Showing posts with label KBS. Show all posts
Showing posts with label KBS. Show all posts

Sunday, 28 April 2019

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2019 TAHAP 1 DAN 2

Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan aktiviti tahunan program jQAF iaitu Kem Bestari Solat (KBS) kali pertama 2019 bagi tahap 1 dan 2.

Butiran program adalah seperti berikut:

1. Kem Bestari Solat Tahap 1
Tarikh / Hari         : 13 April 2019 / Sabtu
Hari / Masa           : 07:30 pagi - 12: 00 tengah hari
Tempat                  : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra
Objektif Program  : Pada akhir program ini diharapkan murid dapat menguasai:
1.     Teori dan amali wuduk
2.     Bacaan dalam solat
3.   Solat berjemaah

Sasaran                 : Semua murid Tahun 1, 2 dan 3






2. Kem Bestari Solat Tahap 2
Tarikh / Hari         : 27 April 2019 / Sabtu
Hari / Masa           : 07:30 pagi - 12: 00 tengah hari
Tempat                  : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra
Objektif Program  : Pada akhir program ini, diharapkan murid dapat menguasai:
1.     Syarat wajib dan syarat sah solat.
2.     Kedudukan imam dan makmum dalam solat.
3.     Muafik dan masbuk.
4.     Teori dan amali tayammum 
5.     Azan dan iqamat

Sasaran                 : Semua murid Tahun 4 dan 5







Tahniah diucapkan kepada murid-murid tahap 1 dan 2 yang berjaya hadir ke Kem Bestari Solat. Semoga  ilmu yang anda perolehi dapat memberi panduan dan diamalkan dalam kehidupan seharian serta dikongsi dengan sahabat lain. Jumpa lagi di Kem Bestari Solat Perdana nanti!😃😃😃 

Friday, 10 April 2015

Kem Bestari Solat Kali Ke-2 2015

Assalamualaikum w.b.t,

Makluman untuk semua,
SK Desa Pinggiran Putra akan mengadakan Kem Bestari Solat Kali Ke-2 untuk
 murid-murid tahap satu (tahun 1,2 dan 3). Butiran program seperti di bawah:

Tarikh    :  11 April 2015 (Sabtu)
Masa      :  8.00 pagi – 12.30 petang

Tempat  :  SK Desa Pinggiran Putra

Sehubungan itu, adalah diharapkan agar murid-murid tahun 1, 2 dan 3 dapat menghadirkan 
diri pada hari tersebut. 

Sekian, Terima kasih.

Saturday, 24 May 2014

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

Tarikh : 24 Mei 2014
Masa  : 08.00 pagi - 12.30 tengahari
Hari    : Sabtu
Tempat : SK Desa Pinggiran Putra
Sasaran Murid : Tahun 4 dan Tahun 5

Guru-guru yang menjayakan
program ini:
1. Ustaz Zulhilmi bin Nawawi
2. Ustazah Noor Hayati binti Miswan
3. Ustazah Rashidah binti Mahmad
4. Pn Rozayma binti Zaman
5. Pn. Norwati
6. Ustaz Mohd Amin
7. Ustaz Shafie
8. Ustaz Mohd Irfan
9. Ustaz Dzulfeisal
10.Ustazah Irmaniarti binti Nazar

Pentadbir yang hadir
1. En. Sukimin bin Juki - Guru Besar
2. Pn. Maznah binti Mohd Nor
3. Pn. Salmah binti Ismail

Kehadiran peserta 66 orang daripada 77 orang / 85.71%

Laporan:
Syukur Alhamdulillah aktiviti Kem Bestari Solat dapat dilaksanakan dengan baik mengikut tentatif program yang disediakan. Masing-masing memberikan komitmen semasa program ini dilaksanakan. Lebih-lebih lagi sekolah telahpun mempunyai bilik air yang sudah mempunyai air paip dan ini memudahkan peserta Kem Bestari Solat mengambil wuduk.

Laporan Bergambar
Pendaftaran Peserta Kem Bestari Solat

Pn. Rozayma dan Pn Norwati sedang mendaftarkan peserta



LDK

LDK

LDK

LDK

LDK
Amali Solat

Amali Solat -Sujud

Amali Solat - Ruku`











Taklimat Amali Solat oleh Ustaz Zulhilmi

Guru Pelatih IPG Bangi yang banyak membantu dalam melaksanakan Kem Bestari Solat.
Terima Kasih Ustaz.

Sunday, 13 April 2014

Kem Bestari Solat - Kem Pertama

Pada hari Sabtu 12 April 2014, telah diadakan satu program iaitu Kem Bestari Solat untuk murid - murid sekolah ini. Kem Bestari Solat yang pertama kali diadakan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Desa Pinggiran Putra. Program ini yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 5 yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir selepas solat zuhur iaitu kira - kira pukul pukul 2.00 petang. Jumlah kehadiran murid pada program ini adalah seramai 209 orang murid yang terdiri daripada lelaki 122 orang dan perempuan 87 orang. Program ini diadakan khusus untuk mengajar anak-anak murid sekolah ini dalam menunaikan kewajiban solat dalam kehidupan seharian mereka. Ramai di antara mereka hanya mendirikan solat mengikut pergerakan imam tetapi tidak tahu bacaan yang sebenarnya. Justeru itu program yang diadakan ini dapat membetulkan bacaan di dalam solat dan seterusnya membuatkan seseorang murid itu rajin untuk mendirikan solat.







Latihan dalam kumpulan yang diberikan kepada murid di dalam kelas 






Murid berhenti berehat di waktu rehat murid


Para guru dan fasilitator makan di ruangan makan guru







Amali solat di dalam kelas


Amali mengambil wuduk



Seorang murid melaungkan azan ketika masuknya waktu zuhur untuk solat berjemaah

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat seperti para fasilitator IPG Kampus Islam, pihak Masjid Jamiurahmah Kg Limau Manis, En Mohd Radzi yang juga merupakan Pengerusi (Penaja) PIBG sekolah dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala jasa baik tuan dan puan amatlah kami hargai. Sama-samalah kita majukan sekolah kita ini demi masa depan anak kita. Terima kasih.