Showing posts with label Kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts

Monday, 31 December 2018

Penggunaan Tandas Murid 2019

Sebagai langkah untuk meningkat dan menyemai budaya bersih, mulai sesi persekolahan 2019 murid-murid perlu menggunakan selipar khas yang disediakan sebelum memasuki tandas.

Matlamat penggunaan selipar adalah seperti berikut:
  1. Menjaga kebersihan tandas
  2. Menyemai sikap bersabar dan berhati-hati
  3. Mengurangkan kekerapan murid ke tandas beramai-ramai
  4. Menyemai sikap kemas dan teratur
  5. Menyemai sikap kerjasama


TATACARA PENGGUNAAN TANDAS:
  1. Buka kasut sekolah dan letakkan susun di bawah bangku
  2. Gunakan selipar yang disediakan khas
  3. Masuk dan gunakan tandas
  4. Pam tandas (flush) selepas digunakan
  5. Tutup paip air
  6. Pakai semula kasut sekolah
  7. Susun selipar kemas di bawah bangku

Peringatan:
  1. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong/bakul sampah
  2. Jangan membuang sebarang objek/sampah (seperti botol air, kertas) ke dalam mangkuk tandas
  3. Lampu ditutup sekiranya tiada pengguna lain di tandas
  4. Bersama-sama membantu menjaga permukaan lantai bersih dan kering

  1. Image result for selipar tandas
    Gambar hiasan
  •                                                Image result for etika penggunaan tandas