LAPORAN PERHIMPUNAN
RASMI MINGGUAN MINGGU KE 11
TARIKH: 11 MAC
2014
HARI: ISNIN
GURU BERTUGAS: 1) EN. ZAKARIA B. SHA`ARI
2)
PN. ANIS FARHAH BT. MD ISA
3)
EN. ZULHILMI B. NAWAWI
4)
PN. ZAHRUL HUDA BT. HJ. KAMARUDIN
KEHADIRAN
GURU: 24/24 ORANG
Laporan
1. Nyanyian 2 buah lagu -
lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
2. Bacaan doa oleh Pengawas
bertugas3. Bacaan ikrar Rukun Negara
4. Bacaan ikrar Jalanraya
5. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah,.
6. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Sha`azrina
i) Kebersihan
- teguran kepada murid-murid supaya jangan membuang sampah ke dalam sinki. Buang ke dalam tong sampah yang disediakan. Bersama menjaga kebersihan sekolah.
ii) Disiplin
- Beratur jika keluar dari kelas ketika bergerak ke kelas yang lain.
Berjalan dalam barisan dengan senyap.- Jangan bising jika guru tiada dalam kelas.
7. Ucapan guru bertugas
minggu ini oleh En. Zakaria.
i)
memperkenalkan guru-guru bertugasii) jika murid mengalami masalah, sila berhubung dengan guru- guru tersebut.
iii) jika rasa kurang sihat, tidak perlu hadir ke sekolah. Jaga kesihatan diri terutama di dalam keadaan cuaca yang tidak berapa baik seperti sekarang.
8.
Ucapan Guru Disiplin oleh Pn. Zahrulhuda.
i) Tema
pada minggu ini: Amanah.
Amanah
adalah sifat yang baik, jujur. Cara untuk mengamalkan sifat amanah dalam diri
adalah seperti membawa buku yang telah diamanahkan oleh guru. Kembalikan atau
serahkan kepada guru jika ada terjumpa wang atau barang- barang yang berharga.
9.
Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat sekolah SKDPP oleh Pn.
Jawahir.
i) Tujuan
Pelaksanaan
Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah seperti mengambil berat, prihatin dan sabar. Murid adalah
aset penting yang perlu dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan
amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan
murid, ibu bapa komuniti dan masyarakat.
ii) Aktiviti-
aktiviti.
Dalam
fasa pertama, aktiviti yang akan dijalankan ialah:i) Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Guru akan menyambut murid di pintu pagar dan mengucapkan selamat datang. Begitu juga semasa pulang dari sekolah.
ii) Program Mentor-mentee. Guru membantu murid yang bermasalah, membuat lawatan atau ziarah ke rumah murid yang bermasalah.
Contoh: Lawatan ke hospital oleh Cikgu Maz Azlee dan Ustaz Zulhilmi bagi melawat pelajar tahun 3 Alza yang menerima rawatan di wad HKL.
iii)
Memberi penghargaan kepada murid seperti menyambut hari lahir murid di sekolah.
Ucapan
Perasmian Program oleh Guru besar, En. Sukimin b. Juki.
Program ini bertujuan untuk menyerlahkan sikap sayang guru
terhadap murid. Sayang bermaksud kita memberikan yang terbaik dan betul kepada
orang yang kita sayang. Teguran, kawalan dan larangan dari guru adalah bentuk
kasih sayang yang ditunjukkan walaupun murid kurang selesa. Murid mesti faham
tujuan guru berbuat demikian adalah kerana guru sayang kepadanya.
Pelajar berkumpul
Penerangan Objektif Program Guru Penyayang oleh Pn. Jawahir
Ucapan Perasmian
Perasmian Program oleh Guru besar SKDPP En. Sukimin b. Juki
10) Hal – hal lain.
Sekolah akan
melancarkan tabung untuk kutipan derma bagi meringankan beban adik Mohd. Amer
Irfan yang kini sedang menerima rawatan di HKL.
Disediakan oleh,
Pn. Anis Farhah bt. Md Isa
1 comment:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan warga SK Desa Pinggiran Putra,
2. Untuk makluman tuan/puan, berdasarkan kepada proses permohonan penempatan murid tahun 1 menggunakan sistem eSPPSEL seperti di http://apps.moe.gov.my/esppsel/, didapati bahawa SK Desa Pinggiran Putra adalah tidak tersenarai di dalam senarai sekolah yang boleh dipohon.
3. Oleh yang demikian, sukacita kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat memberikan panduan/kaedah permohonan alternatif bagi membolehkan para ibu bapa membuat permohonan penempatan murid di SK Desa Pinggiran Putra dengan lancar.
Sekian, kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Post a Comment