Tuesday, 20 August 2024

 



PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

PPKI SK DESA PINGGIRAN PUTRA




DEFINISI PENDIDIKAN INKLUSIF


“Program Pendidikan Inklusif”

merupakan suatu program pendidikan

bagi murid berkeperluan khas yang

dihadiri oleh murid berkeperluan khas

bersama-sama dengan murid lain dalam

kelas yang sama di sekolah kerajaan atau

sekolah bantuan kerajaan.


(Sumber: Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas), 2013)


KONSEP PPI:

MBK mengikuti bidang akademik dan bukan akademik

bersama murid arus perdana dengan menyediakan

khidmat sokongan di dalam dan di luar bilik darjah.


MATLAMAT

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK

mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama

murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada

masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya

bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi

peluang yang sama.




DUA PENDEKATAN PENDIDIKAN INKLUSIF


Inklusif Penuh

Inklusif Separa

-MBK yang berdaftar dalam APDM kelas aliran perdana. 


-MBK mengikuti mata pelajaran
akademik dan belajar sepenuh
masa bersama-sama murid aliran perdana.


-MBK mengikuti aktiviti koakademik dan kokurikulum sepenuhnya bersama murid arus perdana.



-Dilaksanakan hanya untuk MBK yang berdaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan mengambil kira penglibatan MBK dalam bidang akademik, koakademik dan kokurikulum


-MBK PPKI belajar bersama-sama murid arus perdana bagi aliran perdana. sekurang-kurangnya satu daripada mana-mana mata pelajaran dalam jadual waktu kelas arus perdana. Penentuan mata pelajaran adalah mengikut keupayaan atau potensi MBK.


-MBK PPKI menjalani aktiviti kokurikulum di arus perdana seperti badan beruniform, kelab, persatuan, aktiviti 1Murid 1Sukan dan sebarang aktiviti luar bilik darjah mengikut ketetapan sekolah. MBK yang menjalani aktiviti kokurikulum bersama-sama murid aliran perdana secara berjadual perlu didaftar sebagai inklusif separa dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)




PERANAN & TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH 


Guru Pendidikan Khas:

Kenalpasti MBK yang berada di kelas arus perdana @ di PPKI bagi ditempatkan dalam PPI.

Berperanan sebagai guru pendamping seperti:

i   Membimbing & membantu MBK semasa PdP.

ii  Membantu menyediakan RPI MBK melalui perbincangan dengan guru mata  

    pelajaran.

iii Bekerjasama dengan guru arus perdana berkaitan tentang perkembangan 

    murid.  


Guru Mata Pelajaran:

i.    Menerima & melaksanakan PdP bagi MBK dalam kelas inklusif.

ii.   Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK

iii.  Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk membantu

Guru Bimbingan Kaunseling:

i.Menyediakan laporan khidmat kaunseling untuk MBK (jika perlu)

ii.Bekerjasama dengan guru  pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK.

iii.Memberikan khidmat bimbingan & kaunseling kepada MBK, Ibubapa/ Penjaga.


Guru Disiplin:

i.    Menyediakan laporan atau  maklumat berkaitan disiplin bagi  murid yang  

      terlibat

ii.   Membantu pentadbir  melancarkan  pelaksanaan PPI

iii.  Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam melaksanakan PPI.


Pembantu Pengurusan Murid:

i.    Menghantar & mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa.

ii.   Membantu guru dalam PPI dalam menyediakan keperluan MBK.

iii.  Membantu guru pendidikan khas menjaga hal ehwal MBK di PPKI

Iv.  Mengurus keperluan murid di PPI.





CIRI-CIRI MURID PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

SINDROM DOWN

-Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.

-Mata sentiasa berair dan merah.

-Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

-Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.

-Bentuk muka yang kecil.

-Bahagian kepala leper.

-Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.

-Majoriti berambut lurus dan lembut.

-Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.

-Berbadan gembal dan rendak.

-Badan yang agak bongkok.

-Suka bermanja, bermain dan gembira.

-Dapat bergaul dengan baik.

-IQ di antara 30 hingga 80.

-Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.




AUTISME

-Bermasalah komunikasi

-Sukakan rutin

-Sering berada dalam dunia tersendiri

-Ekolalia (mengulang atau meniru kata-kata)

-Cederakan diri sendiri

-Kompulsif

-Tidak suka bergaul

-Tidak ada tentangan mata

-Kerencatan bahasa

-Masalah kefahaman

-Tidak suka disentuh

-Bermasalah interaksi sosial

-Pergerakan berulang-ulang


SEREBAL PALSI

-Kecacatan anggota – tangan, kaki, tubuh badan

-Masalah pergerakan

-Masalah postur

-Kekejangan

-Pergerakan tidak terkawal

-Masalah imbangan badan

-Masalah komunikasi

-Masalah motor halus/kasar

-Masalah tulisan

-Masalah perkembangan motor halus /kasar



HYPERAKTIF

  • Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.

  • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.

  • Tidur yang tidak tetap.

  • Terlalu kerap menangis atau ketawa.

  • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.

  • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.

  • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

  • Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.



HYPOAKTIF

  • Murung dan menyendiri.

  • Aktiviti fizikal yang pasif.

  • Tiada respond pada persekitaran.

  • Suka termenung.

  • Tidak suka bergaul atau berinteraksi.

  • Menundukkan muka bila nama dipanggil.

  • Suka bermain sendirian.

  • Suka berkhayal




PINTAR CERDAS

  • Kebolehan yang luar biasa.

  • Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi. pergaulan  dengan kanak-kanak lain.

  • Perkembangan bahasa yang lambat.

  • Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

  • Kemukakan soalan yang bertalu-talu.

  • Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.

  • Suka mencari helah.


ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

  • Lambat menyiapkan tugasan

  • Mudah terganggu

  • Masalah konsentrasi

  • Masalah mengurus tugasan

  • Cepat lupa

  • Impulsif

  • Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan 

  • Tugasan sebelumnya

  • Memerlukan pengawasan yang lebih

  • Masalah menunggu giliran



No comments:

Post a Comment