Tuesday, 10 March 2015

TARIKH       : 09 MAC 2015
HARI            : ISNIN
MASA          : 7.40 -8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

1)    En Hassan Helmi bin Yaacob
2)    Puan Norlizawati binti Mohd Ghazali
3)    Puan Umi Nazihah binti Che Ghani  
4)    Puan Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

KEHADIRAN GURU:  31/37 ORANG

GURU TIDAK HADIR:

En. Rosdin bin Ibrahim (Bengkel Pemantapan Pengurusan 3K)
Pn. Siti Norhazwani Binti Zainol (CRK)
Puan Noor Asiah Binti Mohd Yusof  (Bengkel Kelestarian Pedagogi Berkesan)
Puan Hannah Najihah Binti Razak (Bengkel Kelestarian Pedagogi Berkesan)
Puan Sabariah Binti Awang Ngah (Hakim Pertandingan Pantun)
Puan Iffahayati  Binti Ismail

Laporan
1. Nyanyian 2 buah lagu iaitu lagu `Negaraku' dan lagu `Negeri Selangor'.
2. Bacaan doa oleh Adik Fahmi bin Saipo.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin olehEn Hassan Helmi.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Murid, Adik 
Abdul Syamir bin Abdul Salim.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Fauzan Bin Muhammad

      i.        Terdapat segelintir murid yang hadir ke sekolah walaupun berada dalam keadaan yang tidak
tidak sihat.Murid-murid diminta berehat di rumah dan dapatkan rawatan di klinik bersama
penjaga.
    ii.        Murid-murid diminta menjaga disiplin dan tingkah laku sewaktu berada di dewan terbuka
selepas naik rehat dan ketika pertukaran waktu belajar.

   iii.        Murid-murid diminta mengamalkan budaya memberi salam kepada orang yang lebih tua terutamanya kepada guru di sekolah.  Apabila sampai di sekolah pada waktu pagi, muriddikehendaki bersalaman dan memberi salam dengan guru  yang bertugas di pintu pagar sekolah.
6. Slot Anti Dadah oleh Guru Kaunseling, Puan Norlizawati binti Mohd Ghazali.
i.  Mulai hari ini setiap pagi akan diadakan Slot Anti Dadah selama 5 minit sewaktu perhimpunan rasmi waktu pagi.
ii. Rokok mengandungi bahan yang dipanggil tembakau di dalamnya. Bahan ini sangat merbahaya kepada kesihatan badan. Nikotin di dalmnya menyumbang kepada ketagihan.
7.Perutusan daripada Menteri Kesihatan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia disampaikan oleh Adik Afrina Fatini binti Norizan selaku wakil dari Kelab Doktor Muda.
i.  Pada tarikh 9 – 15 Mac 2015, Malaysia akan menyambut Minggu Garam Sedunia dengan temanya “Makan di Luar, Kurang Masin, Pilihan Sihat”.
ii. Sempena sambutan ini Doktor Muda amat menggalakkan agar semua murid mengurangkan pengambilanmakanan  yang masin atau mempunyai kuantiti garam yang tinggi, mengelakkan pengambilan makanan segera, makan buah-buahan segar tanpa serbuk garam atau gula dan bersikap lebih berhati-hati sewaktu membeli makanan. Pilihlah makanan yang kurang kandungan garam.
8. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki.
i.  Semua murid terutamya murid Tahun 6 yang akan menduduki perperiksaan UPSR pada tahun ini perlu berkorban banyak perkara dalam usaha mencapai kejayaan. Contohnya korbankan masa terluang yang selalu digunakan untuk bermain game dan digantikan dengan mengulangkaji pelajaran.
ii. Usaha sangat penting dalam mencapai kejayaan. Doa seharian hanyalah sebagai pelengkap kepada usaha yang berterusan. Sebagai generasi terakhir yang menduduki perperiksaan UPSR, KBSR pada tahun ini amat diharapkan agar pelajar mengambil peluang belajar bersungguh-sungguh dan terlibat sepenuhnya dalam segala program yang dirancang oleh guru-guru untuk mereka seperti IdKat (Intervensi dalam Kelas Tambahan).


Bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh En Hassan Helmi bin Yaacob








Bacaan ikrar murid

Laporan guru bertugas minggu lepas Puan Fauzan binti Muhammad 

Membaca perutusan sempena Minggu Kesedaran Gram Sedunia

Ucapan Guru Besar, En Sukimin bin Juki


No comments:

Post a Comment