Tuesday 15 January 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 3


Tarikh   : 14 Januari 2019
Hari      : Isnin
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SEDERAP

Guru Bertugas :
1. Cik Salwa binti Mohd Hadi

2. En. Sashi Kumar a/l Varatharajoo

3. Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani

4. Pn. Siti Norhazwani binti Zainol

5. Pn. Nurul Huda binti Wan Abdullah
6. Pn. Nurulhanis binti Noh

Laporan Perhimpunan :

1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh adik Fakhira Najwa Binti Rosli
2. Bacaan Doa oleh adik Adam Qushairy Bin Afiszal
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh En. Sashi Kumar

4. Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Ajmal Amin bin Mohd Fajri

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian
5.1 Elakkan berlari semasa menuju atau berada di kantin, di dewan terbuka dan juga semasa hendak pulang dari sekolah.
5.2 Elakkan bergurau atau berlawak sesuatu yang tidak berfaedah yang boleh menimbulkan pergaduhan.
5.3 Murid mempraktikkan budaya Salam, Sapa dan Senyum. Harap budaya 3S ini dapat diteruskan dan dikekalkan.

6. Ucapan Guru Disiplin, Ustaz Azizun Sauri
6.1 Bermula pada minggu ini, 'Pas Keluar dan Masuk Bilik Darjah' akan mula diagihkan ke setiap kelas.
6.2 Setiap kelas akan memperoleh 3 pas tersebut (1 pas untuk murid lelaki dan 2 pas untuk murid perempuan).
6.3 Setiap murid perlu memakai pas apabila hendak keluar kelas dan terlebih dahulu perlu meminta izin pada guru kelas sebelum keluar.
6.4 Pastikan pas tersebut dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan dan setiap ahli kelas bertanggungjawab menjaga pas tersebut dengan baik.

7. Ucapan Pentadbir yang diwakili oleh PK, Pn. Maznah binti Mohd Noor
7.1 Murid perlu memasang niat yang baik sebelum ke sekolah. Setiap murid diminta mematuhi segala peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Sertai dan libatkan diri dengan setiap program sekolah yang dijalankan untuk menjadi insan yang berjaya di dalam semua bidang.
7.2 Murid perlu manfaatkan segala sumber yang ada di sekolah. Contohnya buku teks, kerusi dan meja. Pastikan segalanya dijaga dengan elok dan tidak dirosakkan.
7.3 Murid diingatkan supaya sentiasa menghayati nilai-nilai murni, yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.
7.4 Murid diingatkan supaya sentiasa berada di dalam kawasan sekolah terutamanya semasa waktu balik. Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali dan jangan mudah terpedaya dengan pujukan individu asing yang tidak dikenali. Pastikan murid betul-betul pasti dengan ibu bapa/ penjaga yang akan menjemput semasa pulang.

Gambar:
Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh adik Ajmal Amin bin Mohd Fajri

Murid membaca Ikrar

Laporan guru bertugas pada minggu yang lepas oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian

En. Sashi Kumar mengacarakan Perhimpunan Rasmi pada minggu ini


Ucapan daripada Guru Disiplin, Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
Ucapan daripada wakil pentadbir, Pn. Maznah binti Mohd Noor


1 comment:

Blogger said...

Did you realize there is a 12 word sentence you can say to your man... that will trigger intense emotions of love and impulsive appeal to you deep inside his chest?

Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, adore and protect you with his entire heart...

=====> 12 Words Who Fuel A Man's Desire Instinct

This impulse is so hardwired into a man's brain that it will make him work harder than before to to be the best lover he can be.

Matter of fact, triggering this all-powerful impulse is absolutely mandatory to getting the best possible relationship with your man that the second you send your man a "Secret Signal"...

...You'll instantly find him open his mind and heart for you in a way he never experienced before and he'll perceive you as the only woman in the universe who has ever truly interested him.

Post a Comment