Showing posts with label Kejayaan. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan. Show all posts

Friday, 1 March 2019

INFO KEJAYAAN MURID

SEKALUNG TAHNIAH

Buat Muhammad Shahid Hakimi bin Mohd Faizal
Kelas : Tahun 6 Anggerik
Acara : Sukan Perahu Layar

TELAH TERPILIH UNTUK LATIHAN KHAS KELAS OPTIMIST BAGI ATLET YANG BAKAL MENYERTAI PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN 2018 DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI KEDAH SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI SUKAN SEA 2019 DALAM ACARA PERAHU LAYAR

Sebagai menghargai kejayaan Muhammad Shahid, Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Majlis Khas untuk meraikan kejayaan beliau. Walaupun SKDPP ini masih baru namun sekolah ini telah mampu melahirkan bintang sukan yang menyerlah bakatnya samada di peringkat MSSD, MSSS dan MSSM dalam sukan perahu layar. Adik Muhammad Shahid telah memenangi Naib Johan dalam Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Selangor dan Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia pad tahun 2018. Adik Muhammad Shahid juga telah menyertai Kejohanan Perahu Layar peringkat antarabangsa.

Paluan kompang telah mengiringi Muhammad Shahid berarak ke Dewan Terbuka SKDPP dengan diirngi oleh En Sukimin bin Juki (guru besar), En Rosli bin Badri (PPD Sepang) serta kedua ibu bapanya dan juga rakan sekelas.

Semoga Muhammad Shahid akan terus meraih kecemerlangan dalam sukan perahu layar dan mampu beraksi di sukan SEA nanti.





Acara Championship 2018-Pulau Pinang

Naib Johan MSSS

Menyertai Regata Negeri Sembilan

Muhammad Shahid Hakimi bin Mohd Faizal

Disediakan oleh
Salmah ismail
PK Kokurikulum

Wednesday, 7 March 2018

PERTANDINGAN MSSS DAN MSSD 2018

PERTANDINGAN PERAHU LAYAR
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR


PERTANDINGAN PERAHU LAYAR
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH SELANGOR (MSSS)
TAHUN 2018

Tempat : Batu Laut Banting
Tarikh  : 26 Feb - 01 Mac 2018
 Guru Pengiring : Ustaz Mohd Azizun Sauri bin Aziz
Peserta:
MUHAMMAD SYAHID HAKIMI BIN MOHD FAIZAL
TAHUN 5 ANGGERIK

KEPUTUSAN

KATEGORI
PENCAPAIAN
CATATAN
2nd FOR Division B 12 tahun
Naib Johan
Individu
Sponsor race
Tempat ke 5
Kumpulan
Team Race bawah 15 tahun
Johan (Gold)
Kumpulan

Muhammad Shahid Hakimi akan mewakili Negeri Selangor Ke Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang akan bermula pada 13 Mac 2018 di Langkawi Kedah. Semoga Muhammad Shahid akan terus mendapat kejayaan. Terima kasih kepada kedua ibu bapanya yang begitu bersungguh-sungguh memberikan kerjasama untuk kejayaan anaknya.Kejayaan Muhammad Shahid Hakimi telah menempa sejarah sekolah dalam bidang sukan kerana berjaya hingga ke peringkat Malaysia. Semoga Shahid terus berjaya dalam sukan perahu layar.













            

PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN MUHAMMAD SHAHID HAKIMI DALAM KEJOHANAN PERAHU LAYAR


Tarikh
Kejohanan
Tempat
Pencapaian
2016
Anugerah Putra Harapan
PPD Sepang
Anugerah Tokoh Putra
20-23 Feb 2017
Perahu Layar Selangor -MSSS
Batu Laut Banting
Naib Johan
05-07 Mei 2017
KFC 19 th Tunku Laxamana –NSC- Open Ragata Neg Sembilan
Negeri Sembilan
Naib Johan
09-21 Mei 2017
KFC-MDKL Open Regata Selangor
Batu Laut Banting
Naib Johan
28-29 Julai 2017
Tenaga Pengajar Klinik Perahu Layar
Pusat Latihan Perahu Layar Selangor
Jurulatih
04-06 Ogos 2017
Open Regata Sabah
Sabah
Ke 2
22 – 24 Sept 2017
Johor International Regata
Johor
Ke 6
6-8 Oktober 2017
KFC-NSC-ATM Melaka Open Regata
Melaka
Naib Johan
20-22 Oktober 2017
Open Regata Pahang
Pahang
Naib Johan
25 Nov 2017
Open Regata Terengganu
Terengganu
Ke 3
26 Feb -01 Mac 2018
Kejohanan Perahu Layar MSSS
Batu Laut Banting
Naib Johan

KEJOHANAN GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR

Tarikh
Nama Pemain
Kejohanan
Pencapaian
5-7 Feb 2018
Muhammad Ajmal Amin bin Mohd Fajri
Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Selangor
Kelab Golf Kota Damansara

Ke 6
24-25 Feb 2018
Muhammad Ajmal Amin bin Mohd Fajri
Sirkit Sportexcel  Golf Remaja Malaysia 2018
Bukit Utama Golf Resort

Ke 5



Ucapan Tahniah kepada kedua-dua orang murid ini yang telah mengharumkan nama sekolah. Semoga terus berjaya.
disediakan oleh
Salmah Ismail
PK Kokurikulum.

Friday, 17 April 2015

PERTANDINGAN MEMANAH MSSD SEPANG BAWAH UMUR 12 TAHUN

Pertandingan Memanah MSSD bawah 12 tahun jarak 30 meter
Pencapaian
Individu = Naib Johan
Olimpik Round = Tempat ke empat