Showing posts with label Jadual Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Jadual Sekolah. Show all posts

Monday, 31 December 2018

Waktu Persekolahan SEDERAP 2019

Sesi persekolahan 2019, sekolah memilih 36 Minggu Kalender Akademik (MKA) bagi tahun 4, 5 dan 6 sementara bagi tahun 1, 2 dan 3 pula sebanyak 38 MKA.  Ini selari dengan apa yang digariskan dalam SPI 8 2016 KSSR Semakan 2017. Sehubungan itu terdapat perubahan waktu balik bagi murid Tahun 1 hingga 6.  Sila semak jadual di bawah agar dapat menyesuaikan dengan jadual penghnataran/pengambilan anak ke sekolah.

Sunday, 3 January 2016

Jadual Sekolah SEDERAP 2016



Bagi memudahkan urusan ibubapa dan penjaga dalam mengatur pengangkutan pergi dan balik, berikut ialah Jadual Sekolah SEDERAP 2016.

Murid perlu sampai ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi untuk mengikuti aktiviti koakademik "Mukadimah Hari Ini".  Sekiranya murid sampai lewat dan perhimpunan/aktiviti koakademik telahpun bermula, pastikan mereka terus masuk ke barisan khas yang disediakan.  Ini bertujuan untuk membentuk sahsiah anak-anak agar bersikap jujur dan tidak mengganggu rakan lain yang sedang mengikuti aktiviti.



Masa rehat adalah selama 20 minit dan dipecahkan kepada dua.  Murid Tahun 1 dan Tahun 2 akan rehat pada pukul 9.40 hingga 10 pagi sementara kumpulan kedua pula yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 pula akan berehat pada pukul 10.10 hingga 10.30 pagi.

Pada hari Rabu, murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) perlu menghadiri aktiviti Kokurikulum Mingguan dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang.  Murid-murid AMAT TIDAK DIGALAKKAN keluar dari kawasan sekolah atau balik ke rumah selepas waktu persekolahan bagi mengelakkan berlakunya *MIA.  Sehubungan itu:
  1. dipohon agar ibubapa menyediakan bekalan makanan/wang bekalan secukupnya. 
  2. mengingatkan anak masing-masing agar tidak keluar dari kawasan sekolah
  3. pihak kantin akan diminta menyediakan jualan makanan untuk murid dan guru yang mencukupi
  4. Solat Zohor berjemaah akan diadakan di surau sekolah
Marilah kita bersama-sama melatih anak-anak ini agar dapat menghargai masa dengan mematuhi jadual yang telah ditetapkan.  

Aktiviti kokurikulum mingguan ini berselang-seli antara Aktiviti A (Kelab/Persatuan/Sukan/ Permainan) dan Aktiviti B (Pasukan Badan Beruniform).  Sila rujuk takwim sekolah dari masa ke semasa untuk mengetahui jadual terkini.