Saturday 19 April 2014

PELAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT DAERAH SEPANG 2014

TARIKH : 17 APRIL 2014
HARI      : KHAMIS
MASA    : 08.30 AM : - 01.30 PM
TAJUK   : CERITA RAKYAT

Peserta
1. Aini Anisa binti Hashim - Bercerita Tahap Dua (Th. 5 UPM)
    Tajuk Cerita : Batu Belah Batu Bertangkup

2. Nur Bahiyah binti Hashim - Bercerita Tahap Satu (Th. 3 Alza)
    Tajuk Cerita : Si Tanggang

Aini Anisa dan Nur Bahiyah merupakan pasangan adik beradik. Mereka dipilih untuk menyertai pertandingan bercerita kerana kemampuan mereka berdua menyampaikan cerita dengan baik dan pernah menyertai pertandingan bercerita sebelum ini.
Mereka telah memberi persaingan yang baik di kalangan peserta yang lain. Kelemahan mereka adalah bercerita secara spontan berpandukan gambar yang ditunjukkan oleh juri selama 3 minit. Oleh itu latihan berterusan perlu diadakan untuk penyediaan pertandingan bercerita pada tahun yang akan datang. Walaupun mereka tidak meraih kemenangan dalam pertandingan ini, namun mereka telah dapat berkongsi ilmu dan idea yang berguna untuk diaplikasi untuk pertandingan bercerita. Terima kasih kepada guru-guru yang memberi sokongan moral kepada peserta adik beradik ini.

Nur Bahiyah sedang menunggu giliran untuk bercerita

Aksi Nur Bahiyah ketika sedang bercerita

Aini Anisa sedang menunggu giliran untuk bercerita






Aksi Aini Anisa ketika menyampaikan cerita Batu Belah Batu Bertangkup.





1 comment:

Post a Comment