Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1Malaysia Peringkat sekolah telah diadakan pada 24 September 2014 bertempat di Dewan Terbuka SEDERAP.Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar jam 10.30 pagi.
Tujuan majlis ini ialah untuk menyambut Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut serentak seluruh dunia pada 24 September pada setiap tahun. Pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama pembekal susu melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records sebagai acara minuman susu secara serentak yang akan melibatklan 1.2 juta murid sekolah.
Bagi peringkat Kebangsaan telah diadakan di SK Sg. Kapar Indah, Klang, Selangor. Ucapan perasmian akan dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia.
Dalam ucapan beliau, guru besar menggalakkan murid supaya minum susu setiap hari untuk mendapatkan kalsium supaya dapat menguatkan tulang dan menyihatkan tubuh badan. Di sekolah murid-murid dibekalkan 2 kali seminggu dengan sekotak susu untuk diminum.Taklimat ringkas tentang cara minum susu yang betul telah disampaikan oleh Puan Sha'azrina binti Mohd Imran selaku guru penyelaras Pogram Susu 1Malaysia sekolah.
Tepat jam 10.30 pagi, semua murid minum susu secara serentak.
Backdrop Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia.
Encik Sukimin Juki bersama dengan En.Rosdin Ibrahim, PK HEM
dan Puan Shaazrina penyelaras PS1M
Encik Sukimin membacakan pengistiharan rasmi
Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia (PS1M)
Murid-murid turut mempamerkan poster tentang kebaikan
minum susu pada majlis tersebut
Poster tentang kebaikan minum susu juga dipamerkan oleh murid ini.
Murid-murid sabar menunggu 'countdown' minum susu secara
serentak tepat jam 10.30 pagi
No comments:
Post a Comment