Showing posts with label Disiplin. Show all posts
Showing posts with label Disiplin. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

'SPOT CHECK' - PEMERIKSAAN MENGEJUT KALI KE- 2

Pihak sekolah, khususnya sub unit disiplin telah menjalankan 'Spot Check' - Pemeriksaan Mengejut. Pemeriksaan Mengejut ini diketuai oleh  Puan ZarulHuda selaku guru disiplin bersama guru-guru dan pengawas sekolah pada;


Tarikh     : 30.09.2014 (ISNIN)
Tempat   : Tapak Perhimpunan
Masa      : 7.40 pagi
Sasaran  : Semua murid Tahun 1 hingga 5.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan semua murid mematuhi kod etika penampilan dan pakaian sekolah. Pemeriksaan ini melibatkan semua murid SK Desa Pinggiran Putra dan dibantu oleh semua guru disiplin dan pengawas.

Antara perkara yang diperhatikan semasa pemeriksaan adalah pemakaian lencana sekolah, pemakaian stoking, murid yang memakai pakaian kemas, kebersihan kuku,keadaan rambut samada panjang atau berfesyen dan rambut panjang tetapi tidak berikat atau memakai skaf bagi murid perempuan.

Rumusan

Bil
Kesalahan
Bilangan
Peratus
       1.        
Rambut panjang /berfesyen (Lelaki)
41
27.5
       2.        
Rambut panjang tidak berikat (perempuan)
1
0.78
       3.        
Kuku panjang
17
6.15
       4.        
Tidak pakai stokin
2
0.72
       5.        
Tidak memakai lencana
84
30.43
       6.        
Memakai barang kemas/perhiasan
 Tiada
 0.00

Semua murid myang melakukan kesalahan tersebut telah dicatat nama dalam rekod disiplin dan diberi peringatan agar memakai pakaian sekolah yang lengkap, memotong kuku dan membeli lencana dan tampal di baju pada tempoh tarikh yang telah ditetapkan.
Puan Zahrul mencatat nama murid yang tidak memakai lencana sekolah



Beberapa orang pengawas terlibat membuat pemeriksaan 
rambut kepada murid yang berambut panjang dan berfesyen


Guru bertugas, Cik Ilie membetulkan tali leher  
seorang pengawas supaya nampak kemas.

    Kesalahan murid ini ialah  memasang tali  
             kasut yang berlainan dengan warna kasut.           
                       
Kesalahan murid ini ialah rambut tidak mengikut peraturan yang 
ditetapkan.Walaupun bahagian sisi pendek tetapi bahagian depan panjang.


Disediakan oleh;
Zahrulhuda bt Kamarudin
Guru Disiplin
SEDERAP

Tuesday, 8 April 2014

'SPOT CHECK' - PEMERIKSAAN MENGEJUT

Pihak sekolah, khususnya sub unit disiplin telah menjalankan 'Spot Check' - Pemeriksaan Mengejut. Pemeriksaan Mengejut ini diketuai oleh  Puan ZarulHuda selaku guru disiplin bersama guru-guru dan pengawas sekolah pada;

Tarikh     : 08.04.2014 (SELASA)
Tempat   : Tapak Perhimpunan
Masa      : 7.40 pagi
Sasaran  : Semua murid Tahun 1 hingga 5.
Tujuan   :   i. untuk meningkatkan tahap disiplin murid supaya patuh kepada peraturan sekolah.
                ii. memeriksa kekemasan murid dari segi rambut, kuku, pemakaian stokin dan tudung.
               iii. memeriksa jika ada murid yang membawa bawa bahan-bahan larangan seperti benda tajam,                          gambar-gambar yang tidak senonoh, bahan bacaan yang tidak sesuai dan barang kemas.
  
1. KEKEMASAN DIRI.
1. 1 Kuku - kuku hendaklah pendek dan bersih. kuku tidak diwarnakan.Pemakain inai adalah dilarang.
1. 2. Rambut - bagi murid lelaki rambut hendaklah pendek dan kemas. Rambut berfesyen dan diwarnakan adalah satu kesalahan.
                 - bagi murid permpuan jika tidak memakai tudung, rambut hendaklah diikat atau memakai cekak rambut yang berwarna hitam atau biru gelap
1. 3. Memakai tudung - bagi murid yang memakai tudung, tudung yang ber'awning' adalah dilarang.

2. MEMAKAI BARANG KEMAS
2.1  Memakai barang kemas adalah dilarang seperti gelang emas,perak dan sebagainya.

3. BAHAN-BAHAN LARANGAN.
3.1 Barang terlarang adalah seperti benda-benda tajam dan merbahaya yang boleh mencederakan orang.
3.2 Membawa rokok
3.3 Bahan-bahan bacaan yang tidak sesuai.
3.4 gambar-gambar yang tidak senonoh.
3.5 alat tulis seperti liquid paper yang boleh diconteng.

Murid-murid yang melakukan kesalahan tersebut dicatat nama mereka dan  diberi nasihat  serta amaran lisan supaya tidak mengulangi lagi.

Pihak sekolah, khususnya sub unit disiplin mengharapkan kerjasama semua ibubapa/penjaga untuk memastikan anak-anak tuan/puan mematuhi peraturan tersebut.

Rumusan.

Kesalahan
Jumlah
Lelaki
%
Perempuan
%
Kuku panjang

12/144
8.3
12/118
10.2
Rambut panjang

9/144
6.3
0
0
Tidak memakai stoking

0
0
0
0
Membawa benda merbahaya
0
0
0
0
Alat tulis yang dilarang (liquid paper, permainan dsb)
6/114
4.2
2/118
1.7
Barang kemas

0
0
0
0
Bahan bacaan yang tidak sesuai
0
0
0
0
Gambar-gambar yang tidak senonoh
0
0
0
0
Membawa rokok

0
0
0
0
              
                                 
                                      Beg murid diperiksa oleh Puan Siti Asiah dengan dibantu oleh pengawas.


                           Puan Zarul membuat pemeriksaan meastikan murid tidak membawa bahan-bahan dilarang.


                         Pengawas turut juga membantu Puan Nurul Hidayah membuat pemeriksaan

Disediakan oleh,
Rosdin bin Ibrahim.
PK Hal Ehwal Murid