Perhatian kepada semua murid tahun 4 dan 5 dan juga ibubapa di maklumkan pada hari Rabu bersamaan 1 Oktober 2014, aktiviti kokurikulum adalah DIBATALKAN. Diharap semua pihak dapat mengambil perhatian di atas makluman ini.
Terima kasih.
1 | Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati binti Mohammad Supian. |
2 | Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Mohd Nasif. |
3 | Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian. |
4 | Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Adil Aidan Rafif. |
5 | Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof adalah seperti yang berikut:- |
5.1 Ujian LINUS Bacaan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah dijalankan sebelum cuti sekolah baru-baru ini. Murid-murid akan menjalani Ujian LINUS Tulisan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik tidak lama lagi. | |
5.2 Dari segi penggunaan tandas, murid-murid dinasihatkan agar dapat menggunakan tandas dengan betul dan sebaik-baiknya. | |
6 | Ucapan Guru Bertugas |
6.1 Pn. Norwati mengumumkan nama-nama guru yang bertugas sepanjang minggu ini. | |
6.2 Tema pada minggu ini ialah tolong-menolong.Beliau menjelaskan tentang konsep tolong-menolong dalam beberapa keadaan seperti yang berikut:- | |
6.2.1 Murid-murid boleh menolong guru-guru yang membawa banyak barang. | |
6.2.2 Begitu juga semasa berada di dalam kelas, murid-murid dapat mengamalkan sikap tolong-menolong dengan melakukan aktiviti membersihkan kelas. | |
6.2.3 Murid-murid juga dapat menolong kawan-kawan yang tidak membawa wang atau kehilangan wang dengan meminjamkan wang kepada kawan-kawan yang berkenaan. | |
6.2.4 Murid-murid juga dapat memberi pertolongan kepada masyarakat di luar sana seperti menolong orang tua dan sebagainya. | |
6.2.5 Murid-murid dapat mempraktikkan amalan tolong-menolong ini di mana-mana sahaja. | |
7 | Taklimat Disiplin oleh Guru Disiplin, Pn. Zahrulhuda binti Kamarudin |
Pn. Zahrulhuda memberi taklimat tentang 4 perkara seperti yang berikut:- | |
7.1 Masalah sikap murid-murid yang suka mengejek sertabanyak melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Perkara kecil sering diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan pergaduhan dalam kalangan murid-murid. | |
7.2 Murid-murid hendakalah memakai uniform yang lengkap dengan lencana. Tujuannya adalah untuk memudahkan murid-murid yang berkenaan dikenali dan diberi pertolongan oleh orang lain di luar sana sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. | |
7.3 Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan di bilik-bilik khas dengan memasukkan sampah ke dalam beg plastik yang disediakan kerana tiada tong sampah yang disediakan di bilik-bilik tersebut. | |
7.4 Murid-murid hendaklah meletakkan beg-beg sekolah mereka di dalam kelas pada waktu pagi sebelum berbaris di tapak perhimpunan..Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berkumpul atau berkeliaran di tempat-tempat yang lain. | |
8 | Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Maznah binti Mohd Noor |
8.1 Pn. Maznah menasihati murid-murid agar bersyukur kerana dapat hadir ke sekolah pada hari ini melainkan murid-murid tidak sihat. | |
8.2 Sikap tolong-menolong perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. | |
8.3 Pada minggu ini iaitu pada Rabu, SK Desa Pinggiran Putra akan menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Kalam Jamae'i. Sebagai tuan rumah, murid-murid hendaklah memberi ucapan salam semasa menerima dan berjumpa tetamu serta menunjukkan arah tempat pertandingan yang betul iaitu di Pusat Sumber Sekolah. | |
8.4 Pada hari yang sama, sambutan Hari Susu Sedunia turut diadakan iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi. | |
8.5 Murid-murid diminta membuat persediaan dan mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang akan dijalankan pada bulan Oktober. |
Unit
|
Kehadiran Murid
|
Murid Tidak Hadir
|
Kehadiran Guru
|
Pandu Puteri Tunas
|
26/27
|
1
|
5
|
Pergerakan Puteri Islam
|
11/15
|
4
|
8
|
Tunas Kadet Remaja Sekolah
|
28/33
|
5
|
5
|
Pengakap
|
34/35
|
1
|
5
|
Jumlah Kehadiran
|
99 /110
|
11
|
23
|
Peratus Kehadiran
|
90 %
|
10%
|
Larian 100 m |
Guru Besar berbincang dengan Pengerusi Teknik ustaz Zulhilmi |
Ustaz Zulhilmi dan ustaz Shafie (praktikum IPG KPI) |
En. Sukimin telah memberi penerangan mengenai sukantara kepada murid-murid. Komitmen beliau diucapkan terima kasih. |
Bacaan doa oleh pengawas bertugas |
Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Asiah |
Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas |
Bacaan Ikrar Murid oleh murid-murid SEDERAP |
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Ifahayati |
Ucapan guru disiplin pada minggu ini oleh Pn. Rashidah |
Ucapan oleh Pn. Zahrulhuda utk Majlis Penganugerahan Lencana Kegemaran Pengakap Kanak-Kanak |
Penganugerahan Lencana Pengakap kepada ahli pengakap yang dipakaikan oleh Guru Besar |
Penganugerahan Lencana Pengakap kepada ahli pengakap yang dipakaikan oleh Guru Besar |
Ucapan oleh Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki |
Barisan guru yang sedang mendengar ucapan yang telah disampaikan oleh Guru Besar |
Gelagat murid SEDERAP yang senyum apabila disuruh oleh Guru Besar untuk senyum. |