Friday, 30 August 2024

HARI JALINAN MESRA SK DESA PINGGIRAN PUTRA

27 OGOS 2024

10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI 

_____________________________________________________________________________

Yang dihormati ibu bapa dan penjaga sekalian,

Terlebih dahulu, kami pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis perbincangan akademik murid pada hari ini. Kehadiran anda semua menunjukkan komitmen dan keprihatinan yang tinggi terhadap perkembangan akademik dan pendidikan anak-anak kita.

Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan akademik murid-murid dapat dicapai. Sokongan dan penglibatan aktif anda semua amat penting dalam membantu kami memahami keperluan dan potensi setiap murid, serta dalam merangka strategi terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka.

Sekali lagi, terima kasih atas kehadiran dan sokongan padu yang diberikan. Semoga perbincangan kita pada hari ini membawa manfaat yang besar dan membuka jalan kepada kejayaan anak-anak kita di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Rumusan Kehadiran ibubapa / penjaga

_____________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 6 BARIUM





____________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 5 PERAHU LAYAR





___________________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 6 AURUM





_____________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 4 RESAK




________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 5 RENANG



_______________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 4 NYATOH


_______________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 6 FERUM





_______________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 4 JATI 

_______________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 4 CHENGAL

_______________________________________________________________________________

SUASANA KELAS 6 PLATINUM









































      
         LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-25

PERHIMPUNAN SESI PAGI ISNIN (26 OGOS 2024)
MASA    :    7.30-8.30 pagi
TEMPAT    :  Dataran Berbumbung SK Desa Pinggiran Putra

SENARAI GURU BERTUGAS    :
1.    NOOR HAYATI BINTI MISWAN (KETUA)
2.    MOHAMED FAKARUDIN BIN ABD TALIB
3.    WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI
4.    SITI SUHAIDA BINTI SANIMAN
5.    MUHAMMAD JAWAD FARUQI BIN ZAINAL ABIDIN
6.    NORAIDA BINTI ABD AZIZ

Barisan guru bertugas

LAPORAN PERHIMPUNAN:

1.    Pengerusi Majlis oleh pengawas bertugas.


NUR SYAFIQA SYUHADA BINTI MUHAMMAD ARIFFUDIN ( 5 PERAHU LAYAR )

2.    Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.


MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN MOHD NASRUDDIN ( 6 BARIUM )


3.    Nyanyian 3 buah lagu - Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.


QASEH NUR ZARA AMANDA BINTI MOHD FADLIHISYAM ( 5 GOLF )


4.    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh Ketua Guru Bertugas.
             

USTAZAH NOOR HAYATI BINTI MISWAN (KETUA)

5.    Bacaan Ikrar Murid oleh ketua murid.


NUR ARIANA AUNI BINTI SYAMSUL NIZAR ( 6 FERUM )

6.    Laporan guru bertugas minggu lepas.      

i.    Penggunaan bilik-bilik khas di mana cikgu mendapat aduan terdapat murid yang cuba
merosakkan barang-barang di dalam kelas tersebut. Murid yang ditangkap akan dilaporkan terus kepada unit displin.

ii.    Sikap berjalan murid di laluan depan kelas PPKI yang tidak patut dilakukan. Jangan sepak kasut murid dan guru PPKI. Mohon letakkan semula jika ternampak kasut berada di tempat lain.


PUAN NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH

7.    Penyampaian piala pemenang anugerah keceriaan kelas mingguan :

Pertama : 4 Jati

Kedua    : 4 Merbau

Ketiga    : 4 Chengal



8.    
Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI : Encik  Mahadir bin Midun

i.    Hujan rahmat adalah nikmat Allah s.w.t yang dianugerahkan kepada kita supaya setiap titik air hujan memberi kebaikan kepada kita semula. Beliau mohon murid menjaga diri dengan menjauhi kawasan yang berbahaya seperti longkang kerana air akan banyak dan laju.
Jangan berlari di lantai licin takut jatuh dan cedera. Walau hujan turun beliau tetap mengingatkan murid supaya fokus semasa di dalam kelas.

ii.    Beliau mohon murid menjaga kebersihan di kawasan sekolah terutama di kantin. Jangan biarkan cawan plastik di tempat yang salah supaya tiada nyamuk aedes membiak.

iii.    Jangan pergi ke kedai semasa hari Rabu sebelum waktu koko. Pastikan berada bersama ibubapa jika betul-betul perlu ke kedai pada masa itu.

iv.    Ingatkan
ibubapa bahawa esok adalah Hari Jalinan Mesra. Ibubapa atau waris datang ke sekolah untuk membincangkan kemajuan akademik murid.

Encik  Mahadir bin Midun

 

Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.


Tuesday, 20 August 2024

 



PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

PPKI SK DESA PINGGIRAN PUTRA




DEFINISI PENDIDIKAN INKLUSIF


“Program Pendidikan Inklusif”

merupakan suatu program pendidikan

bagi murid berkeperluan khas yang

dihadiri oleh murid berkeperluan khas

bersama-sama dengan murid lain dalam

kelas yang sama di sekolah kerajaan atau

sekolah bantuan kerajaan.


(Sumber: Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas), 2013)


KONSEP PPI:

MBK mengikuti bidang akademik dan bukan akademik

bersama murid arus perdana dengan menyediakan

khidmat sokongan di dalam dan di luar bilik darjah.


MATLAMAT

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK

mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama

murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada

masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya

bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi

peluang yang sama.




DUA PENDEKATAN PENDIDIKAN INKLUSIF


Inklusif Penuh

Inklusif Separa

-MBK yang berdaftar dalam APDM kelas aliran perdana. 


-MBK mengikuti mata pelajaran
akademik dan belajar sepenuh
masa bersama-sama murid aliran perdana.


-MBK mengikuti aktiviti koakademik dan kokurikulum sepenuhnya bersama murid arus perdana.



-Dilaksanakan hanya untuk MBK yang berdaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan mengambil kira penglibatan MBK dalam bidang akademik, koakademik dan kokurikulum


-MBK PPKI belajar bersama-sama murid arus perdana bagi aliran perdana. sekurang-kurangnya satu daripada mana-mana mata pelajaran dalam jadual waktu kelas arus perdana. Penentuan mata pelajaran adalah mengikut keupayaan atau potensi MBK.


-MBK PPKI menjalani aktiviti kokurikulum di arus perdana seperti badan beruniform, kelab, persatuan, aktiviti 1Murid 1Sukan dan sebarang aktiviti luar bilik darjah mengikut ketetapan sekolah. MBK yang menjalani aktiviti kokurikulum bersama-sama murid aliran perdana secara berjadual perlu didaftar sebagai inklusif separa dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)




PERANAN & TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH 


Guru Pendidikan Khas:

Kenalpasti MBK yang berada di kelas arus perdana @ di PPKI bagi ditempatkan dalam PPI.

Berperanan sebagai guru pendamping seperti:

i   Membimbing & membantu MBK semasa PdP.

ii  Membantu menyediakan RPI MBK melalui perbincangan dengan guru mata  

    pelajaran.

iii Bekerjasama dengan guru arus perdana berkaitan tentang perkembangan 

    murid.  


Guru Mata Pelajaran:

i.    Menerima & melaksanakan PdP bagi MBK dalam kelas inklusif.

ii.   Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK

iii.  Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk membantu

Guru Bimbingan Kaunseling:

i.Menyediakan laporan khidmat kaunseling untuk MBK (jika perlu)

ii.Bekerjasama dengan guru  pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK.

iii.Memberikan khidmat bimbingan & kaunseling kepada MBK, Ibubapa/ Penjaga.


Guru Disiplin:

i.    Menyediakan laporan atau  maklumat berkaitan disiplin bagi  murid yang  

      terlibat

ii.   Membantu pentadbir  melancarkan  pelaksanaan PPI

iii.  Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam melaksanakan PPI.


Pembantu Pengurusan Murid:

i.    Menghantar & mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa.

ii.   Membantu guru dalam PPI dalam menyediakan keperluan MBK.

iii.  Membantu guru pendidikan khas menjaga hal ehwal MBK di PPKI

Iv.  Mengurus keperluan murid di PPI.





CIRI-CIRI MURID PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

SINDROM DOWN

-Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.

-Mata sentiasa berair dan merah.

-Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

-Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.

-Bentuk muka yang kecil.

-Bahagian kepala leper.

-Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.

-Majoriti berambut lurus dan lembut.

-Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.

-Berbadan gembal dan rendak.

-Badan yang agak bongkok.

-Suka bermanja, bermain dan gembira.

-Dapat bergaul dengan baik.

-IQ di antara 30 hingga 80.

-Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.




AUTISME

-Bermasalah komunikasi

-Sukakan rutin

-Sering berada dalam dunia tersendiri

-Ekolalia (mengulang atau meniru kata-kata)

-Cederakan diri sendiri

-Kompulsif

-Tidak suka bergaul

-Tidak ada tentangan mata

-Kerencatan bahasa

-Masalah kefahaman

-Tidak suka disentuh

-Bermasalah interaksi sosial

-Pergerakan berulang-ulang


SEREBAL PALSI

-Kecacatan anggota – tangan, kaki, tubuh badan

-Masalah pergerakan

-Masalah postur

-Kekejangan

-Pergerakan tidak terkawal

-Masalah imbangan badan

-Masalah komunikasi

-Masalah motor halus/kasar

-Masalah tulisan

-Masalah perkembangan motor halus /kasar



HYPERAKTIF

  • Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.

  • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.

  • Tidur yang tidak tetap.

  • Terlalu kerap menangis atau ketawa.

  • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.

  • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.

  • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

  • Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.



HYPOAKTIF

  • Murung dan menyendiri.

  • Aktiviti fizikal yang pasif.

  • Tiada respond pada persekitaran.

  • Suka termenung.

  • Tidak suka bergaul atau berinteraksi.

  • Menundukkan muka bila nama dipanggil.

  • Suka bermain sendirian.

  • Suka berkhayal




PINTAR CERDAS

  • Kebolehan yang luar biasa.

  • Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi. pergaulan  dengan kanak-kanak lain.

  • Perkembangan bahasa yang lambat.

  • Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

  • Kemukakan soalan yang bertalu-talu.

  • Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.

  • Suka mencari helah.


ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

  • Lambat menyiapkan tugasan

  • Mudah terganggu

  • Masalah konsentrasi

  • Masalah mengurus tugasan

  • Cepat lupa

  • Impulsif

  • Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan 

  • Tugasan sebelumnya

  • Memerlukan pengawasan yang lebih

  • Masalah menunggu giliran