Iklan Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah SEDERAP sesi 2016 |
Borang permohonan boleh diambil di pejabat sekolah atau di bangunan prasekolah pada waktu dan hari bekerja atau boleh dimuat turun terus di Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Selangor (http://jpnselangor.moe.gov.my/)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2016
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2016
Syarat-syarat bagi kemasukan murid ke prasekolah sesi 2016 adalah seperti berikut;
1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka untuk murid-murid yang berumur 5 & 6 tahun.
(Keutamaan diberikan untuk murid yang berumur 6 tahun)
3. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.
4. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibu bapa/penjaga dari rendah ke tinggi.
5. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang. (Prasekolah SEDERAP mempunyai 2 buah kelas prasekolah)
6. Proses pemilihan murid prasekolah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah.
7. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti dibawah bersama-sama dengan borang pendaftaran;
-Salinan Sijil Kelahiran/Mykid/Sijil Anak Angkat
-Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
-Salinan Penyata Gaji Terkini Ibu Bapa/Penjaga
-Salinan Sijil Nikah/Kahwin Ibu Bapa
-Salinan bil elektrik/telefon/air
-Sampul surat beserta setem 80 sen
8. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar terus ke pejabat sekolah atau terus ke bangunan prasekolah pada hari bekerja.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 OGOS 2015