Pada 2 Februari 2016, hari Selasa yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 telah melaksanakan ceramah motivasi persediaan awal kepada semua murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR 2016. Antara aktiviti dan pengisian ceramah tersebut adalah:
- Murid dikehendaki membuat 6 petak. Setiap murid mesti menyenarai impian mereka ke dalam kotak yang dibuat. Contoh kotak pertama, target 5A, kotak kedua ingin mendapat A dalam matematik dan impian-impian yang lain memenuhi kotak tersebut. Murid hendaklah menampal kertas impian mereka supaya sentiasa dilihat oleh dirinya dan ahli rumah yang lain.
- Untuk menjadi orang yang cemerlang perlu amalkan 7S iaitu score, skill, strategy, spirit (big why/support), space, speed dan spiritual.
- Score:Perlu tentukan score atau target yang ingin dicapai. Misalnya Matematik A, Bahasa Malaysia A, Sains A dan berikan target untuk subjek yang lain. Beri tumpuan pada subjek yang lemah tetapi jangan abaikan pada subjek yang boleh buat.
- Skill:Perlu ada kemahiran untuk berjaya.Contoh belajar kemahiran menghafal formula Matematik, menghafal sifir dan sebagainya.
- Strategy:Perlu mengatur perancangan dan strategi untuk berjaya.Contoh membuat jadual belajar, belajar secara berkumpulan, sentiasa berjumpa dengan guru jika ada subjek yang tidak faham.
- Spirit (big why/support):Tidak boleh membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Kenali potensi diri. Perlu mendapat sokongan dari ibu bapa. Ibu bapa dilarang membanding-bandingkan anak.
- Space:Perlu bijak mengatur masa.Gunakan masa yang ada untuk mengejar impian dan matlamat.
- Speed:Tidak perlu menunggu orang lain memberi arahan untuk kita belajar. Murid perlu pantas untuk merancang strategi bagi mencapai impian.
- Spiritual:Perlu jaga hubungan dengan Allah dan perlu jaga hubungan dengan manusia supaya segala urusan kita dipermudahkan.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan:
 |
Ucapan aluan dari penyelaras program |
 |
Sesi ceramah motivasi bermula |
 |
Ceramah motivasi |
 |
Antara aktiviti yang dijalankan |
 |
Antara aktiviti yang dijalankan

Antara aktiviti yang dijalankan |
 |
Penyerahan buku motivasi kepada Guru Besar |
No comments:
Post a Comment