Tuesday, 18 February 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE LAPAN
TARIKH        : 17 FEBRUARI 2014

HARI              : ISNIN

MASA            : 7.40 PG-8.10PG

GURU BERTUGAS:             1) PN NOOR ASIAH

                                              2) PN. NOOR HAYATI

                                              3) PN. WAN SALAWATI

                                              4) EN MAZ AZLEE

KEHADIRAN GURU:  24 / 24 ORANG

Laporan

1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor

2. Bacaan doa oleh adik Mohd Izz Danial.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Noor Asiah

4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah Abdul Syamir Iqmal.

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Ifahayati

    i) Kebersihan - tandas tersumbat disebabkan sampah dibuang ke dalam mangkuk tandas. Elakkan perkara ini berulang lagi.
   ii) Keselamatan - basikal yang di letakkan di sekolah hendaklah di susun menghadap sekolah.
                                - jangan diasah pensel di kedua - dua belah hujung. Ini boleh mengakibatkan kecederaan.
   iv) Kekemasan - hendaklah memastikan baju yang dipakai tidak dikeluarkan semasa waktu persekolahan.

6. Ucapan guru bertugas minggu ini Puan Noor Asiah.

    Tema: Menghormati Guru

     Perumpamaan seperti teko dengan cawan. Apabila hendak menuang air ke cawan kedudukan teko lebih tinggi daripada cawan. Ini seperti guru dan murid di mana kedudukan guru amatlah tinggi apabila mencurahkan ilmu kepada murid. Seharusnya murid perlu menghormati guru.

7. Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2014 oleh guru Media Pn Suhaizan. Ikrar pengawas pusat sumber sekolah diketuai oleh adik Haziq Hazimi.

8. Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
    Pemakaian pakaian Unit Uniform hendaklah dipakai pada setiap hari Isnin minggu ketiga untuk setiap guru. Manakala pada setiap hari Rabu juga pakaian unit uniform harus dipakai. Murid digalakkan juga memakai pakaian uniform pada setiap hari Rabu.

9. Ucapan Guru besar.

 i) Kebersihan - Kebersihan kelas perlu dijaga. Jika hendak mengasah pensel hendaklah pastikan habuk pensel yang diasah masuk ke dalam bakul sampah
 Ini sama seperti kita hendak membuang air besar. Pastikan najis yang kita buang itu masuk ke dalam lubang.

ii) Keselamatan - Murid yang hadir ke sekolah dengan menaiki basikal haruslah mementingkan keselamatan di jalan raya. Seperti menunggang di sebelah kanan jalan dan tidak ke kiri dan kekanan. Jika ada pemandu yang memandu kereta ketika itu ia akan memberi laluan kepada penunggang basikal ini atas sikap tanggungjawab pemandu itu sendiri.

10. Waktu persekolahan:

Tahap 1   Isnin – Khamis  : 7.30 – 1.00 ptg

              Jumaat : 7.30 – 12.00

Tahap 2   Isnin – Khamis : 7.30 – 1.30

               Jumaat : 7.30 – 12.00




Bacaan ikrar diketuai oleh adik Haziq Hazimi

Pengawas pusat sumber bergambar bersama guru besar dan guru - guru penolong kanan dan guru media.


Disediakan oleh
En Maz Azlee Bin Azahari

No comments:

Post a Comment