai oleh adik Haziq Hazimi.

8. Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
    Pemakaian pakaian Unit Uniform hendaklah dipakai pada setiap hari Isnin minggu ketiga untuk setiap guru. Manakala pada setiap hari Rabu juga pakaian unit uniform harus dipakai. Murid digalakkan juga memakai pakaian uniform pada setiap hari Rabu.

9. Ucapan Guru besar.

 i) Kebersihan - Kebersihan kelas perlu dijaga. Jika hendak mengasah pensel hendaklah pastikan habuk pensel yang diasah masuk ke dalam bakul sampah
 Ini sama seperti kita hendak membuang air besar. Pastikan najis yang kita buang itu masuk ke dalam lubang.

ii) Keselamatan - Murid yang hadir ke sekolah dengan menaiki basikal haruslah mementingkan keselamatan di jalan raya. Seperti menunggang di sebelah kanan jalan dan tidak ke kiri dan kekanan. Jika ada pemandu yang memandu kereta ketika itu ia akan memberi laluan kepada penunggang basikal ini atas sikap tanggungjawab pemandu itu sendiri.

10. Waktu persekolahan:

Tahap 1   Isnin – Khamis  : 7.30 – 1.00 ptg

              Jumaat : 7.30 – 12.00

Tahap 2   Isnin – Khamis : 7.30 – 1.30

               Jumaat : 7.30 – 12.00




Bacaan ikrar diketuai oleh adik Haziq Hazimi

Pengawas pusat sumber bergambar bersama guru besar dan guru - guru penolong kanan dan guru media.


Disediakan oleh
En Maz Azlee Bin Azahari