PENASIHAT :
En. Sukimin bin Juki
PENGERUSI :
Pn. Maznah Mohd Nor
NAIB PENGERUSI :
En. Rosdin bin Ibrahim
Pn. Salmah binti Ismail
SETIAUSAHA :
Pn. Iqbal Hana’ binti Mohamed Rusdi
BENDAHARI :
Pn. Suhaizan binti Che Osman
Pada 22 April 2014 yang lalu satu program ilmiah iaitu “ Jom Membaca Bersama untuk Sepuluh Minit telah dilancarkan di dewan terbuka SK Desa Pinggiran dimana seluruh warga sekolah SK Desa Pinggiran Putra terlibat sepanjang pelancaran program tersebut. Program yang berlangsung selama 10 minit tersebut diadakan pada jam 9.50 pagi hingga 10.15 pagi.
Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk:
1) Membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.
2) Meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat.
3) Melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
Murid- murid berkumpul di dewan terbuka sebelum program berlangsung. Beberapa orang guru telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan pergerakkan murid bagi menjamin kelancaran program.
Pn. Iqbal Hana’ menyampaikan taklimat ringkas berkaitan dengan program yang akan berlangsung. Beberapa kelengkapan dan kemudahan teknologi seperti skrin projektor dan komputer riba turut digunakan bagi memastikan kelancaran program dan menjadikan program lebih interaktif.
Guru mengedarkan bahan bacaan kepada murid-murid dan para guru untuk dibaca.
Guru-guru sedang membaca bahan bacaan yang dibekalkan oleh pihak sekolah dan terdapat juga guru yang membawa bahan bacaan kepunyaan sendiri sebagai tanda sokongan kepada pelancaran program ini.
Murid- murid sedang membaca bahan bacaan yang dibekalkan.
Program “Jom Membaca” telah selesai dijalankan. Murid-murid diminta beratur untuk pulang ke bilik darjah masing-masing bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penutup :
Amatlah diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan dapat diteruskan sebagai aktiviti sekolah secara berterusan sebagai sokongan kepada usaha membentuk tabiat membaca dalam kalangan setiap individu.