Tuesday, 18 August 2020

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH 1 DISEMBER 2020 HINGGA 30 NOVEMBER 2022

 Berhubung dengan perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan Notis Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah Kebangsaan Desa

 Pinggiran Putra bagi tempoh 1 Disember 2020 hingga 30 November 2022


TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA

 1.     Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk 

mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dari 1 Disember 2020 hingga 30 November 

2022 (24 bulan).

2.     Sebut harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA 

KANTIN SK DESA  PINGGIRAN PUTRA” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta 

dokumen-dokumen lain berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum 

30.09.2020 jam 12.00 tengah hari. 

3.    Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100 

(Ringgit Malaysia:  Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank/ cek 

berpalang atas nama GURU BESAR SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Permohonan tanpa 

wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan 

dikembalikan semula kepada  pemohon-pemohon yang tidak berjaya. 

4.     Borang-borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat sekolah 

mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA.

             Jumlah anggaran murid untuk tahun 2021 adalah seperti berikut;

                 Jumlah murid Melayu                 = 950 orang

                 Jumlah murid Cina                     = tiada

                 Jumlah murid India                    = tiada

                 Lain-lain                                    = tiada

                 Jumlah besar                            = 950 orang     

                 Jumlah guru                              = 59 orang

                 Jumlah kakitangan                     =  8 orang

                 Pekerja swasta                          =  8 orang

                 Sesi persekolahan                     : 1 sesi (pagi sahaja) 

5.     Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan 

atau rayuan tidak akan dilayan. 


6.     Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan ialah;

i.              Sijil Pendaftaran Perniagaan (ROB)

ii.             Sijil Pendaftaran Sijil Kewangan(ROT)

iii.            Sijil Kursus Pengendalian Makanan

iv.            Lesen Perniagaan Majlis Perbendaharaan (jika sedang berniaga), cetakan 

              pendaftaran online FOSIM (Food Safety Information Management) dengan 

              Kementerian Kesihatan Malaysia, jika belum sila daftar melalui laman web : 

              http//fosimdimestic.moh.gov.my

v.             Markah kebersihan kantin sekarang (jika ada kantin).


Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KEDAI BUKU SEKOLAH BAGI TEMPOH 1 DISEMBER 2020 HINGGA 30 NOVEMBER 2022

 

Berhubung dengan perkara tersebut di atas adalah dirujuk.  Bersama-sama ini disertakan Notis Tawaran Sebut Harga Kedai Buku Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra bagi tempoh 1 Disember 2020 hingga 30 November 2022.


 TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KEDAI BUKU SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA

 

1. Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan Kedai Buku Sekolah ini bagi tempoh dua tahun, mulai dari 01.12.2020  hingga 30 November 2022 (24 bulan) 

2.  Sebut harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA KEDAI BUKU SK DESA PINGGIRAN PUTRA” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum 30.09.2020 jam 12.00 tengah hari.

3. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank/ cek berpalang atas nama GURU BESAR SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada  pemohon-pemohon yang tidak berjaya.Borang-borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat sekolah mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA

4.  Jumlah anggaran murid untuk tahun 2021 adalah seperti berikut;

                 Jumlah murid Melayu                 = 950  orang

                 Jumlah murid Cina                     = tiada

                 Jumlah murid India                    = tiada

                 Lain-lain                                    = tiada

                 Jumlah besar                            = 950 orang                             

                 Jumlah guru                              = 59 orang

                Sesi persekolahan                     : 1 sesi (pagi sahaja)

 5.     Jawatankuasa Sebut Harga tidak terikat untuk memilih mana-mana tawaran sebut harga yang tertinggi atau sebarang sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.


Monday, 17 August 2020

Cuti Pertengahan Penggal 2

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid,  

Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  


20 hingga 24 Ogos 2020 (Khamis hingga Isnin)


Sekolah akan dibuka semula pada 25 Ogos 2020 (Selasa).


Thursday, 13 August 2020

MINGGU KE 4 PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID -19

 

LAPORAN GURU BERTUGAS

Tarikh   : 12 Ogos  2020
Hari       : RABU


Guru Bertugas :

                    1. ANIS FARHAH BINTI MD ISA
                    2. SYAJARATUDDUR BINTI MAHAMOD
                    3. TENGKU FAIRUS BINTI RAJA  HASSAN
                    4. NOOR ASIAH BINTI MOHD YUSOF
                    5. NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI
                    

Laporan Bergambar

  1. Perjananan murid menuju ke kelas mengikut jarak sosial yang telah ditetapkan

    Wakil murid akan mengambil makanan untuk diagihkan.

    Murid menikmati makanan didalam kelas 

    Laluan keluar murid untuk pulang

      

Saturday, 8 August 2020

RUANG PEMBELAJARAN/ RUANG PAMERAN TANAMAN & ALATAN BERKEBUN@ECO GARDEN SEDERAP

Eco Garden SEDERAP juga menyediakan ruang pembelajaran untuk murid-murid menimba ilmu berkaitan dengan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Murid boleh melakukan aktiviti seperti menyemai benih, memindahkan anak benih ke dalam polybag, menyiram pokok dan juga memetik hasil-hasil tanaman yang sudah sedia dipetik. Murid juga berpeluang mengenali pelbagai alatan berkebun dan nama-nama tumbuhan melalui label-label yang telah ditampal.






Murid berpeluang menimba pengalaman menguruskan tanaman seperti menyemai, menyiram dan memetik hasil tanaman




















Thursday, 6 August 2020

MINGGU KETIGA PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID -19

LAPORAN MINGGUAN



Tarikh   : 04 Ogos  2020

Hari       : Selasa





Guru Bertugas :

                    1. NUR IZZATI BINTI MUHAMMAD HAIRI
                    2. NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN
                    3. SATRIANA BINTI HAPI
                    4. SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO
                    5.FAZIRA BINTI ISMAIL
                    6.NURUL HANAN BINTI HUSSIN

Laporan

  1. Kehadiran murid 7:00 hingga 7:30 pagi
  2. Guru-guru bertugas mengambil suhu murid setiap pagi sebelum murid bergerak ke kelas -masing masing.
  3. Murid-murid sentiasa di ingatkan tentang SOP dan peraturan sekolah yang telah di tetapkan semasa berada di sekolah.
  4. Semasa di kelas, guru kelas atau guru subjek masa pertama mengambil kehadiran dan mencatat suhu murid.
  5. Ibu bapa boleh merujuk link di bawah bekaitan FAQ Pembukaan Semula Sekolah SEDERAP https://drive.google.com/file/d/13oeTIiJZILvh2QNa6snilNz9qzPQVD3U/view?usp=drivesdk
  6.             Semasa waktu pulang, murid Tahap 1 yang mempunyai abang dan kakak yang berada di Tahap 2                        akan menunggu abang dan kakak mereka di dewan terbuka bersama guru bertugas.
  7.             Pada waktu rehat pula, murid-murid makan di dalam kelas dan makanan akan dibawa ke kelas                           


    masing-masing

Saturday, 1 August 2020

SUMBANGAN KOMUNITI SETEMPAT@ECO GARDEN SEDERAP

Kami juga telah menerima pelbagai sumbangan daripada komuniti setempat. Antara sumbangan yang telah diperoleh adalah seperti rak bagi tanaman, tanah organik, pokok-pokok serta baja dan biji benih.  Sumbangan yang diberikan membantu membangunkan Eco Garden SEDERAP yang hampir lumpuh semasa fasa PKP yang lepas.




Sumbangan tanah, alatan berkebun dan pokok-pokok tanaman daripada wakil penduduk setempat



Sumbangan rak pokok untuk menempatkan pokok-pokok renek