Showing posts with label HEM / Makluman tahun 1 2016. Show all posts
Showing posts with label HEM / Makluman tahun 1 2016. Show all posts

Monday, 18 July 2016

PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUH 1 2017

Kepada ibu bapa / penjaga murid Untuk pengetahuan semua, keputusan penempatan murid tahun 1 2017 ke sekolah ini telah diumumkan pada 16.07.2016. 1. Sila layari di laman web https://public.moe.gov.my/ untuk melihat keputusan penempatan. 2. Ibu bapa / penjaga boleh mengesahkan sendiri keputusan penempatan di dalam laman web tersebut. 3.Ibu bapa/ penjaga yang tiada kemudahan internet boleh hadir ke sekolah untuk melihat keputusan penempatan dan membuat mengesahkan keputusan tersebut serta membuat rayuan. 4. Tarikh tamat pengesahan penempatan dan tamat rayuan ialah pada 30.09.2016. Rayuan boleh dilakukan melalui laman web public.moe.gov. my Sekian terima kasih.

Tuesday, 4 August 2015

PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN KE TAHUN 1 2016

Image result for tahun 1
2016

Kepada
Ibu Bapa / Penjaga
Murid Tahun 1 2016

Tuan/Puan,

PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2016

1. Surat berkaitan dengan urusan pengesahan penempatan murid tahun Satu 2016 telah di poskan oleh pihak sekolah  kepada semua ibu bapa /penjaga murid yang telah berjaya ke sekolah ini. Sehubungan dengan itu bermula pada 01.08.2015 hingga 28.08.2015 (Jumaat), Tuan / Puan diminta hadir dengan membawa bersama sijil kelahiran anak yang asal dan surat kelulusan penempatan yang dilampirkan untuk membuat pengesahan anak masing-masing di pejabat sekolah ini dalam waktu pejabat.

2.         Bersama surat tersebut, dilampirkan borang yang  perlu dilengkapkan sewaktu membuat pengesahan.

            2.1        Borang Tempahan Tanda Nama Murid
            2,2        Borang Pangkalan Data Murid ( sertakan slip gaji terkini)
           
           
3.         Sewaktu membuat pengesahan ini, tuan /puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM 32.00 bagi perkara-perkara berikut;

3.1        Tanda Nama                              RM  5.00 (3 keping)
3.2        Tanda Nama Sementara             RM  1.50
3.3        Fail Peribadi                              RM  2.50
3.4        Buku Peraturan Sekolah             RM  3.00
3.5        Rekod Profil Kaunseling             RM  5.00
3.6        Fail Slip Peperiksaan                 RM15.00
                                                              RM32.00



Disediakan oleh;

(ROSDIN BIN IBRAHIM)
PK HEM