Terdapat lebih daripada 40 jenis pokok tumbuhan di Eco Garden SEDERAP. Tumbuhan yang terdapat di Eco Garden SEDERAP terbahagi kepada pokok sayuran (berdaun dan berbuah), pokok buah-buahan dan pokok herba. Pengeluaran hasil daripada kebun kami amat menggalakkan memandangkan tanah di sini sangat subur. Hasil kebun segar yang diperoleh mendapat sambutan yang baik daripada para guru dan staf SK Desa Pinggiran Putra. Wang yang diperolehi daripada hasil kebun tersebut kami gunakan semula untuk penambahbaikkan kebun kami.
Saturday, 28 November 2020
Saturday, 21 November 2020
PENCEGAHAN HASIL TANAMAN DARIPADA SERANGAN HAIWAN & SERANGGA PEROSAK@ECO GARDEN SEDERAP
Saturday, 14 November 2020
PENGEZONAN KAWASAN TANAMAN@ECO GARDEN SEDERAP
Eco Garden SEDERAP mengaplikasikan teknik pengezonan kawasan di mana kami telah menetapkan dan mengasingkan kawasan bagi hasil semaian/ pencambahan benih, kawasan tanaman separa matang dan kawasan tumbuhan jangka panjang. Dengan melaksanakan teknik ini, kami lebih mudah untuk memantau tanaman-tanaman dalam Eco Garden dan teknik ini nampak lebih sistematik.
Saturday, 8 August 2020
RUANG PEMBELAJARAN/ RUANG PAMERAN TANAMAN & ALATAN BERKEBUN@ECO GARDEN SEDERAP
Eco Garden SEDERAP juga menyediakan ruang pembelajaran untuk murid-murid menimba ilmu berkaitan dengan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Murid boleh melakukan aktiviti seperti menyemai benih, memindahkan anak benih ke dalam polybag, menyiram pokok dan juga memetik hasil-hasil tanaman yang sudah sedia dipetik. Murid juga berpeluang mengenali pelbagai alatan berkebun dan nama-nama tumbuhan melalui label-label yang telah ditampal.






















































