LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR ALIRAN PERDANA (TAHUN 1-6)
MATLAMAT
Melihat pembelajaran murid-murid dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakat luas.
Membentuk personaliti murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Merealisasikan pengetahuan dalam PdPc dengan pengalaman yang sebenar.
OBJEKTIF
Melahirkan sikap menghargai keindahan alam sekitar dan bangga akan negara sendiri.
Memupuk sikap bertanggungjawab, berdikari dan mematuhi peraturan.
Murid-murid dapat mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitaran tempat lawatan.
Murid-murid dapat meneroka, menyiasat, menyelesaikan masalah, membuat andaian, memberi perhatian, mengembangkan sifat gigih, ingin tahu, tekun, yakin pada diri sendiri dan banyak lagi penerapan unsur-unsur nilai murni.
Murid-murid berminat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan berhubung dengan orang lain.
PELAKSANAAN
Tarikh Lawatan dan Hari
9 Disember 2022 (Jumaat)
Tempat
Kidzania KL
Museum Chocolate Damansara
Bilangan Peserta
160 orang murid
Bilangan Pengiring
16 orang guru
Negara Yang Dilawati
Malaysia
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 160 orang murid Aliran perdana dan 16 orang guru pengiring.
7.0 PENGISIAN PROGRAM
9 DISEMBER 2022 (JUMAAT)
PAKEJ C – CHOCOLATE MUSEUM DAMANSARA & KIDZANIA KL
8.30 am : Berkumpul di perkarangan SKDPP, Kajang.
Pendaftaran peserta oleh Guru Bertugas.
Taklimat program oleh Guru Lawatan @ Pembantu Lawatan.
8.45 am : Program dimulakan. Bertolak ke Mutiara Damansara.
10.00 am : Mulakan program di Chocolate Museum Damansara.
11.30 am : Mulakan program di Kidzania KL.
Peserta bergerak di dalam kumpulan.
Program mengambil masa selama 5-6 jam.
12.30 pM- 2.00 pm : Sajian Tengahari disediakan secara bergilir.
Program disambung semula dengan pemerhatian Guru Pengiring
4.30 pm: Berkumpul semula di perkarangan Kidzania KL.
6.00 am : Tiba di SKDPP, Kajang. Tamat program
Kekuatan : Program ini berjalan dengan lancar.
Kelemahan: 1. Bilangan murid yang menyertai lawatan terlalu ramai dan perlu dikecilkan jumlah.
Dilaporkan oleh:
Penyelaras Program Lawatan SKDPP 2022
GAMBAR- GAMBAR SEMASA LAWATAN
Murid menaiki bas
Murid berada di Museum Chocolate Damansara
Guru pengiring program Lawatan sambil Belajar
Murid berada di Kidzania KL
No comments:
Post a Comment