Monday 13 September 2021

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2021

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2021

Pada tanggal 21 Ogos 2021 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2021. Majlis tersebut diadakan secara live di Youtube sekolah. Bagi pengetahun semua program bulan kebangsaan ini akan bergabung bersama bulan bahasa  di bawah panitia Sejarah dengan kerjasama panitia Bahasa Melayu, Pusat Sumber Ibnu Ruysd, panitia Pendidikan Seni Visual, panitia Muzik dan panitia Pendidikan Moral. 

    Majlis pelancaran tersebut dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa daripada Ustaz Asyraf. Ustaz Asyraf merupakan guru praktikum di sekolah kita. Kemudian, terdapat ucapan aluan daripada penyelaras program iaitu Cikgu Siti Amalina bt Mazni dan disertai dengan ucapan perasmian daripada Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki. Terdapat juga gimik pelancaran iaitu sesi memotong kek. Kek tersebut telah disponsor oleh NYDP PIBG SK Desa Pinggiran Putra iaitu Encik Mohd Khairul Dahri bin Mohd Zawawi.

    Sepanjang majlis berlangsung, telah diadakan kuiz kemerdekaan bagi menarik minat murid-murid serta ibu bapa untuk menyaksikan program pelancaran tersebut. Terdapat tiga slot kuiz yang dipertandingkan. Nama pemenang bagi setiap kuiz adalah seperti di bawah :-

a)  Slot pertama    : Mumtaz Ariana ( 5 Cenderawasih)

b) Slot kedua        : Muhammad Hadiff (3 Kuprum)

c) Slot ketiga        : Muhammad Syakir Firdaus ( 6 Adenina) 

    Ketiga-tiga pemenang telah mengambil hadiah masing-masing pada hari yang sama. Selain itu, terdapat juga persembahan murid bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran. Persembahan pertama daripada adik Nur Faliha Insyirah bt Mohd Faisal dari kelas 4 Delima. Adik Faliha telah mendendangkan sebuah syair kemerdekaan. Persembahan murid yang kedua daripada adik Nurin Syauqina bt Rohaidi daripada kelas 6 Timina dengan melagukan sebuah syair Anak Malaysia. 

    Sepanjang program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa akan diadakan pelbagai pertandingan. Semua murid boleh klik pada link di bawah untuk melihat pertandingan yang akan dipertandingkan.  Pihak sekolah berharap ramai murid akan menyertai pertandingan tersebut kerana setiap murid yang menyertai akan mendapat sijil penyertaan secara digital dan sijil penghargaan serta hadian yang menarik bagi pemenang yang bertuah. 

Link pertandingan  : https://beacons.ai/patriotik_sederap

    Majlis berakhir tepat pada pukul 11.30 pagi. Pihak AJK program berasa bangga dan berpuas hati dengan bilangan penonton yang menonton majlis pelancaran pada hari tersebut. 

Sekian, terima kasih. 

GAMBAR PEMENANG SLOT KUIZ KEMERDEKAAN





KEK YANG DISPONSOR OLEH NYDP PIBG SK DESA PINGGIRAN PUTRA 
ENCIK MOHD KHAIRUL DAHRI BIN MOHD ZAWAWI


VIDEO PERSEMBAHAN MURID


VIDEO PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN BULAN BAHASA 
TAHUN 2O21

 
*Video-video yang menarik ini telah dihasilkan oleh Cikgu Atirah bt Mustafa Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SK Desa Pinggiran Putra. 




No comments:

Post a Comment