#Ini bukannya maklumat yang terkini. Namun sebahagian besarnya masih betul. Download di sini
MENGENAI PROGRAM j-QAF
- MODEL-MODEL j-QAF
- KHATAM AL-QURAN 6 BULAN
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Adakah 6 bulan dah
khatam al-Quran?
|
Tidak, maksud 6
bulan khatam al-Quran ialah program
khatam hanya berjalan dalam waktu P&P pada 6 bulan pertama (Jan-Jun) dari
Tahun 1 hingga Tahun 6.
|
2.
|
Bagaimanakah murid
yang masih berada dibuku Iqrak
1,2 dan 3 pada Tahun1, 6 bulan ke2 dan Tahun 2, 6 bulan pertama hingga Tahun 6,
Adakah perlu membaca surah mengikut sukatan Khatam al-Quran?
|
Murid mengikuti
pelajaran Iqrak secara khusus hanya pada 6 bulan pertama (Jan-Jun) Tahun 1
sahaja manakala 6 bulan ke 2 (Julai-Oktober) semua murid Tahun 1 hingga Tahun
6 mesti bertalaqqi ayat mengikut sukatan namun bagi murid yang positif, murid
membaca surah dengan mengikut bacaan guru secara total dan di samping itu
murid tersebut di berikan penekanan kaedah Iqrak.
|
3.
|
Apakah subjek
al-Quran pada 6 bulan pertama Tahun 2 dan 6 bulan ke2 Th 2 hingga Tahun 6?
|
Murid pada 6 bulan
pertama Th 1 diajar asas bacaan al-Quran (Buku Iqrak 1-6) sebanyak 4 waktu dengan
menggunakan kaedah Iqrak. Bagi murid-murid yang telah menguasai buku Iqrak
1-6 bolehlah meneruskan bacaan al-Quran Resm Uthmani. Pada 6 bulan kedua (Julai-Oktober)
murid mengikuti pelajaran asuhan tilawah al-Quran (buku teks KPM) sebanyak 3
waktu. Pada 6 bln pertama (Jan-Jun) Tahun 2 hingga Tahun 6, murid mengikuti sukatan al-Quran
program j-QAF sebanyak 4 waktu seminggu. Manakala 6 bulan ke 2 murid mengikut
kembali pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran (buku teks KPM) sebanyak 2 waktu
seminggu.
|
4.
|
Bagaimanakah dengan
ujian bulanan dan penggal Pendidikan Islam (al-Quran) pada 6 bulan pertama
thn 1 hingga thn 6 program j-QAF?
|
Ujian bulanan dan penggal al-Quran
pada 6 bulan pertama hanya dijalankan secara lisan sahaja. Ujian bertulis
al-Quran dijalankan pada 6 bulan ke 2 melalui subjek Asuhan Tilawah al-Quran.
|
5.
|
Bagaimanakah hendak melaksanakan P&P khatam al-Quran yang mempunyai 2
hingga 4 guru dalam satu kelas?
|
P&P khatam al-Quran dijalankan secara berkumpulan di mana murid
dibahagikan kepada jumlah guru ketika itu mengikut aras kebolehan murid.
Sebagai contoh, sekiranya bilangan guru ialah 3(j-QAF) + 1 GPI dan murid 40
orang, maka murid boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut aras kebolehan
murid. P&P dijalankan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah.
|
6.
|
Bagi kelas yang banyak bolehkah dijalankan hanya seorang GDL j-QAF dan
GPI dalam Satu kelas P&P?
|
Bagi sekolah yang
mempunyai bilangan kelas yang banyak, minima guru semasa P&P al-Quran ialah 1 (j-QAF) + 1
(GPI).
|
7.
|
Adakah GDL atau
guru PI j-QAF adalah guru pemulihan
al-Quran?
|
Tiada istilah Guru pemulihan
al-Quran dalam program j-QAF.
|
8.
|
Adakah GDLatau guru
PI j-QAF hanya mengambil kumpulan
murid yang positif semasa P&P?
|
Tidak semestinya.
Sebenarnya tugas mendidik muird positif dan cemerlang adalah menjadi
tanggungjawab semua guru.
|
9.
|
Adakah murid perlu mengambil wuduk setiap kali P&P Khatam al-Quran dan
tidakkah ianya mengambil masa yg panjang?
|
Ya, murid digalakkan berwuduk. Bagi menjimatkan masa, murid hendaklah
berwuduk pada anggota rukun sahaja.
|
10.
|
Bagaimana dengan murid yang tertinggal dari sukatan sebenar, adakah akan
mengikut sukatan tahun baru atau menyambung ayat yang terakhir dari
tahun yang lalu?
|
Murid mesti
menyambung bacaan yang sebelumnya seperti yang tercatat dalam Buku Rekod
Bacaan al-Quran.
|
11.
|
Bagaimana dengan
soalan ujian bulanan dan penggal (soalan yang disediakan oleh MGB)?
|
Murid program j-QAF
tidak perlu mengambil ujian penggal pertama untuk soalan Pendidikan Islam seperti
yang disediakan oleg MGB kerana sukatan untuk khatam al-Quran penggal pertama
adalah berbeza dengan sukatan al-Quran penggal pertama sekolah bukan program
j-QAF. Ujian yang sesuai untuk murid j-QAF pada penggal pertama adalah ujian
lisan.
|
- TASMIK KHATAM AL-QURAN
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Adakah semua murid
terlibat dalam kelas tasmik?
|
Ya, semua murid
terlibat dalam kelas tasmik.
|
2.
|
Adakah murid yang
telah mahir membaca al-Quran tidak perlu lagi menghadiri kelas tasmik?
|
Murid yang mahir mesti menghadiri kelas tasmik dan mereka boleh dijadikan
murid turus.
|
3.
|
Adakah murid perlu menghadiri kelas tasmik pada setiap hari?
|
Ya, secara asasnya setiap murid mesti menghadiri kelas tasmik pada setiap
hari namun bagi sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang banyak dan
bilangan murid yang terlalu ramai berbanding dengan tenaga pengajar yang
kurang, maka murid-murid boleh digilirkan mengikut kesesuaian sekolah.
|
4.
|
Bolehkah kelas Tasmik dijalankan dalam jadual rasmi sekolah?
|
Kelas Tasmik tidak boleh dilaksanakan
di dalam waktu persekolahan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
13/2004 bertarikh 30 Disember 2004.
|
5.
|
Bagaimanakah kelas tasmik akan dijalankan bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai kelas yang banyak? contoh: 10 kelas ke atas
|
Waktu kelas tasmik diperuntukan seperti biasa, namun dari sudut
pelaksanaan, kelas-kelas boleh digabung mengikut tenaga guru yang ada.
|
6.
|
Bolehkah tasmik dilakukan oleh guru pada waktu ganti (relief) atau waktu
lapang (rehat) di sekolah?
|
Tasmik secara individu boleh dilaksanakan pada bila-bila masa samada di
sekolah atau di luar sekolah oleh GPI j-QAF atau guru yang dilantik oleh
sekolah.
|
7.
|
Bolehkah murid ditasmik di luar waktu sekolah ?
|
Boleh hanya oleh guru yang terlibat dengan kelas tasmik sahaja.
|
8.
|
Bolehkah murid ditasmik oleh guru dan ibubapa di rumah?
|
Murid boleh membaca dengan ditasmik oleh ibubapa tetapi pengesahan ayat
yang telah dibaca hendaklah disahkan oleh GPI j-QAF atau GPI dan guru yang
dilantik oleh sekolah.
|
9.
|
Bolehkah kelas tasmik digabungkan disebabkan kekurangan tenaga pengajar?
|
Boleh.
|
10.
|
Adakah kelas Tasmik hanya dilaksanakan pada 6 bulan kedua sahaja pada
setiap tahun persekolahan?
|
Kelas tasmik dilaksanakan di sepanjang tahun persekolahan (Jan-Okt) mulai Tahun 1
hingga Tahun 6.
|
- PEMULIHAN JAWI
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Bolehkan murid pemulihan lebih dari 10 orang dalam satu P&P?
|
Tidak boleh, jumlah maksima 10 murid dalam satu P&P pemulihan jawi dengan
seorang guru pemulihan ditetapkan untuk memberi tumpuan yang lebih berkesan kepada
murid.
|
2.
|
Bolehkah menggunakan 2 GDL atau GPI j-QAF untuk mengajar pemulihan jawi
bagi satu kelas di mana murid yang perlu dipulihkan lebih dari 10 orang?
|
Tidak boleh, guru hendaklah membuat ujian pengesanan untuk memastikan
hanya murid yang benar-benar lemah sahaja dimasukkan dalam kelas pemulihan
jawi.
|
3.
|
Bagaimana kedudukan guru pemulihan jawi bagi kelas yang telah di asingkan
murid mengikut tahap kemahiran (KIA2M), ini bermakna murid positif
dikumpulkan dalam satu kelas?
|
Murid boleh dibahagikan kepada 2 atau 3 kumpulan dengan setiap kumpulan
tidak melebihi dari 10 murid dan diajar oleh seorang guru bagi setiap
kumpulan, dengan menggunakan modul pemulihan yang telah disediakan Buku
Panduan Modul Th 1,2 dan 3.
|
4.
|
Adakah jumlah murid pemulihan mesti antara 6-10 murid, bagaimana
sekiranya murid kurang dari 6 atau lebih 10 murid?
|
Jumlah murid disyaratkan 6-10 orang bagi setiap P&P. Kelas pemulihan
perlu dilaksanakan walaupun jumlah murid pemulihan tidak sampai 6 orang.
|
5.
|
Bagi kelas yang keseluruhan muridnya telah mencapai tahap cemelang dalam
ujian pencapaian jawi, adakah perlu diadakaj juga kelas pemulihan jawi. ?
|
Kelas pemulihan tidak perlu dijalankan kepada kelas yang keseluruhan
muridnya telah mencapai tahap cemerlang dalam ujian pencapaian jawi. Ujian
pencapaian ini hendaklah berdasarkan soalan yang disediakan dalam Buku
Panduan Ujian Pencapaian jawi KPM.
|
6.
|
Bagaimanah dengan
soalan ujian bulanan dan penggal murid pemulihan?
|
Bagi ujian bulanan,
soalan mesti dibina mengikut aras kemahiran murid pemulihan. Manakala soalan
bagi ujian penggal hendaklah menggunakan soalan yang telah diselaraskan.
|
7.
|
Adakah murid
pemulihan sesuai menggunakan buku latihan aktiviti Jawi yang disediakan oleh
KPM (SPBT)?
|
Murid pemulihan adalah digalakkan menggunakan buku latihan aktiviti jawi
terbitan Dewan Bahasa sebagai latihan tambahan kepada murid.
|
- BAHASA ARAB
KOMUNIKASI
BI
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Berapakah bilangan guru semasa P&P Bahasa Arab?
|
Seorang iaitu guru Q 03.
|
2.
|
Bolehkah GPI j-QAF Q52 mengajar BA?
|
Guru Q 52 hanya mengajar BA
apabila waktu yang diperuntukkan untuk guru Q 03 melebihi 24 waktu semasa
dalam latihan atau sekiranya berlaku
pertindihan waktu.
|
3.
|
Bagaimanakah
dengan ujian bulanan dan penggal BA?
|
Ujian BA bagi murid
program j-QAF menggunakan penilaian
BA adalah berasaskan PKSR seperti dalam buku Panduan Pelaksanaan Model-model Kurikulum
dan Kokurikulum Tahun 1,2 dan 3.
|
4.
|
Adakah
BA wajib diambil oleh semua murid yang tidak mengambil matapelajaran bahasa
tambahan lain termasuk murid non muslim?
|
Murid Islam wajib
mengambil BA sebagai mata pelajaran bahasa tambahan jika sekiranya mereka
tidak mengambil mata pelajaran bahasa yang lain seperti Bahasa Cina atau
Tamil. Manakala murid non muslim tidak dihalang untuk mengambil mata
pelajaran BA setelah mendapat keizinan secara bertulis daripada penjaga.
|
5.
|
Bolehkan
murid Islam mengambil mp bahasa tambahan yang lain?
|
Murid Islam
termasuk murid program j-QAF boleh memilih salah satu mata pelajaran bahasa
tambahan yang diperkenalkan disekolah. Namun pihak
sekolah berhak menasihati murid Islam untuk mengutamakan mata pelajaran
bahasa tambahan BA.
|
6.
|
Bolehkah
murid non muslim mengambil BA?
|
Boleh, dengan
keizinan secara bertulis daripada penjaga
|
7.
|
Adakah
waktu BA mengambil waktu GB?
|
Tidak, berdasarkan
|
8.
|
Ke manakah
murid yang tidak mengambil subjek BA semasa P&P dijalankan?
|
Pihak sekolah perlu
mengambil langkah seperti menempatkan murid tersebut di Pusat Sumber,
mengadakan aktiviti nilam atau sebagainya menurut budi bicara Guru Besar
(S.P.I Bil 8/2002)
|
9.
|
Bolehkah
BA dilaksanakan di luar jadual persekolahan bagi sekolah 2 sesi untuk
mengurangkan masalah murid yang tidak mengambil BA?
|
P&P BA wajib
dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan sebagaimana yang termaktub dalam
akta pendidikan dan
(rujuk
|
V. KEM
BESTARI SOLAT
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Berapa kali KBS dijalankan untuk setahun?
|
4 kali setahun
untuk setiap murid
|
2.
|
Bolehkah pelaksanaan kem bagi thn 1,2 dan 3 dijalankan serentak?
|
Boleh dijalankan serentak tetapi hendaklah menggunakan modul yang telah
ditetapkan untuk murid-murid tersebut.
|
3.
|
Bolehkah kem dijalankan pada waktu petang selepas tasmik?
|
Boleh dilaksanakan asalkan peruntukkan masa mengikut jumlah jam dan LDK
yang telah ditetapkan.
|
4.
|
Bolehkah kem dijalankan dalam waktu persekolahan pagi atau petang?
|
Tidak Boleh, kerana KBS adalah aktiviti Kokurikulum.
|
5.
|
Bolehkan satu-satu kem dijalankan kurang dari 10 jam?
|
Tidak boleh
|
6.
|
Adakah setiap kali kem mesti melaksanakan 6 LDK seperti dalam buku modul?
|
Ya
|
7.
|
Bolehkah melibatkan
orang luar sebagai fasilitator dalam LDK KBS?
|
Boleh dengan syarat
Fasi tersebut mempunyai kelayakan dan mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah.
|
8.
|
Bolehkan kewangan
KBS digunakan untuk membeli hadiah untuk fasilatator atau keperluan
lain?
|
Kewangan KBS adalah untuk kegunaan murid terutamanya kos makan minum dan
tidak boleh digunakan untuk membeli hadiah.
|
9.
|
Bolehkah wang lebihan peruntukan KBS digunakan untuk membeli keperluan
sekolah atau sebagainya untuk kepentingan murid?
|
Utamakan kegunaan untuk melaksanakan KBS tetapi jika mempunyai lebihan
boleh digunakan untuk membeli bahan-bahan khususnya untuk kegunaan murid
khususnya untuk pelaksanaan KBS.
Peggunaan wang KBS (OS 42) hendaklah mengikut pekeliling kewangan sedia
ada.
|
2.
KEDUDUKAN GDLj-QAF
i. SEMASA DALAM LATIHAN IAITU 18
BULAN
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Bolehkah waktu GDL j-QAF lebih dari 24 waktu termasuk tasmik
untuk seminggu?
|
Tidak boleh ini berrdasarkan dengan berdasarkan arahan BPG di dalam Buku
Panduan j-QAF.
|
2.
|
Bolehkah GDL j-QAF diberi releif?
|
Boleh asalkan tidak terlalu membebankan atau menganggu tugasan yang
diberikan oleh pihak maktab.
|
3.
|
Bolehkah GDL j-QAF diberi mengajar subjek lain?
|
Tidak boleh
|
4.
|
Bolehkah waktu GDL j-QAF
sewaktu praktikum lebih dari 12 waktu?
|
Boleh kerana GDL hanya akan diselia oleh pensyarah dalam 12 waktu seminggu. (Peg. Kurikulum di BPG)
|
5.
|
Bolehkan GDL j-Qaf diberi tanggungjawab sebagai guru kelas?
|
Tidak boleh
|
6.
|
Bolehkah GDL j-QAF diberi tugas sebagai Ketua Panitia PI?
|
Tidak Boleh
|
7.
|
Bolehkah GDL j-QAF mengambil alih tugas mengajar PI daripada GPI?
|
Tidak boleh kecuali dalam keadaan tertentu seperti GPI tidak hadir.
|
8.
|
Bolehkah GDL j-QAF diberi
kelas ganti tetap guru yang berkursus atau bercuti
|
Tidak digalakkan kerana boleh membebankan GDLuntuk menyiapkan tugasan
maktab.
|
9.
|
Bolehkah GDL j-QAF menyertai sebarang aktiviti di luar sekolah seperti
menjadi hakim MTQ, MKQ atau mewakili Maktab, Negeri dan Kebangsaan dalam
sukan atau sebagainya?
|
Tidak boleh
|
10.
|
Bolehkah GDL j-QAF
dihantar berkursus?
|
Tidak boleh
|
11.
|
Bolehkah GDL terlibat sebagai pembantu dalam aktiviti kokurikulum seperti
unit uniform, sukan dan sebagainya?
|
Boleh
|
12.
|
Bolehkah sekolah mengambil guru GSTT bagi menggantikan GDL yang hamil?
|
Tidak boleh
|
ii.
SELEPAS TAMAT LATIHAN 18 BULAN
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Bolehkah GPI j-QAF memegang jawatan penting di sekolah
|
Bergantung kepada pihak sekolah
|
2.
|
Bolehkah GPI j-QAF diberi mengajar subjek selain PI
|
Tidak, kerana
status GPI j-QAF adalah guru luar norma (over and above)
|
3.
|
Bolehkah jadual waktu GPI j-QAF lebih dari 24 waktu seminggu
|
Bergantung kepada pihak pengurusan sekolah
|
4.
|
Bolehkah GPI j-QAF diberi tugas sebagai guru kelas
|
Tidak digalakkan namun ianya bergantung kepada keperluan sekolah
|
5.
|
Bolehkah pertukaran GPI j-QAF sama
ada dalam daerah,antara negeri serta suka sama suka dibenarkan?
|
GPI j-QAF tidak boleh berpindah dari sekolah yang telah ditetapkan
mengikut perjanjian yang telah ditandatangani oleh GDL j-QAF dan GPI j-QAF
iaitu 18 bulan semasa latihan dan 3 tahun semasa perkhidmatan.
|
3. BAHAN-BAHAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF
i. NASKAH AL-QURAN RESM UTHMANI
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Adakah sekolah akan dibekalkan naskah al-Quran pada setiap tahun mengikut
bilangan murid yang baru mendaftar?
|
Ya, naskah al-Quran akan dihantar ke sekolah pada setiap tahun mengikut
jumlah murid Tahun 1 yang mendaftar.
|
2.
|
Adakah murid perlu menggantikan naskah al-Quran yang rosak atau hilang?
|
Ya, murid perlu menggantikannya dengan membeli naskah yang sama seperti
yang dibekalkan oleh KPM.
|
3.
|
Bolehkan al-Quran dibawa pulang oleh murid?
|
Tidak boleh. Ini untuk mengelakkan daripada ianya hilang, rosak dan
menjaga kesucian al-Quran.
|
ii.
BUKU IQRAK
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Adakah sekolah yang sama akan menerima buku Iqrak
setiap tahun?
|
Setiap sekolah hanya menerima sekali sahaja.
|
2.
|
Adakah murid perlu menggantikan buku Iqrak yang rosak
atau hilang?
|
Ya, murid perlu menggantikannya dengan membeli naskah yang sama seperti
yang dibekalkan oleh kementerian.
|
3.
|
Bolehkah buku Iqrak dibawa pulang oleh murid?
|
Tiada halangan, tetapi jika sekiranya rosak atau hilang, murid perlu
menggantikannya dengan membeli buku Iqrak yang sama seperti yang dibekalkan
oleh KPM.
|
iii. BUKU REKOD BACAAN AL-QURAN
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Adakah sekolah akan dibekalkan Buku Rekod Bacaan
al-Quran pada setiap tahun mengikut bilangan murid yang baru mendaftar?
|
Ya, Buku Rekod Bacaan akan dihantar ke sekolah pada setiap tahun mengikut
jumlah murid Tahun 1 yang mendaftar.
|
2.
|
Adakah murid perlu menggantikan Buku Rekod Bacaan
al-Quran yang rosak atau hilang?
|
Ya, murid perlu menggantikannya dengan membeli naskah yang sama seperti
yang dibekalkan oleh KPM.
|
3.
|
Bolehkan Buku Rekod Bacaan al-Quran dibawa pulang oleh
murid?
|
Tiada halangan, jika sekiranya
rosak atau hilang, murid perlu menggantikannya dengan membeli Buku Rekod
Bacaan al-Quran yang sama seperti yang dibekalkan oleh KPM.
|
iv. BAHAN-BAHAN
PERMAINAN PEMULIHAN JAWI
BIL
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1.
|
Adakah guru boleh menggunakan bahan pemulihan yang dibina sendiri?
|
Boleh
|
2.
|
Adakah KPM akan menambah atau Mengganti bagi bahan yang telah rosak?
|
Tidak ada, pihak sekolah hendaklah mengambil inisiatif untuk menangani
masalah tersebut.
|
Di sediakan oleh:
Unit j-QAF
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment