Rasional
Pada 26 Julai 2023 Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan simulasi pengosongan bangunan yang melibatkan semua warga sekolah. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan yang betul serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
Matlamat
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan
warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid
dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku
kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.
Perjalanan Program
Tarikh : 26 Julai 2023
Hari :
Rabu
Masa :
02.20petang hingga 03.20petang
Tempat Berkumpul : Kawasan Lapang SK Desa Pinggiran Putra
Aktiviti
Masa |
Tempuh masa digunakan |
Aktiviti |
2:20 pm |
5 minit |
Loceng Amaran kebakaran dibunyikan |
2:25 pm – 2:30 am |
5 minit |
Simulasi pengosongan bangunan |
2.30 pm – 2:40 pm |
10 minit |
Semakan jumlah warga sekolah |
2:40 pm – 3:00 pm |
15 minit |
Taklimat ringkas keselamatan Dewan Terbuka |
3:00 pm – 3:20 pm |
20 minit |
Demonstrasi memadam kebakaran |
3:20 pm |
Bersurai/melaksana aktiviti sekolah seperti biasa |
Gambar lampiran:-
Murid berpindah ke tempat selamat
Murid berkumpul di tempat lapang
Taklimat Latihan Kebakaran oleh Pegawai Bomba Dengkil |
No comments:
Post a Comment