Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh,
Sempurna kehadiran bulan Ramadan almubarak tahun 1436
H bersamaan 18 Mei 2015M, blog SK Desa Pinggiran Putra ingin berkongsi sedikit
maklumat mengenai ibadat berpuasa dan kelebihan bulan Ramadhan.
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam
bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah
satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa
yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu
bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan
beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih
1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500
tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak
berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan
solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.
Pengertian puasa:-
Puasa secara bahasanya boleh
diertikan sebagai "menahan diri". Manakala dari segi istilah syarak
pula puasa bermaksud "menahan diri daripada perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam
matahari berserta niat".
Dalil syarak yang mewajibkan umat
islam berpuasa ialah:-
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن
قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣
Firman Allah S.W.T: “ Wahai
orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183).
Syarat wajib berpuasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (bukan dalam keadaan bermusafir)
6. Suci (suci dari haid dan nifas)
Syarat sah puasa:-
1.
Islam
2.
Berakal dan mumayyiz
3.
Suci (dari haid dan nifas)
4.
Yakin bahawa sudah tiba
bulan Ramadhan
Rukun-rukun puasa:-
1.
Orang yang berpuasa
2.
Niat
3.
Menahan diri daripada melakukan
perkara-perkaya yang membatalkan puasa bermulakerluar fajar shadiq sehingga
terbenam matahari.
Lafaz niat puasa:-
1.
Niat untuk sehari
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ
رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa esok hari
bagi menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah SWT
2.
Niat untuk sebulan
ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ
ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan
tahun ini kerana Allah SWT.
Waktu berniat puasa:-
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk
waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu
Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian
daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Perkara yang membatalkan puasa:-
1.
Memasukkan sesuatu dengan
sengaja ke dalam rongga yang terbuka (makan, minum dan sebagainya)
2.
Muntah dengan sengaja
3.
Bersetubuh (waktu siang
hari)
4.
Mengeluarkan air mani
dengan sengaja
6.
Hilang akal (Seperti gila dan mabuk)
7.
Murtad (Keluar dari islam)
Di
antara perkara-perkara yang disunatkan ketika berpuasa:-
1.
Makan Sahur (serta
melambatkannya)
2.
Menyegrakan berbuka,
disunatkan lagi berbuka dengan buah kurma dan makanan yang manis
3.
Solat terawih pada malam harinya
4.
Memperbanyakkan baca al-quran,
selawat dan sedekah
5.
Hindarkan diri dari
percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
Di
antara perkara makhruh ketika puasa:-
1.
Bersuntik
2.
Berbekam
3.
Berkumur-kumur
4.
Memasukkan air ke dalam
rongga hidung secara berlebihan
5.
Rasa makanan dihujung lidah
No comments:
Post a Comment