Tarikh : 05.05.2015 Hari Selasa
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Perhimpnan SEDERAP
Program ini adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang dimulakan oleh KPM pada tahun 1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar.Di bawah program ini murid-murid sekolah akan diberi susu LHT sepanjang perlaksanaan program yang bermula dari bulan Mei 2015 sehingga bulan Oktober 2015. Murid-murid akan mendapat 2 kotak susu berperisa coklat sebanyak 2 kali seminggu iaitu setiap hari Selasa dan hari Khamis mulai jam 11 pagi.
![]() |
Puan Shaazrina, guru penyelaras PP1M memberi taklimat tentang cara minum susu yang betul iaitu meminta murid melihat jika tarikh luput susu itu sudah tamat. |
![]() |
Guru-guru bekerjasama memastikan kotak susu yang sudah diminum dibuangkan dalam plastik atau bekas yang disediakan |
![]() |
Semua guru kelas membuat semakan nama murid yang bersetuju untuk minum susu dari borang pengesahan persetujuan ibubapa. |
![]() |
Bagi murid Tahun 1 ini merupakan pengalaman kali pertama mereka dapat minum susu. Puan Fauzan guru Tahun1 Jaguar mengedarkan susu kepada murid-murid. |
![]() |
Ustazah Noorhayati memantau untuk memastikan semua kotak susu yang telah diminum dimasukkan kedalam plastik yang disediakan. |
No comments:
Post a Comment